Form 5 Bab 9

 9.1 Latar Belakang Dasar Luar (外交政策的背景)
  • Sejarah hubungan luar di negara ini bermula sejak zaman kerajaan-kerajaan Melayu dan semakin jelas melalui hubungan yang dijalinkan oleh Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan lain sama ada di Alam Melayu atau di luar Alam Melayu.
    (在我国的外交关系历史开始于自马来政府时代通过由马六甲皇朝与当时在Alam Melayu或以外的其他政府 建立关系”)
  • Keadaan ini berterusan sehingga kedatangan kuasa barat. 
    (这个情况延续直到西方势力的到来)
 Hubungan Luar Sebelum Melaka
(
在马六甲之前的外交关系)
  • Sebelum Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan awal seperti P’an-p’an, Langkasuka dan Chih-t’u telah mengadakan hubungan dengan China.
    (在马六甲皇朝之前, 早期的政府例如P’an-p’an, Langkasuka dan Chih-t’u都已与中国建立关系)
  • Pada tahun 424 Masihi, kerajaan P’an-p’an menghantar utusan ke China. 
    (在424 masihi, kerajaan P’an-p’an派送使者去到中国)
  • Kerajaan Langkasuka pula menghantar utusan ke China pada 523 Masihi dan Chih-t’u pada tahun 608 Masihi.
    (Kerajaan Langkasuka也于523 Masihi派送使者去到中国和Kerajaan Chih-t’u)
  • Penghantaran utusan ini menjadi bukti jelas wujudnya hubungan antara kerajaan-kerajaan tersebut dengan negara China.
    (这个派送使者成为了以上政府与中国之间关系的证明)

 Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka (在马六甲时期的外交关系)
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai kerajaan di rantau atau di luar Alam Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
    (1516世纪马六甲皇朝拥有与在Alam Melayu区域和以外各个政府的 “友好关系”)
  • Hubungan ini terjalin dalam dua bentuk, iaitu hubungan diplomatik dan perdagangan.
    (这个关系建立于2种形式也就是 “外交关系 “商业关系”)
  • Hubungan diplomatik dilaksanakan melalui penghantaran utusan.
    (外交关系是通过派送使者来被执行)
  • Hubungan perdagangan pula dijalankan dengan beberapa buah kerajaan dan wilayah yang mendatangkan keuntungan kepada Melaka.
    (生意关系也与几个政府和地区来被进行, 以此迎来了利润for马六甲)

Hubungan DiplomatikHubungan Perdagangan
ChinaChina
RyukyuHadhramaut (Yaman)
SiamPegu
MakassarLuzon
PasaiGujerat
TurkiKoromandel
 Bengal
 Mesir
 Parsi
 Turki
 Kepentingan Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka Abad ke-15
(
在15世纪时期, 马六甲皇城外交关系的重要性)
  • Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan.
    (确保政府的稳定和安全)
  • Menjamin kemakmuran Melaka melalui hubungan perdagangan dengan negara lain.
    (通过与其他国家的生意关系来确保马六甲的繁荣)
  • Membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam.
    (帮助马六甲成为一个 “回教传播中心”)
  • Mengekalkan penguasaan terhadap aktiviti perdagangan di Selat Melaka.
    (维持对于在马六甲海峡的商业活动)
  • Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka.
    (获得关于马六甲主权的承认)

 Zaman British (英国时代)
  • Pada zaman British, hal ehwal luar negeri Melayu, NNS, Sarawak dan Sabah dikawal oleh Pejabat Tanah Jajahan di London
    (在英国时代, 马来州属, NNS, Sarawak和Sabah的以外的事项都由在Londoon的 “殖民总部”来管理)

