Form 3 Bab 2

2.1.1 Latar belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka (槟城新加坡和马六甲的背景)

Pulau Pinang (槟城)
  1. Pulau Pinang merupakan wilayah Kesultanan Kedah dan menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Lingga yang berdagang dengan Kedah.
    (槟城是早期 “吉打皇朝的地盘同时也成为了来自Lingga商人过来做生意停泊的地方)
  2. Pulau Pinang juga menjadi pelabuhan dagang bagi daerah serantau terutama dengan Acheh di Sumatera.
     
    (槟城也成为了在苏门答腊区域主要的 商业码头”)
  3. Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi oleh pedagang-pedang Arab. 
    (Batu Uban是槟城最早期所开发的码头以及经常被阿拉伯商人所探访)
  4. Petempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera pada tahun 1759. 
    (Batu Uban这个地方是由来自苏门答腊的马来人于1759年所开发)
  5. Sultan Kedah menganugerahkan kawasan tersebut sebagai membalas jasa orang Sumatera membantu Kesultanan Kedah menentang Siam.
     
    (Sultan Kedah赠送了以上的地盘作为报答苏门答腊人帮Kedah反抗Siam的礼物)

Singapura(新加坡)
  1. Singapura ialah wilayah Kesultanan Johor Riau yang meliputi Pahang, Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga sejak abad ke-16 hingga ke abad ke-19. 
    (新加坡是早期Johor皇朝的地盘之一, Johor皇朝的地盘包括Pahang, JohorRiau Lingga岛屿地盘)
  2. Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman yang tinggal di Singapura. 
    (Johor, SingapuraKepulauan Riau是被一位名为 “Temenggung Abdul Rahman”的领导所管理同时居住在新加坡)
  3. Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman, ladang-ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura.
     
    (Temenggung Abdul Rahman管理时期当时的甘蜜是由马来人和华人所种植的)
  4. Pemerintah Kesultanan Johor Riau ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan mengadakan hubungan baik dengan Belanda.
     
    (Johor皇朝的领导者是 “Sultan Abdul Rahman”, 他居住在Lingga以及和荷兰国家建立良好关系)
Melaka (马六甲)
  1. Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan Alam Melayu yang unggul pada abad ke-15.
    (马六甲皇朝是自15世纪依赖很优秀的马来政府)
  2. Pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis.
     
    (1511马六甲皇朝被葡萄牙所打败)
  3. Pada tahun 1641-1824, Melaka menjadi tanah jajahan Belanda setelah Belanda mengalahkan Portugis dengan bantuan Kesultanan Johor Riau.
     
    (16411824继荷兰通过Johor皇朝的帮助打败了葡萄牙过后马六甲成为了荷兰的殖民地)
  4. Belanda menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah dari negeri-negeri Melayu.
    (荷兰把马六甲变成一个收集锡矿的中心)
  5. Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.
    (荷兰也非常重视他在Pulau Jawa的码头地盘 = Betawi, 这个码头也是早期Alam Melayu主要的商业中心)

2.1.2 Peluasan Kuasa British (英国扩大权力的原因)

Pusat Pengumpulan Barang (收集货物的中心)
  1. British memerlukan barangan dari China terutama teh yang mendapat pasaran baik di Eropah.
    (英国需要来自中国的产品尤其是茶叶在欧洲由良好的市场)
  2. China mahu emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus sebagai tukaran.
    (中国打算以黄金锡矿和香料作为 交换”)
  3. British memerlukan pusat untuk mengumpulkan barangan tersebut yang boleh diperoleh di Alam Melayu. 
    (英国需要一个中心为了收集以上可在Alam Melayu得到的货物)

Pelabuhan Persinggahan(停泊码头)
  1. British memerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan di antara India dan China untuk dijadikan tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta menunggu peralihan angin monsoon.
    (英国需要一个停泊在印度和中国之间商业路线的 “停泊码头”, 为了可维修船只得到食物水源供应以及等待季候风的转变)
  2. Memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik.
    (方便去到亚洲太平洋 航海”)

