8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
(伊斯兰教传入之前阿拉伯社会的背景)
Pengenalan
1. Masyarakat Arab tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi oleh padang pasir Syam di sebelah utara, Laut Arab di selatan, Teluk Parsi di Timur dan Laut Merah di barat. Terdapat beberapa wilayah seperti Hijaz, Najd, Yaman, Hadramaut dan Oman.
(阿拉伯人居住在阿拉伯半岛,被北部的Padang Pasir, 南部的Laut Arab, 东部的Teluk Parsi和西部的Laut Merah所包围, 也有几个地区, 例如Hijaz, Najd, Yaman, Hdramaut和Oman.)
2. Terdapat tiga ibu kota penting di Hijaz, iaitu Makkah, Madinah dan Taif. Kedudukan strategik membawa perkembangan perdagangan dan pertanian.
(有三个重要的首都,分别是Hijaz , Madinah和Taif, 其战略位置促进了贸易和农业的发展)
3. Keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300M menyebabkan kemerosotan ekonomi.
(在公元300年左右,Maarib大坝的溃坝导致了经济衰退)
4. Kehidupan sosial yang lemah menyebabkan masyarakat ketika itu tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya.
(当时社会生活薄弱,导致阿拉伯人无法传承前人的知识)
5. Oleh sebab itulah mereka tidak mampu membina semula Empangan Maarib.
(因此,他们无力重建Maarib大坝)
6. Pada masa itu, masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah.
(阿拉伯人经历了被称为“Zaman Jahiliah”的黑暗时期)
7. Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil. Mereka tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
(Jahiliah”一词源于阿拉伯语“jahala”,意为无知。当时,他们没有先知,也没有圣经作为指引)
8. Semasa Islam diperkenalkan, mereka juga menolak undang-undang Allah SWT dan nilai- nilai Islam sebagai panduan hidup.
(伊斯兰教传入后,他们也拒绝接受Allah SWT的法律和伊斯兰价值观作为生活指南)
Sistem Masyarakat Jahiliah
(Jahiliah社会系统)
(a) Politik
1. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi.
(在伊斯兰教出现之前,阿拉伯社会以部落群体生活为主,也就是Kaum Hadhari和Kaum Badwi)
2. Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.
(他们实行由酋长领导的部落制度)
3. Seorang syeikh mestilah disukai ahli kabilah, matang, berani,sanggup mempertahankan puaknya dan pandai berpidato.
(酋长必须受部落成员爱戴,成熟稳重,勇敢无畏,能够保卫自己的部落,并且口才出众)
4. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang diistilah semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing.
(部落社群的统一基于血统,这被称为“Semangat Assabiyah”的一种精神, 他们以各自的部落为荣)
5. Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
(他们也经常为了争夺权力、影响力和财富而互相争斗)
6. Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan memajukan perdagangan. Namun begitu, Makkah pernah diancam musuh.
(在Makkah地区,Arab Quraisy族群负责管理和促进贸易, 然而Makkah曾一度受到敌人的威胁)
7. Contohnya, Abrahah, pemerintah Habsyah yang ingin menghancurkan Kaabah.
(例如,Habsyah的统治者就曾想摧毁Kaabah.)
8. Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah.
(Makkah的行政管理, 由一些机构或部门负责,这些机构或部门管理着多个领域,承担着特定的任务,例如纳德瓦行政机构)
(b) Ekonomi
(经济)
1. Kegiatan utama adalah dalam bidang pertanian dan perdagangan. Tetapi Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.
(当地的主要经济活动是农业和贸易, 但阿拉伯半岛有着不肥沃的土地,不适宜耕种)
2. Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung pada hujan.
(在Yaman种植小麦和咖啡,这些作物非常依赖降雨)
3. Sekoi dan padi juga diusahakan di beberapa tempat di Oman. Kemenyan pula merupakan tanaman berharga yang dihasilkan di Hadramaut dan Mahra.
(Oman的一些地区也种植小米和水稻, 烟草是哈Hadramaut和Mahra地区出产的一种珍贵农作物)
4. Kaum Badwi pula menternak secara nomad. Antara binatang ternakan termasuklah unta, kambing dan biri-biri.
(Badwi族群也以游牧的方式饲养牲畜, 他们饲养的牲畜包括骆驼、山羊和绵羊)
5. Mereka berpindah-randah untuk mencari rumput dan air bagi binatang ternakan.
(他们四处搬迁,寻找牧草和水源)
6. Kaum Badwi juga mengamalkan sistem tukar barang.
(Badwi族群也实行 “物物交换”系统)
7. Mereka menukarkan binatang ternakan dan hasil ternakan dengan barang keperluan mereka, seperti pakaian dan kurma.
(他们用牲畜和牲畜产品换取生活必需品,例如衣物和枣)
8. Kaum Hadhari tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan (berdagang secara kafilah) dan memiliki binatang ternakan.
(Hadhari族群居住在城市里,从事商业活动(商队贸易)并拥有牲畜)
9. Pada peringkat awalnya, masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut dan India, serta membawanya juga ke Syam dan Mesir.
(在早期,Yaman社会的人将来自Hadramaut和印度的商品带往Syam和埃及销售)
10. Sejak abad keenam Masihi, masyarakat Hijaz pula menjadikan Makkah sebagai pusat dagangan yang baharu.
(自公元六世纪以来,Hijaz社会将麦加发展成为新的贸易中心)
11. Penduduk Hijaz pula membeli barang dari Yaman dan Habsyah lalu menjualkannya di Syam dan Mesir.
(Hijaz人也从Yaman和Habsyah购买商品,然后带往Syam和埃及销售)
12. Ketika itu, laluan perdagangan merentasi benua yang dikenali sebagai Laluan Sutera telah menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
(当时,被称为丝绸之路的跨大陆贸易路线将阿拉伯商人与中国, 印度和亚洲连接起来)
13. Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan menipu timbangan.