 Selepas Kemerdekaan (独立之后)
  • Dasar luar negara memasuki era baharu setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
    (在我国达到独立之后国家的外交政策加入了 “新时代”)
  • Kemerdekaan membolehkan kita menggubal sendiri dasar luar untuk kepentingan negara.
    (独立让到我国可制定自己的外交政策为了国家的重要性)
  • Terdapat dua perkembangan penting dalam dasar luar. 
    (2个在于外交政策重要的发展)
  • Pertama, semasa tempoh pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, dasar luar berbentuk probarat dan antikomunis.
    (第一, 在Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj管理时期, 外交政策的形式偏于 “亲西方”和 “反共产” )
  • Perkembangan kedua bermula ketika pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein apabila Malaysia lebih bersikap tidak memihak dan menjalinkan hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi.
    (第二发展开始于当Tunku Abdul Razak Hussein管理马来西亚时马来西亚更倾向于 “中立”, 以及没有考量ideologi的情况之下与其他国家 “建立关系”)
  • Dasar luar negara yang dapat dilihat bermula pada zaman kerajaan-kerajaan Melayu disesuaikan dengan keperluan dan perubahan pada masa itu.
    (国家的外交政策从马来政府时期被调整以及符合那个时候的需求与改变)
  • Semasa British menguasai negara kita, dasar luar negara dikuasai oleh pihak British.
    (正当政府占领我国的时候外交政策被英国方面占领)
  • Kedaulatan yang diperoleh melalui kemerdekaan membolehkan kita menggubal dasar luar negara kita.
    (被获得的主权时通过独立让到我们可制定我国的外交政策)
  • Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bekerjasama dengan pemimpin bagi memastikan Malaysia dihormati oleh negara lain.
    (作为马来西亚人民我们需要与领导者合作为了确保马来西亚被其他国家所尊重)

9.2 Asas Penggubalan Dasar Luar (外交争锋的基础)
  • Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
    (制定马来西亚的外交政策被执行是以在于国内和国际的 “经济,社会和政治来作为 “指标”)
  • Penjelasan tentang penggubalan dasar luar ini dapat dilihat melalui matlamat dasar luar dan faktor penggubalannya.
    (清楚的说明关于制定这个外交政策可通过 “外交政策目的 “制定其因素来做观察)
 Matlamat Penggubalan Dasar Luar (制定外交政策的目的)
  • Dasar luar amat penting kepada Malaysia kerana dasar ini mempengaruhi tindakan negara dalam menghadapi suasana perkembangan politik wilayah, serantau dan antarabangsa.
    (外交政策对于马来西亚相当的重要因为这个会政策影响了国家解决政治地区区域与国际情况的行动)
  • Kejayaan dasar luar Malaysia dapat diukur dengan wujudnya hubungan berbaik-baik serta kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi, politik, pertahanan serta kebudayaan pada peringkat antarabangsa.
    (马来西亚外交政策的成就可与在国际阶段中出现的友好关系与在于经济政治防卫与文化方面种来被衡量成就)
  • Sejak tahun 1956, persediaan asas untuk menubuhkan Kementerian Luar Negeri telah bermula dan dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar.
    (自1956年, 准备基础是为了成立 “Kementerian Luar Negeri”的开始, 以及也被誉为 “Kementerian Hal Ehwal Luar”)
  • Pada tahun 1966, nama kementerian ini diubah menjadi Kementerian Luar Negeri.
    (在1956年, 这个部门的名字被改变成为 “Kementerian Luar Negeri”)
  • Kementerian ini berpindah dari Bangunan Sultan Abdul Samad ke kompleks baharunya dan dikenali sebagai Wisma Putra yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. 
    (这个部门从Bangunan Sultan Abdul Samad的建筑物搬迁去到新的地方, 以及被誉为 “Wisma Putra”, 也坐落于KL)
  • Pada 17 September 2001, Kementerian Luar Negeri memulakan operasinya di No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Putrajaya.
    (在2001年9月17日, “Kementerian Luar Negeri”开始他在以上Putrajaya的地点运作)
  • Wisma Putra berperanan menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa.
    (Wisma Putra的角色是制定外交政策以及照顾马来西亚在于国际阶段 “国内的利益”)

 Matlamat Penggubalan Dasar Luar (制定外交政策的目的)
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
    (捍卫国家的独立与主权)
  • Melindungi kepentingan nasional.
    (保护国内的利益)
  • Mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia.
    (捍卫和扩展马来西亚的利益)
  • Memupuk hubungan baik dengan negara luar.
    (培养与外国的友好关系)
  • Menghadapi perkembangan serta cabaran politik, ekonomi dan sosial.
    (解决发展和政治经济以及社会上的挑战)