Pangkalan Tentera (军事基地)
  1. Pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat India, iaitu di Bombay sukar mengawal petempatan British di pantai timur India, iaitu di Madras.
    (军事基地坐落于印度的西海岸也就输在 “Bombay”, 因为可保卫英国在印度东海岸的地盘也就输 “Madras”)
  2. British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentera Perancis dan menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu.
    (英国需要一个更有策略性地 军事基地为了捍卫英国在印度的地盘避免来自法国的军事威胁以及面对荷兰的竞争)

Kepentingan British di Asia dan Pasifik (英国在亚洲和太平洋的重要性)
  1.   Pada abad ke-18, British kehilangan Amerika sebagai tanah jajahan. Oleh itu, British berusaha mengukuhkan laluan perdagangan ke China dan berusaha meneroka petempatan di kawasan Asia Pasifik.
    (18世纪英国失去了美国这块殖民地所以英国努力稳定去中国的生意路线以及努力开发在亚洲太平洋的地盘)
  2. Pada tahun 1770, British berjaya menduduki Australia. 
    (1770英国成功占领澳洲)
  3. Melalui pendudukan Pulau Pinang, British dapat mengukuhkan kedudukan mereka di Australia. 

 

2.1.3 Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang (英国占领槟城的时间线)

Perebutan Takhta Kesultanan Kedah (抢夺吉打皇朝的皇位纠纷)
  1. 1.     Berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku Abdullah sebagai raja muda Kedah.
    (
    这个事件发生于当时候Sultan Kedah也就是 = Sultan Muhammad Jiwa委任了Tunku Abdullah作为 吉打的太子开始)
  2. Kerabat Diraja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
    (Kedah的皇室亲戚不同意以上的委任所以他们后来就跟Bugis联手为了反抗Sultan Muhammad Jiwa)
  3. Sultan Muhammad Jiwa berusaha memohon bantuan ketenteraan daripada SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis.
    (Sultan Muhammad Jiwa努力申请来自SHTI的军事援助为了捍卫Kedah的主权)
  4. SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.
     
    (SHIT派送Edward Monckton前往跟Sultan Muhammad Jiwa “谈判”)
  5. Rundingan gagal apabila SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh.
    (后来当SHTI不打算给予保护Kedah的保障导致最终谈判失败)

Ancaman Siam (泰国的威胁)
  1. Semasa pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798), Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas daripada kerajaan Kedah yang terhenti semasa Perang Siam-Burma.
    (Sultan Abullah管理时期泰国重新要求Kedah恢复 赠送金花”)
  2. Sultan Kedah berasa tergugat lalu memohon bantuan SHTI.
    (Sultan Kedah感觉到受到威胁然而向SHTI申请援助)
  3. Baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan kepada SHTI dengan syarat mendapatkan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
    (他提供槟城作为SHTI的军事基地条件是得到SHTI的军事援助以及捍卫来自泰国的威胁)
  4. Baginda meminta Francis Light, iaitu pedagang persendirian untuk menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India. 
    (他要求Francis Light, 也就是商人把条件传达给在印度的Gabenor Jeneral British)

Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang (Francis Light 欺骗的方式” 来占领槟城)
  1. Francis Light berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat Sultan Kedah.
    (Francis Light答应会满足Sultan Kedah所提出的条件)
  2. Sultan Abdullah menawarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
    (Sultan AbdullahFrancis Light在槟城开发地盘)
  3. Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan daripada SHTI.
    (这个优惠也就是在等待来自SHTI答案的时候所提出的优惠)
  4. Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.
    (Francis Light把槟城取名为 “Prince of Wales Island”)
  5. Petempatan mereka pula dinamakan Georgetown bersempena dengan nama Raja England.
    (他们的地盘也被命名为 “Georgetown”, 也就是纪念Raja England的名字)