(Jahiliah时代的阿拉伯人以重视利益为目的,放高利贷,并在计量上弄虚作假)
(c) Sosial
1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari dua sudut, iaitu agama dan kepercayaan, serta adat dan kehidupan seharian mereka.
(可以从两个角度来看待Jahiliah时代的阿拉伯社会,即宗教和信仰,以及他们的习俗和日常生活)
Agama dan kepercayaan
(宗教于信仰)
1. Wathani
Mereka menyembah berhala.
Antaranya termasuklah al-Latta, al-Uzza, al- Manat dan Hubal.
(例子)
Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah.
2. Majusi
Mereka menyembah api.
(他们拜火)
Agama ini berasal dari negeri Parsi.
(这宗教来自于波斯)
Kebanyakan penganut agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain kerana kawasan ini dipengaruhi oleh Parsi.
(该宗教的大多数信徒居住在Yaman, Oman和Bahrain,因为这些地区受到波斯的影响)
3. Yahudi
Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab.
(以色列人居住在阿拉伯半岛北部,信奉犹太教)
4. Nasrani
Agama ini juga dianuti oleh Bani Israel. Agama ini dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab melaluiu penduduk Ghassan dan Hirah.
(以色列人也曾信奉基督教, 基督教由Ghassan和Hirah人发展于阿拉伯半岛北部)
5. Animisme
Terdapat juga masyarakat yang mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada roh dan kuasa ghaib.
(还有一些社群信奉万物有灵论, 他们相信精灵和超自然力量)
6. Hunafa’
Ketika ini juga masih terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS.
(目前仍有一些信徒信奉先知Nabi Ibrahim AS真主的教义)
Adat dan kehidupan seharian
(风俗习惯和日常生活)
1. Terdapat masyarakat yang menilik nasib untuk meramal masa depan mereka.
(有些人会通过占卜来预测未来)
2. Sebelum melakukan sesuatu perjalanan atau pekerjaan, mereka akan memerhati keadaan sekeliling bagi menentukan nasib baik atau buruk.
(在开始一段旅程或一份工作之前,他们会观察周围的环境来判断吉凶)
3. Mereka juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
(他们也相信女巫和护身符的力量)
4. Mereka memandang rendah kepada kaum wanita dan memberikan penghormatan kepada anak lelaki.
(他们轻视女性,尊重男性)
5. Mereka hidup dalam kemaksiatan, seperti berjudi, berzina, meminum arak dan bersifat angkuh.
(他们过着不道德的生活,例如赌博,通奸, 酗酒和傲慢自大)
6. Hamba juga dipandang hina dan mempunyai status terendah.
9. Namun begitu, terdapat sikap yang baik dalam kalangan masyarakat Arab ketika ini, seperti sering memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan menjaga kehormatan diri.
(然而,当今的阿拉伯社会中仍存在一些良好的风气, 例如待客之道, 信守承诺, 尊重主人以及维护自尊)
10. Mereka sanggup menghadapi kesukaran dengan kegigihan.
(. 他们愿意以坚韧不拔的精神面对困难)
11. Malahan mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk tetamu, golongan miskin dan lemah.
(.他们甚至愿意为了客人, 穷人和弱者牺牲自己的利益)
12. Contohnya, mereka akan memasang api di tempat tinggi bagi bagi membantu pengembara yang sesat. Apabila seseorang itu meminta bantuan sesuatu kaum, maka menjadi tanggungjawab kaum tersebut melindunginya.
(.例如,他们会在高处点燃篝火来帮助迷路的旅人, 当有人向某个部落求助时,该部落有责任保护他们)
13. Sebilangan kecil masyarakat Arab ketika itu tahu bersyair, bersajak dan berpidato.
(当时,只有少数阿拉伯人懂得创作诗歌、韵文和演讲)
14. Karya yang dianggap bermutu akan dibaca dalam temasya-temasya tahunan di pasar Ukaz dan digantung di Kaabah.
(被认为品质的作品会在Ukaz集市的年度节日上朗诵,并悬挂在Kaabah内)
8.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam
(伊斯兰文明的兴起与发展)
8.2.1 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW
1. Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama dalam membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari sudut akhlak, akidah dan syariah.
(先知Nabi Muhammad SAW的诞生给全世界带来了福祉,尤其是在道德, 信仰和伊斯兰教法方面给阿拉伯社会带来了变革)
2. Baginda dilahirkan daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570M.
(他出生于Quraisy族的一个显赫家族,出生日期为伊斯兰历3月12日,即象年,相当于公元570年4月20日。)
3. Ayahanda baginda bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab.
(他的父亲名叫Abdullah bin Abdul Muttalib,母亲名叫Aminah binti Wahab)
4. Abdullah merupakan peniaga yang sering berulang alik dari Makkah ke Syam.
(Abdullah是一位商人,经常往返于麦加和Syam之间
5. Abdullah meninggal dunia ketika Nabi Muhammad SAW masih di dalam kandungan ibunya. Ketika berusia enam tahun, ibu baginda meninggal dunia dan baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib.
(Abdullah去世时,Nabi Muhammad SAW仍然在母亲的肚子里。六岁时,母亲去世,他由祖父Abdul Muttalib抚养长大)
4. Selepas dua tahun, datuknya meninggal dunia. Baginda dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya.
(两年后,他的祖父去世了。他由叔叔Abu Talib抚养长大)
5. Baginda pernah berniaga sehingga ke Syam dan berniaga di sekitar kota Makkah.
(他曾远赴Syam和麦加城周边地区进行贸易)
6. Baginda juga menjalankan perniagaan milik Siti Khadijah.
(他还经营着Siti Khadijah的生意)
7. Sifat amanah dan budi pekerti yang baik ketika berurus niaga telah menimbulkan rasa hormat Khadijah kepada baginda sehingga membawa kepada perkahwinan mereka.