Faktor Penggubalan Dasar Luar (制定外交政策的原因)
  • Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia, iaitu ikatan sejarah, keperluan nasional, kepimpinan dan persekitaran luar.
    (有各种影响制定马来西亚外交政策的因素也就是历史的约束内贾德需求领导力以及外围)
 Ikatan Sejarah (历史约束)
  • Nilai sejarah yang dilalui merupakan dasar luar yang digubal berdasarkan adanya ikatan sejarah antara negara ini dengan negara lain.
    (外交政策是依据国家与其他国家 历史的约束所制定出来的)
  • Ikatan sejarah dan budaya dengan negara serantau dan antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Burma (Myanmar), China dan India menyebabkan Malaysia menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara ini.
    (区域性和估计行国家的 “历史和文化约束”, 例如以上有提到的国家导致马来西亚这个国家与上述的国家建立密切的关系)
  • Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, Mesir, Yaman dan Turki pula dipengaruhi oleh ikatan keagamaan yang terjalin sejak sekian lama.
    (马来西亚与以上的国家也受到早期 “宗教约束建立的关系所影响)
  • Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai pertubuhan Komanwel.
    (在达到独立之后我国已参与了Komanwel的组织)

 Keperluan Nasional (国家需求)
  • Keperluan nasional bermaksud memberikan keutamaan kepada kepentingan negara.
    (国家需求的意思是优先给与国家的利益)
  • Dalam menggubal dasar luar, kepentingan negara diberi perhatian utama untuk menjaga kedaulatan mahupun dasar yang menguntungkan negara. 
    (在制定外交政策里面国家的利益是优先被给与考虑为了照顾主权虽然政策是有利于国家 )
  • Kedudukan yang strategik menjadi perkiraan utama dalam membentuk dasar luar dengan negara serantau.
    (“策略性的地理位置” 主要考虑以此打造与区域性国家的外交政策)
  • Hubungan baik dengan negara luar membolehkan Malaysia menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sekiranya diperlukan.
    (与外国国家良好的关系嚷道马来西亚可照顾到外国马来西亚人民的福利如果有需要)
  • Kepentingan ekonomi dan keamanan menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali serta menjalinkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
    (重要的经济与和平导致马来西亚执行 “自由和中立的外交政策”, 以及在没有考量ideologi的情况下与所有的国家 “建立关系”)

 Kepimpinan (领导力)
  • Kebijaksanaan dan kebolehan seseorang pemimpin negara turut menjadi asas penting dalam penggubalan dasar luar Malaysia.
    (一位国家领导者的聪明与能力是在于制定马来西亚外交政策中重要的基础)
  • Pemimpin perlu peka akan perkembangan pada peringkat antarabangsa serta perubahan yang berlaku bagi menentukan hala tuju dasar luar negara.
    (领导者需要关注在于国际阶段的发展以及发生的改变为了缺点国家外交政策的 “方向”)
  • Dasar menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun pada tahun 1990-an merupakan satu perubahan sikap pemimpin yang sebelum ini lebih cenderung kepada negara maju. 
    (1990与正在发展中的国家建立关系, 算是一种领导者行为上的改变在这之前是更倾向于进步的国家)
  • Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di Afrika dan negara kepulauan di Pasifik Selatan.
    (马来西亚已与正在非洲和南太平洋的国家 “建立关系”)