2.1.4 Pengukuhan kuasa British di Pulau Pinang Melalui Perjanjian (英国通过合约来稳定在槟城的势力)

  1. Pada tahun 1786, Siam menakluk Patani dan mengancam Kesultanan Kedah.
    (1786泰国占领了Patani以及也有威胁吉打皇朝)
  2. Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan SHTI.
    (Sultan Abdullah要求来自SHTI军事的援助)
  3. SHTI enggan memberikan bantuan ketenteraan kerana tiada perjanjian ditandatangani dengan Sultan Kedah.
    (SHTI不愿意给予军事援助因为说到没有跟Sultan Kedah之间有签署任何的合约)
  4. Setelah menyedari tertipu dengan muslihat Francis Light, Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang di Seberang Perai untuk mengambil semula Pulau Pinang.
    (Sultan Kedah后来发现到中了Francis Light的诡计, Sutan Abdullah聚集了在Seberang Perai的军队为了夺回槟城)
  5. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1791.
    (后来, Sultan Abdullah被逼于1791年跟英国之间签署合约)
  6. Perjanjian ini secara rasmi mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang.
    (这个合约也是公开承认英国占领槟城的合约)
  7. Pada tahun 1800, George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1804) menandatangani  perjanjian dengan British.
    (1800槟城的总督 = George Leith强迫Sultan Kedah跟英国签署合约)
  8. Perjanjian ini membolehkan British menduduki Seberang Perai.
    (这个合约让到英国占领Seberang Perai这个地盘)
  9. Pendudukan ini penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian bagi membekalkan sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang.
    (这占领Seberang Perai的重要性是可作为英国的 防卫围墙以及可供应食物资源给在槟城的人民)

2.1.5 Peluasan Kuasa British di Singapura (英国在新加坡的扩大权力)

British dapat menduduki Melaka dan Betawi, iaitu tanah jajahan Belanda berikutan tercetusnya Perang Napoleon di Eropah.
(英国可暂时占领MelakaBetawi, 也就是荷兰的殖民地因当时候荷兰在欧洲发生了 拿破仑战争”)

Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan semula petempatan tersebut kepada Belanda.
(拿破仑战争结束后英国被逼把以上的码头地盘重新还回给荷兰)

British menugaskan Stamford Raffles dan William Farquhar mencari pelabuhan baharu untuk memecahkan penguasaan Belanda di Alam Melayu, di samping berusaha menduduki Singapura.
(英国委派Stamford RafflesWilliam Farquhar寻找新的码头为了分裂荷兰在Alam Melayu的占领除此以外英国也努力地占领着Singapura)

Kepentingan Singapura kepada British (新加坡对于英国的重要性)
  1. Pulau Pinang terletak di utara Selat Melaka manakala Bangkahulu berada di luar laluan utama perdagangan Alam Melayu.
    (槟城坐落于马六甲海峡的北部而Bangkahulu这个地方坐落于Alam Melayu的主要商业路线)
  2. Kebanyakan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga yang berada di bawah pengaruh Belanda. 
    (大多数商船停泊在Betawi, Riau以及Lingga的码头同时这些地方也是under荷兰的影响力之下)
  3. British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu. 
    (英国需要更有策略性地码头为了能和在Alam Melayu的荷兰竞争)
  4. Kedudukan Singapura di bahagian Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda.
    (新加坡的位置可控制Selat Melaka以及Selat Sunda的生意活动)
  5. Singapura boleh memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu.
    (新加坡可扮演收集Alam Melayu资源的中心)

2.1.6 Pertapakan British di Singapura (英国在新加坡的 建立基地”)

Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura pada bulan Januari 1819. 
(Stamford RfflesWilliam Farquhar18191月份抵达新加坡)

Pihak British kemudiannya mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir Singapura, iaitu Temengung Abdul Rahman untuk membenarkan British mendirikan petempatan di Singapura. 
(英国当时就有跟新加坡的领导签合约为了能够允许英国在新加坡建立地盘)

Temenggung Abdul Rahman menegaskan bahawa perjanjian tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Sultan Abdul Rahman iaitu pemerintah Sultan Kesultanan Johor Riau. 
(Temenggung Abdul Rahman强调关于这个合约需要得到来自Sultan Abdul Rahman的批准也就是JohorSultan)

Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi mendapatkan pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman mempunyai hubungan baik dengan Belanda. 
(后来, Stamford Raffles操纵了Johor皇朝继承皇位的课题为了得到Sultan的批准但后来发现Sultan Abdul Rahman跟荷兰拥有良好的关系)

  1. Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera, iaitu Tengku Hussein, putera sulung dan Tengku Abdul Rahman, putera bongsu.
    (Sultan Mahmud Shah III拥有两名太子也就是Tengku Hussein是长子以及Tengku Abdul Rahman是幼子)
  2. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat. 
    (1812, Sultan Mahmud Shah III过世了)
  3. Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga.
     