(他为人诚实可靠,经商举止得体,赢得了Khadijah的尊重,最终两人结为夫妻)
8.2.2 Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agama Islam
(Nabi Muhammad SAW作为伊斯兰教的领袖)
1. Detik permulaan Tamadun Islam ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad Saw di Gua Hira’ pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610M.
(伊斯兰文明的开端是先知Nabi Muhammad SAW于公元610年8月6日星期一在Hira山洞接受的第一次启示)
2. Wahyu pertama daripada Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5) bermula dengan perkataan Iqra’ (bacalah). Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun. Berbekalkan semangat “Iqra” inilah Tamadun Islam berkembang dan maju.
(第一次启示来自《Surah al-Alaq》(第1至5节),以“读”(Iqra)一词开头。读写是知识的基石,也是文明的摇篮, 伊斯兰文明正是在“读”的精神指引下发展壮大的)
3. Seterusnya, wahyu kedua, Surah al-Mudassir (ayat 1 hingga 7) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
(随后,第二次启示——《Surah al-Mudassir》(第1至7节)——降临于先知Nabi Muhammad SAW,宣告他作为真主的使者,肩负着向全人类传播伊斯兰教义的使命)
8.2.3 Dakwah Nabi Muhammad SAW
(Nabi Muhammad SAW的教诲)
1. Secara rahsia : Berlaku selama tiga tahun. Individu awal yang memeluk Islam ialah Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq. Dakwah Islam juga disebarkan melalui sahabat baginda dan melalui dakwah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.
(秘密:这一过程持续了三年, 最早信奉伊斯兰教的是Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq, 伊斯兰教义也通过他的同伴传播,并在al-Arqam bin Abi al-Arqam的家中宣讲)
2. Secara terang-terangan : dilakukan kepada kaum keluarganya dengan pertemuan di Bukit Safa. Baginda ditentang hebat oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Lahab.
(公开: 他在Bukit Safa召集家人,正式信奉伊斯兰教。他的叔父Abu Lahab强烈反对)
3. Bagi tujuan penyebaran Islam, Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Baginda diterima dan diangkat sebagai pemimpin.
(为了传播伊斯兰教,先知Nabi Muhammad SAW迁徙至Makkah, 他被接纳并被任命为领袖)
4. Baginda berjaya merangka Piagam Madinah, iaitu perlembagaan untuk membentuk sesebuah negara Islam yang adil dan maju di Madinah.
(他成功制定了《Piagam Madinah》,这是一部旨在那Madinah建立一个公正, 先进的伊斯兰国家的宪法)
5. Melalui sifat terpuji, iaitu siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan ajaran Islam) dan fatanah (bijaksana), baginda membuktikan bahawa Islam ialah cara hidup yang merangkumi setiap aspek kehidupan.
(他凭借其令人称道的品质,即诚实(siddiq)、值得信赖、宣扬伊斯兰教义(tabligh)和智慧(fatanah),证明了伊斯兰教是一种涵盖生活方方面面的生活方式)
6. Islam telah berkembang dengan pesatnya di Tanah Arab dan di luar Tanah Arab. Islam telah disebarkan melalui utusan ke ROM, Parsi, Mesir dan Habsyah dan melalui para pendakwah yang berdagang.
(伊斯兰教在阿拉伯世界内外都发展迅速, 伊斯兰教通过使者传播到罗马、波斯、埃及和Habsyah,也通过从事贸易的传教士传播)
7. Nabi Muhammad SAW tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan cara diplomasi dalam berdakwah.
(并没有强迫人们信奉伊斯兰教,而是运用了外交手段进行宣教)
8.2.4 Penyebaran Islam pada Zaman Khulafa al-Rasyidin
Penyebaran Islam ini diteruskan setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.
(先知Nabi Muhammad SAW归真后,伊斯兰教的传播仍在继续)
Pemerintah seterusnya dilakukan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW yang dinamakan Khulafa al-Rasyidin.
(下一任管理由先知Nabi Muhammad SAW的圣伴们建立,他们被称为 “Khulafa al-Rasyidin”)
Penyebaran Islam semasa zaman Khulafa al- Rasyidin bukan sahaja berkembang di Makkah dan Madinah, malahan telah sampai ke utara Semenanjung Tanah Arab meliputi Iraq, Syam dan Mesir.
(Khulafa al-Rasyidin时期,伊斯兰教的传播不仅遍及Makkah和Madinah,还扩展到阿拉伯半岛北部,涵盖伊拉克、Syam和埃及)
Abu Bakar al-Siddiq
Baginda mengetuai peperangan al-Riddah yang memerangi golongan murtad (keluar daripada agama Islam) kerana enggan membayar zakat.
(他领导al-Riddah战争,这场战争是为了镇压那些拒绝缴纳税的叛教者(即背弃伊斯兰教的人))
Tentera Islam telah menang dan semakin ramai yang memeluk Islam.
(伊斯兰军队取得了胜利,越来越多的人信奉了伊斯兰教)
Umar bin al-Khattab
Golongan peneroka dihantar untuk membuka wilayah baharu di utara Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq, Syam (Syria) dan Mesir.
(殖民者被派往阿拉伯半岛北部,开垦新的领土,例如伊拉克、Syam(叙利亚)和埃及)
Wilayah Islam dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbiran.
(为了便于管理,伊斯兰领土被划分为几个部分)
Uthman bin Affan
Baginda mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut Mediterranean.