 Persekitaran Luar (外围)
  • Perkembangan politik, ekonomi dan sosial antarabangsa yang sentiasa berubah menyebabkan penggubalan dasar luar Malaysia disesuaikan dengan perubahan yang berlaku.
    (国际政治经济和社会的发展经常改变导致了马来西亚的外交政策会随着所发生的改变而做调整)
  • Penggubalan dasar luar negara ditentukan oleh perkembangan yang berlaku pada peringkat antarabangsa seperti ketika era Perang Dingin. 
    (所制定的外交政策被当时国际阶段的发展来作为决定例如冷战时期)
  • Pada masa itu, dasar luar negara dilihat lebih probarat.
    (在当时国家的外交政策偏向于 “亲西方”)
  • Malaysia mengubah dasar daripada probarat kepada tidak berpihak berdasarkan perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an.
    (马来西亚从原本的 “亲西方政策改变成 “中立政策”, 这个改变是依据发生于1970年的所发生的发展)

9.3 Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
(
马来西亚在PBB组织里作为其组织的成员)
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 dengan matlamat mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia.
    (1945, PBB组织被成立其组织的目的是维持世界的和平与稳定)
  • Malaysia menjadi anggota PBB sejak negara mencapai kemerdekaan.
    (自马来西亚国家在达到独立之后马来西亚成为了PBB的成员)
  • Dr. Ismail Abdul Rahman dilantik sebagai wakil tetap ke PBB yang pertama.
    (Dr. Ismail Abdul Rahman被委任作为前往PBB的 “第一位固定代表”)
  • Pelibatan Malaysia ini dilakukan dengan mendukung Piagam PBB serta menyertai agensi PBB.
    (马来西亚以肩负着 PBB的的宪章以及参与PBB的代理处)
  • Pelibatan Malaysia dalam PBB menjadi bukti jelas komitmen Malaysia untuk bekerjasama dan mewujudkan keamanan pada peringkat dunia.
    (马来西亚参与PBB成为了 马来西亚清楚的承诺”, 就是为了在于全球阶段中合作以及创造和平)

Pelibatan Malaysia (马来西亚的参与)

  • Malaysia memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada PBB.
    (马来西亚给予PBB完全的承诺和合作)
  • Hal ini sejajar dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa, iaitu “hidup bersama secara aman”.
    (这是与马来西亚的发展相同于国际课题也就是 “和平地共处”)
  • Komitmen dan kerjasama ini dapat dilihat melalui empat perkara, iaitu mendukung Piagam PBB, terlibat dengan agensi di bawah PBB, memberikan sumbangan untuk misi pengaman dan membenarkan rakyat Malaysia terlibat dalam agensi PBB.
    (这个承诺和合作可通过四个事项来被观察也就是以上所提到的内容)
 Mendukung Piagam PBB (肩负着PBB的宪章)
  • Mendukung penuh Piagam PBB yang selaras dengan pendirian negara kita, iaitu menegakkan hak asasi manusia dan menggariskan prinsip yang antaranya berkaitan dengan pencapaian taraf hidup dan hak asasi manusia untuk semua tanpa membezakan kaum, jantina, bahasa atau agama.
    (所肩负的PBB宪章是与我国的建立时一致性的也就是人类基本权利和列出其中所关联到 “生活水准和人类基本权力的达到”, 为了所有不同的种族性别语言或宗教 )
  • Konsep hormat-menghormati kedaulatan wilayah negara lain.
    (互相尊敬其他国家地区的主权)
  • Tidak campur tangan dalam urusan hal ehwal negara lain.
    (不干涉于其他国家的外交事项)