    (Tengku Abdul Rahman有出席Almarhum SultanLingga的葬礼)
  4. Tengku Hussein tidak hadir semasa Almarhum Sultan dimakamkan kerana berada di Pahang.
    (Tengku Hussein反而没有出席Almarhum Sultan的葬礼因为他人在Pahang)
  5. Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagai Sultan Johor Riau. 
    (后来, Tengku Abdul Rahman被封为 “Sultan Johor Riau”)
  6. Mendapat pengiktirafan daripada orang Bugis dan Belanda. 
    (得到来自Orang BugisBelanda的承认)
  7. Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau.
    (Tengku Hussein被杯葛逃离以及定居在Riau)

2.1.7 Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura(合约稳定了)

Perjanjian 6 Februari 1819

Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Tengku Abdul Rahman
(Stamford RafflesSultan Hussein以及Temenggung Tengku Abdul Rahman之间签署了合约)

Kesan (后果)

  1. Petempatan British di Singapura diiktiraf.
    (英国在新加坡的地盘被承认)
  2. British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Februari 1819.
    (英国于1819213日在新加坡升起了 “Union Jack”的国旗)
  3. William Farquhar (1819-1823) dilantik sebagai Residen pertama Singapura.
    (后来William Farquhar被委任为新加坡第一任的Residen)

Perjanjian 2 Ogos 1824

Residen Singapura, John Crawfurd (1823-1826) menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Tengku Abdul Rahman.
(John CrawfurdSultan Hussein以及Temnggung Tengku Abdul Rahman签署了合约)

 Kesan Perjanjian (合约的后果) 

  1. Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya.
    (新加坡被长久交给英国管理)
  2. Sultan dan Temengung hilang kedaulatan ke atas Singapura.
    (Sultan
    Temenggung失去了对于新加坡的主权)
  3. Sebagai ganti, Sultan dan Temenggung diberi bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup.
    (SultanTemenggung被给予赔款以及退休金作为补偿)

2.1.8 Peluasan Kuasa British di Melaka (英国在马六甲的扩大权力)

A.   Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura (结束了英国和荷兰之间对于新加坡的纠纷)

British (英国)

  1. Berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat.
    (成功在短时间内发展进步新加坡)
  2. Bertekad mempertahankan kedudukan Singapura.
    (下决心要捍卫新加坡的地位)
  3.  Yakin Singapura menjadi pelabuhan bebas dan pangkalan tentera yang penting di Alam Melayu.
    (有信心新加坡可成为自由的港口以及在Alam Melayu拥有重要的军事基地) 

Belanda (荷兰)

  1. Mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya.
    (承认新加坡是under荷兰影响力的)
  2. Menuntut British berundur dari Singapura.
    (要求英国从英国撤退)
  3. Bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi, pelabuhan utama Belanda di Alam Melayu.
    (担心新加坡的进步会影响荷兰在Alam Melayu主要码头的生意)

B.   Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah (英国和荷兰在欧洲的友好政策)

1.  Kedudukan Belanda berdekatan dengan Britain.
(荷兰的位置跟英国很靠近)

2.  British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain pada tahun 1795.
(英国产靠了当时拿破仑战争的经验法国让到荷兰于1795年去攻打英国这个国家)

3.  Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon.
(荷兰需跟英国友好 =  因英国在荷兰打着拿破仑战争的时候帮忙照顾了他的殖民地)

C.   Penyelesaian untuk Perdamaian (为了和谐而解决)
  1. Belanda dan British mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan ke-18.
    (荷兰和英国想要避免曾经在1718世纪所发生的战争)
  2. Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang Napoleon.
    (在拿破仑战争后荷兰不想承担财务负担)

Kesan Pakatan British dan Belanda (英国和荷兰联盟的后果)
  1. Termeratainya Perjanjian London 1824 atau perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
    (后来英国和荷兰签署了以上这项合约)
  2. Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa Eropah tersebut demi menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu.
    (这个合约的目的是接收两大欧洲势力之间紧张的关系为了照顾各自在Alam Melayu的利益)
  3. Melalui perjanjian ini, British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British dengan Belanda.
    (通过这个合约当英国和荷兰交换地盘的时候英国可占领马六甲)