(他统治着辽阔的伊斯兰领土,包括波斯帝国和几个Laut Mediterranean的Byzantium部分地区)
Baginda melantik gabenor bagi mengetuai pentadbiran di wilayah Islam.
(他任命总督来管理伊斯兰领土的行政事务)
Ali bin Abi Talib
Agama Islam semakin mantap dan wilayah Islam bertambah luas dan makmur.
(伊斯兰教日益强大,伊斯兰领土不断扩张繁荣)
8.2.5 Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan-kerajaan Islam
(伊斯兰王国时期, 伊斯兰教的传播)
Kerajaan Bani Umaiyah
1. Pentadbiran diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik (661M hingga 750M) dan Bani Umaiyah yang berpusat di Cordoba, Sepanyol (756M hingga 1,031M).
(行政由集中于Damsyik的Kerajaan Bani Umaiyah以及在Cordoba, Sepanyol的Bani Umaiyah所延续)
2. Islam bertapak di India dan Asia Tengah, seperti Bukhara, Samarqand dan Khawarizimi.
(伊斯兰教在印度和中亚地区,例如Bukhara, Samarqand dan Khawarizimi)
3. Islam juga sampai ke Afrika Utara dan turut tersebar ke Eropah. Andalusia (Sepanyol) menjadi pintu masuk ke benua Eropah.
(Islam也传到非洲北部, 以及散播去欧洲, Addalusia (西班牙) 成为了进入欧洲的入口 )
4. Utusan persahabatan juga telah sampai ke China.
(使节也抵达中国)
Kerajaan Bani Abbasiyah
1. Kerajaan ini berpusat di Baghdad dan memerintah selama lima abad (750M hingga 1,258M).
(这个王国以Baghdad为中心,统治了五个世纪(公元750年至1258年))
2. Kerajaan Bani Abbasiyah membawa perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat sehingga berkembang ke Eropah.
(Kerajaan Bani Abbasiyah促进了科学的快速发展,并最终传播到欧洲)
3. Islam berkembang ke Samaniyah di Transoxania hingga ke barat India.
(伊斯兰教传播到在Transoxania的Samaniyah和印度西部)
Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Anatolia.
(Kerajaan Turki Uthmaniyah集中于Anatolia)
2. Perkembangan Islam meluas hingga ke rantau Balkan, Eropah Timur, sempadan Rusia dan sekitar Laut Hitam, di samping mengekalkan kekuasaan di Asia Barat.
(伊斯兰教的发展扩展到Balkan区、东欧、俄罗斯边境和黑海周边地区,同时在西亚保持着强大的影响力)
3. Pengaruh Turki Uthmaniyah juga telah sampai ke Alam Melayu.
(Turki Uthmaniyah的影响力也延伸到了Alam Melayu)
8.2.6 Faktor-faktor Penyebaran Islam
(传播Islam的原因)
1. Kesyumulan Islam
(伊斯兰教的包容性)
Keseimbangan rohani dan jasmani menjadikan Tamadun Islam berjaya membentuk masyarakat yang maju. Islam tidak menolak kemajuan di dunia dari segi pembandaran dan pembangunan ekonomi, di samping mendidik akhlak yang baik.
(精神与物质的平衡使伊斯兰文明成功地构建了一个发达的社会, 伊斯兰教并不排斥世界在城市化和经济发展方面的进步,同时注重培养良好的道德品质)
2. Prinsip keterbukaan
(开放的原则)
Prinsip keterbukaan dan toleransi membolehkan Islam diterima umun.
(开放和宽容的原则使伊斯兰教得以被世界各国所接受)
3. Prinsip kesaksamaan
(平等的原则)
Tamadun Islam berdiri atas prinsip kesaksamaan dan keadilan. Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa di dunia membentuk ummah yang bersaudara.
(伊斯兰文明建立在平等和公正的原则之上。世界上不同种族和语言的存在,构成了一个亲切般的穆斯林社群)
4. Dakwah
(传播)
Pendekatan berdakwah secara bijaksana dan berdiplomasi telah berjaya menarik masyarakat lain untuk memeluk Islam.
(明智而巧妙的传教方式成功地吸引了其他社群信奉伊斯兰教)
5. Hubungan diplomatik
(外交关系)
Hubungan diplomatik dengan negara lain, seperti di Eropah telah menarik minat orang Eropah untuk mengikuti perkembangan Islam.
(与欧洲等其他国家的外交关系,吸引了欧洲人关注伊斯兰教的发展)
6. Perdagangan
(贸易0
Kegiatan perdagangan dan hubungan yang baik antara pedangang Arab dengan pedagang negara luar di Asia dan Afrika, menyebabkan Islam mudah diterima di negara tersebut.
(阿拉伯商人与亚洲和非洲的外国商人之间的贸易往来和良好关系,使伊斯兰教在这些国家更容易被接受)
7. Pembukaan wilayah baharu
(开拓新领土)
Sejak zaman Khulafa al-Rasyidin berlaku pembukaan wilayah baharu yang menyebabkan agama Islam semakin tersebar. Contohnya, Iraq, Syam (Syria) dan Mesir.
(自Khulafa al-Rasyidin时期以来,新的领土不断被开拓,伊斯兰教也随之传播开来。例如,伊拉克、Syam(叙利亚)和埃及)
8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin
(Nabi Muhammad SAW作为领袖的品格)
8.3.1 Pemimpin Negara
(国家领导者)
1. Tempatan
(国内事务)
Baginda berjaya merangka Piagam Madinah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing.
(陛下成功起草了《Piagam Mdinah》,该宪章确立伊斯兰教为国教,并赋予非穆斯林信奉各自宗教和习俗的自由)
Baginda juga mempersaudarakan masyarakat Islam dan menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam.