 Terlibat dalam Agensi PBB (马来西亚所参与的机构)
  • Terlibat dengan United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organization – UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan) PBB.
    (参与UNESCO)
  • Pelibatan aktif Malaysia membolehkan beberapa tapak di Malaysia, iaitu Gunung Mulu dan Taman Kinabalu (2000), Bandar Melaka dan Georgetown (2008) serta Lembah Lenggong (2012) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
    (马来西亚的积极参与让到几个马来西亚的地点也就是以上所提及到的地点被承认作为 “世界遗产基地”)
  • Bekerjasama dengan Food and Agriculture Organization – FAO (Pertubuhan Makanan Sedunia) dalam bidang pengeluaran makanan serta World Health Organization – WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dalam bidang kesihatan dan perubatan.
    (马来西亚与FAOWHO组织在于生产食物领域的合作)
  • Memberikan kebenaran kepada PBB untuk membuka pejabat United Nations High Commissioner for Refugees – UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian) di Kuala Lumpur.
    (给与PBB允许为了在KL开发UNGCR的分部)
  • UNHCR ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi golongan pelarian serta golongan yang tidak bernegara.
    (UNHCR时一个负责照顾和保护逃亡群体和没有国籍群体的组织)
  • Menyertai Majlis Keselamatan, badan penting di PBB.
    (参与在PBB的重要部门, “安全委员会”)
  • Majlis ini bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
    (其委员会时负责维持国际的和平与安全)
  • Malaysia dipilih sebanyak empat kali sebagai anggota tidak tetap Kerusi Majlis Keselamatan PBB, iaitu pada tahun 1965, 1989–1990, 1999–2000 dan 2015–2016.
    (马来西亚被选为长达4次作为PBB安全委员会中 “非定期的成员资格”)
 Sumbangan dalam Misi Pengaman (和平使者代表团的贡献)
  • Malaysia turut memberikan sumbangan besar dalam menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara yang berkonflik.
    (马来西亚接着给与在于成就PBB代表团于纠纷国家中的 “重大贡献”)
  • Disiplin dan kemampuan pasukan tentera Malaysia dalam menggalas tugas misi pengaman ini sememangnya diakui oleh PBB.
    (马来西亚军队的纪律和能力在于肩负着这个和平代表团的任务事实上是被PBB所承认)
  • Antara misi pengaman yang disertai oleh Malaysia termasuklah di Congo, Namibia, Somalia, Bosnia dan Herzegovina, Kemboja (Cambodia), Timor Leste, Ethiopia dan Lubnan.
    (马来西亚参与其中的 “和平代表团如上述所提到)
  • Tugas pasukan pengaman ini antaranya termasuklah memastikan keselamatan penduduk, mengawasi gencatan senjata dalam perang saudara dan mendaulatkan undang-undang negara yang terlibat.
    (其代表团组织的任务包括了确保人民的安全管制内战中的武器停火以及授予所涉及的国家 “法律主权”)

Bosnia dan Herzegovina

  • United Nations Protection Force (UNPROFOR) dari tahun 1992 hingga tahun 1995.

Lubnan

  • United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dari tahun 2007 hingga kini.

Ethiopia

  • United Nations Mission in Ethiopia and Eritrea (UNMEE) dari tahun 2000 hingga tahun 2008.

Congo

  • United Nations Operation in the Congo (UNOC) dari tahun 1960 hingga tahun 1964.

Kemboja

  • United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC) dari tahun 1992 hingga tahun 1993.

Timor Leste

  • International Force in East Timor (INTERFET) dari tahun 1999 hingga tahun 2002.

Somalia

  • United Nations Operation in Somalia II (UNOSOM II) dari tahun 1992 hingga tahun 1995
 Misi Pegawai Pemerhati (观察官员代表团)
  • Malaysia turut terlibat dalam misi pegawai pemerhati di bawah PBB di negara yang menghadapi konflik seperti di Sierra Leone, Chad-Libya, Bosnia dan Herzegovina, Iraq, Kemboja, Liberia, Congo, Namibia, Angola, Mozambique, Ethiopia dan Timor Leste.
    (马来西亚接着参与了在PBB之下的 “观察官员代表团”, 所面对的纠纷国家如上述所提及到)
  • Tugas Pegawai Pemerhati antaranya termasuklah membantu pentadbiran dan pengurusan, memberikan latihan teknikal dan menjadi jurubahasa.
    (其任务包括了版主管理给与技术上的训练和成为翻译员)

Chad-Libya

United Nations Aouzou Strip Observer Group (UNASOG) pada tahun 1994.

Sahara Barat

United Nations Mission for the Referendum in Western Sahara (MINURSO) dari bulan Julai 1991 hingga kini.

Sierra Leone

United Nations Mission in Sierra Leone (UNAMSIL) dari tahun 1999 hingga tahun 2005.

Liberia

United Nations Observer Mission in Liberia (UNOMIL) dari bulan Ogos 1993 hingga 1997.