2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya  4Terhadap Alam Melayu (合约以及它对于Alam Melayu的后果)

Antara Syarat Perjanjian London 1824 (合约的条件)
British (英国)Belanda (荷兰)
  1. Berundur dari Sumatera.
    (从苏门答腊撤退)
  1. Mengiktiraf petempatan British
    (承认英国的地盘)

2. Bangkahulu kepada Belanda.
(Bangkahulu这个地盘交给荷兰)

2. Menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British.
(把马六甲和它的殖民地交给英国)

3. Tidak membuka petempatan baharu di Kepulauan Riau Lingga dan kepulaun lain di selatan Singapura.
(英国不会再Kepulauan Riau Lingga和其他新加坡南部以上的岛屿开发新的地盘)  

2. Tidak membuka petempatan baharu di Tanah Melayu.

(荷兰不会在Tanah Melayu开发新的地盘)

2.2.1 Kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu (Perjanjian London 1824这个合约对于Alam Melayu的后果)

A. Pembahagian Alam Sekitar kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat (Alam Melayu地盘分配于西方2大势力)
  1. Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu. 
    (Selat Melaka
    Selat Singapura成为了分隔Alam Melayu影响力地盘的 分界线”)
  2. British dan Belanda hanya mementingkan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Alam Melayu. 
    (英国和荷兰只重视他们确保的利益以及忽视了Alam Melayu政府的主权)
  3. Mewujudkan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu di bawah pengaruh British. 
    (创造一个全新的 地缘政治”, 被认为Under英国影响力之下的Tanah Melayu)
  4. Wilayah pengaruh Belanda dikenali sebagai Hindia Timur Belanda. 
    (荷兰影响力的地盘被称之为 “Hindia Timur Belanda”)

B. Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau (Johor Riau 皇朝分裂)

Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda menamatkan keunggulan empayar Kesultanan Johor Riau yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.
(英国和荷兰地盘的分配结束了Kesultanan Johor Riau帝国的优越性)

Pemerintahan wilayah kekuasaan Kesultanan Johor Riau yang luas meliputi Johor, Pahang, Singapura dan Kepulauan Riau Lingga telah berpecah belah.
 (Kesultanan Johor Riau所涵盖的管理地盘包括了Johor, Pahang, Pahang, Singapura以及Kepulauan Riau Lingga, 已经发生 “分裂”)

B1. Singapura menjadi Tanah Jajahan British (新加坡成为了英国的殖民地)
  1. Johor dan Singapura diperintah oleh Sultan Hussein Muhammad Shah dan Temenggung Abdul Rahman berada di bawah pengaruh British.
    (Johor和新加坡被Sultan Hussein Muhammad ShahTemenggung Abdul Rahman所管理但是under英国的影响力之下)
  2. Pada Ogos 1824, Sultan dan Temenggung didesak menandatangani perjanjian menyerahkan Singapura kepada British.
     
    (18248月份, SultanTemenggung被强迫签署合约以便把新加坡交给英国)
  3. Sultan Hussein Muhammad Shah meninggalkan tempat persemayamnya di Kampung Gelam, Singapura dan berpindah ke Bandar Hilir Melaka.
     
    (Sultan Hussein Muhammad Shah离开他在新加坡的居住所以及后来搬迁去了Bandar Hilir Melaka这个地方)
  4. Baginda mangkat pada tahun 1835 dan dimakamkan di Melaka.
     
    (Sultan Hussein Muhammad Shah1835年过世以及在马六甲被埋葬)
  5. Pemerintah Johor kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Johor Bahru.
     
    (Johor领导随后把Johor的管理中心搬迁去Johor Bahru)

B2. Berakhir Kesultanan Riau Lingga (Kesultanan Riau Lingga的末期)
  1. Kepulauan Riau Lingga diperintah oleh Sultan Abdul Rahman dan berada di bawah pengaruh Belanda.
    (Kepulauan Riau LinggaSultan Abdul Rahman领导以及是under荷兰的影响力)
  2. Pada tahun 1911, institusi Kesultanan Riau Lingga dihapuskan oleh Belanda.
     