(陛下也促进了穆斯林社群与非穆斯林社群之间的友好关系)
2. Antarabangsa
(国际事务)
Baginda berjaya menghantar perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara seperti ke Habsyah, Mesir, Byzantium dan Parsi.
(陛下成功派遣代表团或传教团出访海外,例如Habsyah, mesir, Byzantium和Parsi)
8.3.2 Pemimpin Masyarakat
(社会领导者)
1. Ketika di Makkah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah.
(在Makkah, 先知Nabi Muhammad SAW强调了道德, 信仰和伊斯兰教法等方面的内容)
2. Selepas berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan konsep syura atau perundingan, keadilan, persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah.
(迁徙到Madinah后,先知Nabi Muhammad SAW通过《Piagam Mdinah》强调了协商, 公正, 平等和自由的概念)
3. Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan menerapkan nilai toleransi, hormat-menghormati dan mengutamakan keadilan dalam masyarakat.
(他团结了Muhajirin和Ansar族群, 他还努力使伊斯兰教成为一种生活方式,在社会中贯彻宽容, 尊重和优先考虑正义的价值观)
8.3.3 Pembangunan Ekonomi
(经济发展)
Pengurusan tanah
(土地管理)
1. Nabi Muhammad SAW menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar serta menebus semula tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi.
(先知Nabi Muhammad SAW鼓励重新开发废弃土地,并赎回抵押给犹太人的土地)
Perdagangan dan Hubungan Luar
(贸易与外交关系)
1. Nabi Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam Madinah dengan kawasan lain.
(先知Nabi Muhammad SAW鼓励伊斯兰国家Madinah与其他地区发展贸易关系)
2. Kedudukan Madinah yang terletak di laluan di antara Yaman dan Syam menjadikan aktiviti perdagangan bertambah maju.
(麦地那位于Yaman和Syam之间的通道上,这使得贸易活动更加发达)
3. Pedagang dari selatan menjadikan jalan ini sebagai jalan utama aktiviti perdagangan.
(来自南方的商人将这条道路作为主要的贸易路线。
Pertanian
(农业)
1. Nabi Muhammad SAW menggalakkan masyarakat bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian berasaskan prinsip ekonomi Islam, seperti bekerja bersungguh-sungguh, mencari rezeki yang halal, larangan penindasan dan riba.
(先知Nabi Muhammad SAW鼓励人们努力工作,积极从事商业和农业,并遵循伊斯兰经济原则,例如努力工作、追求合法的生计, 禁止压迫和高利贷)
Pembangunan pasar Suq al-Ansar
(发展)
1. Nabi Muhammad SAW mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual beli.
(先知Nabi Muhammad SAW建议Abdul Rahman bin Auf建造一个 “买卖场所”)
2. Pasar Suq al-Ansar telah didirikan dan berjaya membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan pesaing mereka, iaitu orang Yahudi.
(Suq al-Ansar市场由此建立,并在不疏远其竞争对手(即犹太人)的情况下,成功发展了穆斯林的经济发展)
8.3.4 Pemimpin Tentera
(军事领导者)
1. Nabi Muhammad SAW memperkenalkan konsep jihad, iaitu perjuangan menegakkan agama Islam yang suci, mempertahankan bangsa dan tanah air.
(先知Nabi Muhammad SAW提出了圣战的概念,即为维护伊斯兰教的纯正教义, 保卫国家和家园而进行的斗争)
2. Unsur penting dalam jihad ialah kesungguhan melaksanakan sesuatu usaha. Oleh sebab itu, umat Islam digesa berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan kesucian agama Islam.
(圣战的一个重要要素是认真对待行动, 因此,穆斯林被鼓励努力求知,捍卫自身尊严和伊斯兰教的纯正教义)
3. Dalam Islam, peperangan tidak diizinkan melainkan orang Islam diancam.
(在伊斯兰教中,除非穆斯林受到威胁,否则战争是不允许的)
4. Umat Islam berperang demi mempertahankan agama, umat dan negara.
(穆斯林为捍卫宗教、人民和国家而战)
5. Hal ini bagi menjaga kesucian agama dan kesejahteraan manusia , seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
(这是为了维护宗教的纯正和人类的福祉,例如Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak)
6. Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati dan memusnahkan tumbuhan atau tanam-tanaman.
(伊斯兰教的士兵被禁止随意杀戮和破坏植物或庄稼)
7. Nabi Muhammad SAW juga mendengar pandangan orang lain dalam mengatur strategi peperangan.
(先知Nabi Muhammad SAW在制定战争策略时也会听取他人的意见)
8. Semasa Nabi Muhammad SAW membuka semula kota Makkah, baginda mengatur strategi yang berkesan dengan membahagikan pasukannya kepada beberapa pemimpin.
(当先知Nabi Muhammad SAW重开Makkah城时,他将军队分成几位指挥官,制定了有效的策略)
9. Hasilnya, kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam. Makkah terus berkembang maju dan menjadi kota suci umat Islam sehingga kini.
(因此,Makkah城被穆斯林成功控制, Makkah至今依然繁荣昌盛,并已成为穆斯林的圣城)
8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia
(回教文明对世界的贡献)
8.4.1 Politik
(政治0
Kehidupan bernegara
(国家生活)
1. Semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW, baginda merupakan ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat melalui perlembagaan.
(在先知Nabi Muhammad SAW的统治时期,他是国家元首,负责保护Madinah, 并通过宪法解决人民的问题)
2. Jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW juga berperanan untuk menegakkan agama dan mentadbir mengikut hukum syariah.
(先知Nabi Muhammad SAW去世后,Khalifah一职也发挥了维护宗教和按照伊斯兰教法进行治理的作用)
3. Kerjasama antarabangsa dijalinkan bagi tujuan dakwah dan silaturahim.
(为了传播伊斯兰教义和维系亲属关系,建立了国际合作机制)
4. Penerokaan wilayah baharu telah menaikkan lagi imej Islam.
(对新领土的探索进一步提升了伊斯兰教的形。)
Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
(政府和生活方式以正义为基础。)
1. Cara pemerintahan yang adil kepada semua penduduk meskipun berbeza agama dan keturunan.
(不分宗教信仰和出身,对所有居民公平的政府形式)
2. Keadilan dan toleransi antara kaum membawa kedamaian kepada negara.
(种族间的公正与宽容为国家带来和平)
Konsep ummah
(社区的概念)
1. Tamadun Islam mewujudkan konsep masyarakat yang dikenali sebagai ummah. Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan.
(伊斯兰文明创造了(Ummah)这一社群概念, 这个社会以不计较宗教和血统的界限,团结一致)
2. Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama, iaitu bekerjasama bagi memajukan negara.
(社会的每个成员都负有同样的责任,那就是共同努力发展国家)
Sistem syura
1. Mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak.
(为达成决议而召开的会议,决议需经成员多数投票表决通过)
2. Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh kepimpinan Islam selepasnya.
(自Nabi Muhammad SAW时代起, 便开始实行,并由其后的伊斯兰领袖们延续至今)
3. Syura juga diamalkan bagi mencapai keputusan secara muafakat.
(Syura也是一种通过协商一致的方式来达成决策的方法)
8.4.2 Ekonomi
(经济)
Amalan ekonomi Islam
(伊斯兰的经济实践)
1. Islam menekankan beberapa amalan dalam sistem ekonomi bagi mendidik jiwa manusia agar berdisiplin, amanah dan berjiwa bersih.
(伊斯兰教强调经济体系中的几个实践,旨在培养人的自律, 诚信和纯洁的心灵)
2. Mengadakan sistem zakat dan sistem wakaf untuk pembangunan umat Islam.
(建立Zakat制度和Wakaf制度,以促进穆斯林的发展)
3. Mengadakan sistem mata wang dirham dan perak untuk menjalankan aktiviti ekonomi.
(建立dirham和白银货币体系,用于开展经济活动)
4. Mengadakan kutipan sistem cukai, iaitu bayaran dalam bentuk wang oleh sesebuah kerajaan atau negara bagi individu atau syarikat yang tujuan asalnya adalah untuk membiayai segala keperluan negara.
(建立税收制度,即政府或国家以货币形式向个人或公司支付款项,其最初目的是为了满足国家各项需求)
5. Sistem cukai yang pernah dilaksanakan di negara Islam ialah cukai tanah (al-Kharaj), cukai perlindungan (suh al-Jizyah), cukai diri (jizyah al-Ru’us) dan cukai perdagangan (al- ’Usyr).
(以上是曾经在回教国家被执行的收税系统)
6. Melarang amalan riba kerana menghancurkan konsep keadilan dalam masyarakat.
(禁止高利贷,因为它破坏了社会正义的理念)
7. Menegah penindasan dan penipuan semasa berniaga, seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekut, membazir, mengambil keuntungan berlipat kali ganda dan tidak amanah.
(防止商业活动中的压迫和欺诈行为,例如偷工减料、浪费、吝啬、提取多重利润和不诚实的行为)
8. Menggalakkan manusia menghasilkan produk yang bermutu dan melakukan penyelidikan dalam membangunkan ekonomi, contohnya dalam bidang pertanian.
(鼓励人们生产优质产品,并开展经济发展研究,例如在农业领域)
9. Menyeru kita menghulurkan bantuan dan bersedekah di samping mengamalkan sikap berjimat cermat.
(呼吁我们伸出援手,慷慨解囊,同时进行慈善捐赠)
Institusi Baitulmal (Institusi Kewangan)
(金融机构)
1. Fungsinya seperti perbendaharaan negara yang mengurus kewangan untuk pembangunan negara.
(它的功能类似于国库,负责管理国家发展的财政)
2. Sistem ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain sehingga kini.
(这套体系自先知Nabi Muhammad SAW时代起就已实行,并由历代领导人延续至今)
Sumber Baitulmal
(国家财务资源)
1. Harta melalui zakat masyarakat, contohnya:
(通过Zakat社会缴纳的财产,例如:)
• zakat fitrah, zakat harta, ternakan, pertanian, emas, perak
(开斋捐, 财产、牲畜、农业、黄金、白银)
• barang perdagangan
(贸易商品)
• wang simpanan
(储蓄)
2. Harta negara, contohnya:
(国家财产,例如: )
• cukai perdagangan
(贸易税)
• sumber kekayaan alam
(天然资源税)
• cukai harta
(财产税)
• harta tanpa waris
(无继承人的财产税)
3. Harta hak milik umat Islam yang tidak jelas penggunaannya, contohnya:
(穆斯林拥有的用途不明的财产,例如: )
• sedekah, wakaf dan wasiat
(慈善捐赠, 捐赠基金和遗嘱捐赠)
4. Harta daripada peperangan, contohnya:
(战争财产,例如:)
• jizyah, ghanimah dan kharaj
5. Segala harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris.
(所有继承的、无法由继承人支配或未被继承的财产)
6. Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan oleh Baitulmal.
(通过国家信托基金(Baitulmal)设立的机构出售给穆斯林的投资和股票天课)
Menyediakan kemudahan asas
(准备基本设施)
1. Dalam bidang pertanian pula, orang Islam telah memperluas pembinaan sistem saliran.
(在农业领域,穆斯林扩大了排水系统的建设)
2. Sistem pengairan telah diperbaik untuk meningkatkan hasil pertanian.
(灌溉系统得到改进,提高了农业产量)
3. Contohnya, sistem pengairan Naurah di Syria.
(例如,在Syam的灌溉系统)
4. Kemudahan jambatan dan jalan raya yang lebih baik juga dibina seperti di Sepanyol.
(桥梁和道路设施也得到了改善,例如西班牙)
Memesatkan gedung-gedung perniagaan
(加快商业建筑建设)
1. Kedatangan Islam ke Sepanyol telah menyebabkan terbinanya gedung- gedung perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari seluruh pelosok dunia.