    (1911, Kesultanan Riau Lingga机构被荷兰 废除”)
  3. Wilayah Riau Lingga kemudiannya diperintah secara langsung oleh Belanda melalui Residen Riau.
    (
    随后, Riau Lingga的地盘直接被荷兰通过 “Residen Riau”的方式来管理)

B3. Pengisytiharan Kedaulatan Pahang (宣布Pahang主权)
  1. Perpecahan Kesultanan Johor Riau berlaku apabila Bendahara Tun Ali di Pahang cuba membebaskan Pahang daripada Kepulauan Johor Riau berikutan pengukuhan kuasa Barat di Singapura dan Johor serta pergolakan di Riau Lingga.
    (Bendahara Tun Ali尝试解放Pahang的时候, Kesultanan Johor Riau发生了 分裂”)
  2. Pada tahun 1853, dengan muafakat pembesar Pahang, Bendahara mengistiharkan Pahang sebagai negeri yang bebas dan berdaulat.
    (1853年通过跟Pahang大臣的协商宣布了Pahang可作为一个自由以及youzhuqu按的州属)
C. Selat Melaka di bawah Penguasaan British (在英国占领之下的 “Selat Melaka”)
  1. Perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga pelabuhan strategik, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
    (Selat Melaka的生意完全地被英国所占领因为英国拥有了3个策略性地码头也就是Pulau Pianang, Melaka以及Singapura)
  2. Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu.
     
    (由于荷兰从Tanah Melayu的撤退给予了英国扩大马来州属的机会)

2.3 Pembentukan Negeri-negeri Selat (成立海峡殖民地)

2.3.1 Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Pembentukan Negeri-Negeri Selat (主要讲述的是以上州属在成立NNS之前地背景)

Pulau Pinang (1786-1826)
  1. Peringkat awal, ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral British di India.
    (在早期槟城是被Francis Light作为Pesuruhjaya来管理)
  2. Pada tahun1787, memperoleh status pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan dengan negeri-negeri Melayu.
     
    (1787槟城获得了 “自由港口码头的地位以及也占领可Negeri-negeri Melayu的商业)
  3. Perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian.
     
    (生意被Pedagang Persendirian所占领)
  4. Pada tahun1805, dinaik taraf menjadi Presidensi keempat selepas Benggala, Madras dan Bombay di India. 
    (1805槟城提升了本身地地位成为了第四个管辖地区)
  5. Seorang gabenor dilantik sebagai ketua pentadbir Pulau Pinang.
    (
    一位总督被委任为槟城的 总管理者”)

Singapura (1819-1826)
  1. Ditadbir oleh Residen yang bertanggungjawab kepada Leftnan Gabenor British di Bangkahulu, Sumatera.
    (新加坡是由Residen所管制)
  2. Pada tahun 1823, diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas.
    (
    1823新加坡被宣布为 自由港口”)
  3. Menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil Alam Melayu untuk diperdagangkan dengan China.
    (新加坡成为了Pedagang Persendirian收集Alam Melayu资源 “相遇的地方”, 为了能与中国交易 )

Melaka (1824-1826)
  1. Melaka ditadbir oleh Residen Konsular.
    (马六甲是被 “Residen Konsular”所管理)
  2. Sistem Kapitan diteruskan bagi mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum. 
    (“Sistem Kapitan”是创造种族社区和平的系统之一)
  3. Suku-suku kaum diletakkan di bawah seorang ketua kaum yang berperanan sebagai penegak undang-undang.
     
    (每个族群是under一位 族群领导所管制的)
  4. Bagi masyarakat luar bandar, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada penghulu.
     
    (对于城市以外的社会管理责任则交由给 “村长”)

 

2.3.2 Negeri-negeri Selat 1826

Kepentingan Pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British (成立NNS对于英国的重要性)
  1. British dapat menguasai keseluruhan Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu.
    (英国可占领整个马六甲海峡最为Alam Melayu主要的 “交易路线”)
  2. Taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat berjaya menarik kedatangan pedagang tempatan dan kapal-kapal dagang dari Alam Melayu serta pedagang luar dari Alam Melayu seperti Arab, India, China, Eropah dan Amerika.
     