(伊斯兰教传入西班牙后,西班牙兴建了许多商业建筑,这些建筑主要从事从世界各地进口商品的业务)
8.4.3 Sosial
(社会)
Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita
(伊斯兰教提升女性的地位和尊严)
1. Wanita mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan menghadiri majlis ilmu.
(女性有机会接受教育并参加知识交流会)
2. Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq, merupakan contoh wanita yang luas ilmunya sehingga menjadi periwayat hadis serta tempat bertanya tentang permasalahan hukum agama.
(Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq就是一个例子,她学识渊博,不仅能传述圣训,还能解答宗教法律问题)
3. Begitu juga dengan Shafiah binti Abdul Muthalib yang keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah untuk membantu memberikan minuman dan merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud.
(Shafiah binti Abdul Muthalib也是如此,她与Madinah的妇女们一起参战,在Uhud战役中为伤兵提供饮水和治疗)
Teknik penyelidikan saintifik
(科学研究技术)
1. Perkembangan penyelidikan bidang sains dan teknologi dalam Tamadun Islam telah membantu perkembangan industri pengeluaran barangan, seperti industri kertas yang kemudiannya diperkenalkan di Itali, Perancis dan negara Eropah lain.
(伊斯兰文明中, 科学技术研究的发展促进了制造业的发展,例如造纸业,后来被引入意大利、法国和其他欧洲国家)
2. Dalam kaedah penyelidikan pertanian, sistem pengairan pemilihan benih dan baja yang bermutu telah membawa kemajuan dalam Tamadun Islam.
(在农业研究方法、灌溉系统、优质种子和肥料都为伊斯兰文明带来了进步)
3. Penyelidikan saintifik berlaku dalam bidang astronomi, fizik, perubatan dan kimia.
(科学研究涵盖天文学, 物理学, 医学和化学等领域)
8.4.4 Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual
(出现知识活动中心)
Pusat intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol
(在西班牙的知识中心)
1. Para pengkaji atau pelajar dari pelbagai pelosok Eropah telah datang belajar di universiti-universiti Islam di sini terutama dalam bidang sains dan falsafah.
(来自欧洲各地的研究人员和学生前来此地的伊斯兰大学学习,尤其是在科学和哲学领域)
2. Para sarjana Islam ketika melakukan penterjemahan telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang falsafah dan sains dari zaman Yunani.
(伊斯兰学者在翻译过程中,进一步拓展了他们对古希腊时期哲学和科学的理解)
3. Semasa Tamadun Islam berkembang di Sepanyol, hubungan orang Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan budaya ilmu yang memberangsangkan.
(随着伊斯兰文明在西班牙的发展,穆斯林、犹太人和基督徒之间的关系孕育了充满活力的知识文化)
Kewujudan pusat pendidikan
(出现知识活动中心)
Semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah, banyak masjid dijadikan institusi pendidikan, seperti di Damsyik, Kufah dan Basrah.
(在Kerajaan Bani Umaiyyah统治时期,许多清真寺被用作教育机构,例如Damsyik, Kufah和Basrah的清真寺)
Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan, iaitu tempat belajar dan perpustakaan.
(Khalifah的宫殿也被用作教育中心,即学习场所和图书馆)
Kemunculan Ilmuan Islam
Ilmu Sains dan Kimia — Jabir bin Hayyan (Geber)
Menghasilkan sebanyak 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia. Himpunan hasil penulisannya dikenali sebagai korpus Jabir. Kebanyakan karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Perubatan — Ibn Sina (Avicenna)
Merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib. Ahli falsafah Barat, Albert the Great telah dipengaruhi oleh karya Ibn Sina.
Falsafah — Al-Kindi
Menghasilkan lebih daripada 270 buah karya mencakupi pelbagai bidang, seperti logik, muzik dan perubatan. Tokoh ilmuan atau pengkaji Eropah seperti Roger Bacon dan Descartes terpengaruh dengan idea Al-Kindi.
Astronomi dan falak — Al-Battani (Albategnius)
Beliau memperkenalkan asas ilmu trigonometri, menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa.
Geografi — Al-Biruni
Kajian utama beliau dalam bidang kartografi (peta) dan geografi. Kebanyakan orang Eropah telah belayar dengan menggunakan peta yang dicipta oleh tokoh ini.
Rajah tentang gerhana bulan yang dihasilkan oleh Al-Biruni.
Matematik — Al-Khawarizmi
• Pengasas ilmu algebra.
• Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al Muqabalah yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Terjemahan ke dalam bahasa Latin dilakukan oleh Gerald of Cremona dan dijadikan teks asas di universiti-universiti di Barat.
Pelayaran — Ibn Battuta
• Pernah belayar sampai ke India dan Alam Melayu.
• Buku pelayaran beliau digunakan oleh pelayar lain selepas itu.
8.5 Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina
(伊斯兰文明在建筑领域的贡献)
1. Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh manusia.
(建筑学是指建造建筑物的艺术,包括建筑物的设计和布局,这些建筑物是由人类建造的)
2. Seni bina Islam bermula dengan pembinaan Masjid Quba’ pada zaman Nabi Muhammad SAW.
(伊斯兰建筑始于先知Nabi Muhammad SAW时期, 建造的Masjid Quba’)
3. Pada zaman baginda, masjid berfungsi sebagai tempat beribadat dan menyampaikan segala maklumat. Masjid tertua ini menjadi model pembinaan masjid yang lain sehingga kini.
(在先知时代,这座清真寺既是礼拜场所,也是传递信息的场所, 这座最古老的清真寺至今仍是其他清真寺建造的典范)
3. Seni bina Islam:
(伊斯兰建筑: )
1. Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat
(拥有明亮舒适的礼拜空间)
2. Terdapat ruang memisahkan lelaki dan wanita
(设有男女分开的空间)
3. Reka bentuk ruang sesuai dengan iklim setempat
(空间设计符合当地气候)
4. Binaan yang kukuh, selamat dan tahan lama
(结构坚固, 安全, 耐用)
5. Berunsurkan luahan perasaan, hening dan aman
(包含表达情感, 营造静谧与平和氛围的元素)
Menghasilkan keunikan reka bentuk
(打造独特的设计)
1. Reka bentuk pintu berbentuk melengkung yang melambangkan perasaan hormat dan tunduk menjemput masuk ke dalam masjid atau institusi itu.
(弧形门的设计象征着尊重和顺从,引导人们进入清真寺)
2. Identiti unik yang ketara ialah aspek penggunaan air dan cahaya yang berfungsi untuk menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang.
(其独特之处在于对水和光的运用,这在空间视觉效果上营造出强烈的视觉冲击力)
Menggalakkan perhiasan yang indah
(鼓励美丽的装饰)
1. Tamadun Islam juga menghasilkan bentuk bangunan yang indah, kubah yang menarik, arca yang mempesonakan dan seni khat serta ukiran yang menakjubkan.
(伊斯兰文明也创造了优美的建筑形式, 迷人的穹顶, 精美的雕塑以及令人惊叹的书法和雕刻)
2. Ukiran menjadi lebih berseni apabila dihiasi kaca bertatah batu permata.
(当雕刻作品镶嵌宝石玻璃时, 会更显艺术之美)
3. Fungsinya untuk mewujudkan rasa tenang, sebagai pelengkap binaan dan memperlihatkan keunikan seni bina Islam.
(它的作用是营造宁静的氛围,与建筑相得益彰,并展现伊斯兰建筑的独特性)
Pembinaan menara, mihrab dan mimbar
(建造宣礼塔, 壁龛和讲坛)
1. Menara dibina dalam bentuk tirus dan memuncak tinggi untuk memastikan laungan azan didengari dari jarak yang jauh.
(这座塔呈锥形,塔顶很高,以确保远处也能听到宣礼声)
2. Mihrab juga dibina berfungsi sebagai penanda arah kiblat.
(Mihrab的建造也是为了 “指示朝拜的方向”)
3. Mimbar digunakan oleh iman untuk membaca khutbah atau syarahan.
(讲坛是信徒们发表布道或演讲的地方)
Menyesuaikan reka bentuk dengan iklim setempat
(符合当地气候的调整设计)
1. Seni bina Islam juga menerima budaya setempat dan disesuaikan dengan faktor geografi terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca, keadaan angin dan suhu.
(伊斯兰建筑也接受当地文化,适应地理因素, 特别是地形, 天气, 风况和温度等方面)
2. Seni bina di Nusantara mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak.
(在Nusantara的伊苏建筑上的建筑窗户数量较多)
3. Keadaan ini disebabkan oleh iklim Nusantara yang panas dan lembap berserta hujan yang kerap.
(造成这种情况的原因是Nusantara的气候湿热,经常下雨)
4. Fungsi tingkap yang banyak adalah untuk penyejukan dan pengudaraan.
(窗户的很多功能都是为了降温和通风)
5. Contohnya, pada Masjid Tengkera, Melaka.
(例如,马六甲的Masjid Tengkera)
Mempunyai elemen estetika
(拥有审美元素)
1. Binaan bangunan diperindah dengan ukiran arabes, motif kaligrafi, geometri dan cakerawala yang berfungsi untuk memberikan keselesaan dan ketenangan.
(该建筑饰有阿拉伯式雕刻, 书法, 几何图案和天体图案, 为了在提供舒适和宁静的氛围)
Menyesuaikan seni bina dengan budaya setempat
(将建筑设计与当地文化相融合)
1. Masjid di China mengambil inspirasi rumah tradisional, kuil dan istana. Hal ini dapat dilihat pada Masjid Huang Sheng Si di Guangzhou, Masjid Niu Jie, Beijing dan Masjid Zhen-Jiao Si di Hangzhou.
(中国的清真寺从传统民居、寺庙和宫殿中汲取灵感, 广州的Masjid Huang Sheng Si, 北京的Masjid Niu Jie 和在杭州的Masjid Zhen-Jiao Si都体现了这一点)
2. Penggunaan kubah sebagai struktur utama bumbung ditemui di masjid zaman Turki Uthmaniyah.
(在Turki Uthmaniyah时期,清真寺开始采用圆顶作为主要屋顶结构)
3. Contohnya, Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) yang mempunyai ruang solat utama yang ditutupi kubah setengah lingkaran dan mempunyai banyak menara di sisi masjid.
(例如,Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) 的主礼拜殿上方覆盖着半圆形圆顶,清真寺两侧耸立着许多宣礼塔)
4. Fungsinya untuk keselamatan dengan memperkukuh sistem struktur daripada rentangnya yang lebar.
(圆顶的宽阔跨度增强了建筑结构的稳定性,从而提高了安全性)
5. Masjid di India mempunyai binaan pintu gerbang yang besar berfungsi sebagai pintu masuk utama. Selain itu, India mengguna bumbung berbentuk bawang dan lengkung yang menirus.
(印度的清真寺设有大型大门,作为主要入口, 此外,印度还使用洋葱形屋顶和锥形拱门)