    (NNS自由港口的水准成功地吸引了本地商人以及来自Alam Melayu以外的商人)
  3. Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam Melayu terutama bijih timah untuk mengimbangi perdagangan British dengan China serta menyaingi pelabuhan-pelabuhan Belanda di Alam Melayu.
     
    (NNS成为了来自Alam Melayu 收集资源的中心尤其是锡矿为了平衡英国跟中国的生意以及可跟荷兰在Alam Mealyu的码头 “竞争”)
  4. Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk bagi buruh luar untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi British. Hal ini juga menyebabkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Negeri-negeri Selat. 
    (NNS成为了外劳进入的 门槛”, 为了加快英国的经济发展同时也导致了NNS “多元种族社会” 的出现)
  5. Penanaman modal oleh pelabur luar menyebabkan perkembangan negeri-negeri Selat berlaku dengan pantas. (外资的投入导致NNS迅速发展)

2.3.3 Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu (NNSNegeri-negeri Melayu之间的关系)

Negeri-negeri Selat (海峡殖民地)

  1. Memerlukan hasil ekonomi negeri-negeri Melayu untuk memajukan perdagangan. 
    (需要马来州属的经济资源为了发展生意)
  2. Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu.
     (投资资金是为了发展Negeri Melayu的采矿)

Negeri-negeri Melayu (马来州属)

  1. Memerlukan pelabuhan Negeri-negeri Selat untuk memperdagangkan hasil ekonomi. 
    (需要NNS的码头为了买卖经济资源)

2.4 Pentadbiran Negeri-negeri Selat (海峡殖民地的管理)

2.4.1 Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India (1826-1867)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat pada mulanya diletakkan di bawah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India. 
(NNS早期的管理是under SHTI来管制的)

Selepas SHTI dibubarkan, pentadbiran Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah India Office (Pejabat India). 
(SHTI被解散过后, NNS的管理就under印度的总部来管制)

Negeri-negeri Selat di bawah SHTI (1826-1857)
  1. Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor.
    (NNS是被总督所领导)
  2. Residen Konsular dilantik membantu Gabenor menjalankan pentadbiran. 
    (Residen Konsular被委任来邦族总督进行管理)
  3. Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran utama. 
    (槟城成为了主要的管理中心)
  4. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura kerana lebih strategik dan maju berbanding dengan Pulau Pinang. 
    (1832, NNS的管理中心就被搬迁去新加坡因为地理位置币槟城来得更加 有策略性以及 “进步”)

Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India (1858-1867) (NNS under印度总部的管理)
  1. Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat.
    (英国法律在NNS “被强化”)
  2. Pemberontakan yang berlaku di India menyebabkan Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri-negeri Selat dengan baik. 
    (在印度所发生的造反导致印度总部没有能力很好地管理NNS)
  3. Pejabat India tidak memberikan perhatian yang sewajarnya bagi melindungi pedagang Negeri-negeri Selat. 
    (印度总部不给予NNS任何保障NNS生意人的关注)
  4. Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat. 
    (让到NNS商人出现不满意的感受)

2.4.2 Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat Tanah Jajahan (1867-1946)

Faktor Pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London (什么原因要把NNS从印度的总部搬迁去伦敦的总部)
  1. Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India yang meluluskan undang-undang bagi Negeri-negeri Selat.
    (在印度的国会里边没有NNS的代表为了通过一些NNS的法律)
  2. Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan pertenglingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat.
    (
    印度总部控制打抢商船问题失败以及在NNS发生了华人份子之间的纠纷”)
  3. Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang Negeri-negeri Selat menggantikan mata wang Dolar Sepanyol. 
    (印度向把Mata Wang Rupee India变成NNS的商业货币从而取代西班牙货币)
  4. Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat menjejaskan kemakmuran taraf pelabuhan bebas.
    (印度总部在NNS征收的码头税务影响了自由港口的繁荣地位)
  5. Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan menjejaskan imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan.
    (印度总部把NNS变成一个囚牢的地方这也影响了NNS作为商业中心的形象)

Form 3 Bab 2 Sejarah Notes by Thomas 老师

Leave a Comment

Scroll to Top