Congo

United Nations Organization Stabilization Mission in the DR Congo (MONUSCO) dari tahun 1999 hingga kini.

Angola

United Nations Angola Verification Mission (UNAVEM II) dari tahun 1991 hingga tahun 1995.

Namibia

United Nations Transition Assistance Group (UNTAG) dari bulan Februari 1989 hingga bulan April 1990.

Bosnia dan Herzegovina

United Nations Mission in Bosnia and Herzegovina (UNMIBH) dari tahun 1995 hingga tahun 1996.

Iraq

United Nations Iraq–Kuwait Observation Mission (UNIKOM) dari tahun 1991 hingga tahun 2003.

Kemboja

United Nations Advance Mission in Cambodia (UNAMIC) dari tahun 1991 hingga tahun 1992.

Mozambique

United Nations Operation in Mozambique (ONUMOZ) dari tahun 1992 hingga tahun 1994.

Ethiopia

United Nations Mission in Ethiopia and Eritrea (UNMEE) dari tahun 2000 hingga tahun 2008.

Timor Leste

United Nations Transitional Administration in East Timor (UNTAET) dari tahun 1999 hingga tahun 2002.

 

Tokoh Malaysia dalam Agensi PBB (在于PBB机构中的马来西亚人物)

 Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
  • Doktor perubatan dan aktivis kemanusiaan.
    (药物医生和积极参与人道的分子)
  • 2008 – merupakan seorang daripada 16 orang ahli yang dilantik oleh Setiausaha Agung PBB sebagai Penasihat Kumpulan Tabung Tindakan Kecemasan Pusat. 
    (2008年作为16成员中的一人被委任作为PBB的秘书长)
  • 2009 hingga 2011– terlibat dengan United Nations Population Fund (UNFPA), sebuah agensi PBB di New York.
     
    (2009年至2011参与了UNFPA, 也就是在纽约的PBB机构)
  •  2014 – menjawat jawatan Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di PBB yang menyelaraskan aktiviti kemanusiaan di seluruh dunia. 
    (2014担任在PBB全球高峰会议的主席协调在全世界的人道活动)

 Datuk Maimunah Mohd Sharif
  • Penjawat awam.
    (某公众职位的负责人)
  • 2017 hingga 2020 – mengetuai UN – Habitat dan merupakan wanita pertama di Asia yang menjawat jawatan tersebut. 
    (2017直到2020领导UN-Habitat, 以及作为在亚洲第一担任此职位的女性)
  • UN – Habitat dianggap sebagai agensi paling aktif di dunia yang memberikan tumpuan kepada kehidupan bandar yang mapan ketika populasi dunia berkembang dengan pesatnya. 
    (UN – Habitat被认为是在全球最积极的机构主要是正当全世界人口迅速扩展时, fokus稳定城市的生活)

 Tan Sri Razali Ismail
  • Tokoh diplomat.
    (外交官)
  • 1990 hingga 1992 – mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat United Nations Development Programme (UNDP).
    (1990年直到1992年, 率领马来西亚代表团前往UNDP)
  • 1991– dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (Economic and Social Council – ECOSOC) dan bertanggungjawab terhadap usaha pembangunan di negara anggota PBB.
    (1911这位以上的人物被委任作为PBBECOSOC的副主席其任务时对于PBB正在发展国家做努力)
  • 2000 hingga 2005 – wakil khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar.
    (2000年直到2005作为PBB特别秘书代表前往缅甸)

 Dr. Jomo Kwame Sundaram
  • Ahli akademik.
    (大专教学会员)
  • Disember 2004 – dilantik sebagai Penyelaras Penyelidikan (Kehormat) Kumpulan Antara Kerajaan G24 bagi Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa.
    (201412月份这位人物被委任作为 组织中的协调研究员”, for财务事项和国际的发展)
  • 2005 – dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan PBB Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial.
    (2005这位人物被委任作为秘书长的助手为了发展在PBB的经济和社会事项)
  • 2012 hingga 2015 – dilantik sebagai Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial di Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.
    (2012年直到2015年, 这位人物被委任作为 在PBB食物和农业组织中的“Penolong Ketua Pengarah”和 “发展经济和社会中的协调者”)

 Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar
  • Pegawai tentera.
    (军事官员)
  • 1994–Dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi UNOSOM II di Somalia.
    (1994这位人物被委任作为在Somalia的最高领导者)
  • Warga Malaysia pertama yang diberi kepercayaan untuk menjadi Pemerintah Tertinggi Tentera PBB.
    (马来西亚第一位被给与信任的公民为了成为PBB “最高军事的领导者”)
  • Pelantikan ini menandakan pengiktirafan PBB dan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen Malaysia dalam usaha mengembalikan keamanan sejagat serta keprihatinan dalam soal kemanusiaan.ya
    (这个委任象征着PBB的承认以及国际社会对于马来西亚在恢复全球和平以及在于人性课题中关怀的承认)

9.4 Malaysia dalam Komanwel
(
马来西亚参与Komanwel)
  • Komanwel merupakan sebuah badan yang dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang telah merdeka.
    (Komanwel是一个由殖民国家和英国保卫的独立国家所共同参与的一个组织)
  • Badan ini ditubuhkan untuk membina semangat setia kawan negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
    (这个组织被成立是为了打造成员国的 “忠诚友谊精神”, 以及在各个领域创造合作)
  • Penyertaan dalam Komanwel memberikan manfaat besar kepada negara.
    (参与Komanwel给予了国家最大的好处)
  • 72Malaysia memperjuangkan hak asasi manusia, kerjasama ekonomi, pembangunan bidang sosial serta terlibat dalam pengurusan isu antarabangsa melalui Komanwel.
    (马来西亚奋斗基本人权经济合作发展社会经济以及通过Komanwel参与国际管理课题 

Penyertaan dan Sumbangan (参与和贡献)

  • Malaysia sentiasa memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala rancangan yang diatur dan dilaksanakan oleh Komanwel.
    (马来西亚经常给与完全的承诺为了成就所有由Komanwel所安排和执行的规划)
  • Komitmen ini dapat dilihat melalui kerjasama ekonomi dan pembangunan antara negara Komanwel, penyertaan dalam Sukan Komanwel dan membangkitkan pelbagai isu seperti dasar Aparteid dalam Commonwealth Heads of Government Meeting – CHOGM (Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel).
    (这个承诺可通过经济合作和与komanwel国家经济上的合作参与Komanwel运动会以及提起各种课题来被观察)
  • Malaysia juga bersetuju menjadi tuan rumah CHOGM pada tahun 1989.
    (1989马来西亚也同意成为CHOGM的东道主)
 Rancangan Colombo (Colombo计划)
  • Malaysia turut menyertai Rancangan Colombo, iaitu rancangan pembangunan ekonomi dan sosial di bawah Komanwel yang dilaksanakan sejak tahun 1951.
    (马来西亚接着参与了 Rancangan Colombo, 也就是在Komanwei所执行的经济和社会发展的规划)
  • Rancangan ini bertujuan menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel.
    (这个计划的目的是处理在于Komanwel成员之间的贫穷问题)
  • Mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan pendidikan, pertanian, teknikal dan kesihatan.
    (获得关于教育, 农业, 技术和健康劝告的服务)
  • Terlibat dalam program latihan untuk kakitangan awam dan pembangunan sektor swasta sejak tahun 1995.
    (1995年起参与训练课程for政府人员以及发展私人领域)
  • Memberikan bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota yang belum membangun melalui Rancangan Colombo ini.
    (通过这个Rancangan Colombo来给予在各种领域的援助for还未发展的成员国)

 Kerjasama Pertahanan (防卫上的合作)
  • Malaysia turut terlibat dalam kerjasama pertahanan, iaitu melalui perjanjian yang ditandatangani pada 12 Oktober 1957 antara Britain dengan Tanah Melayu.
    (马来西亚接着参与防卫的合作也就是通过在19571012日与英国政府签署的合约)
  • Perjanjian ini memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara.
    (这个合约稳定了国家的防卫和安全)
  • Perjanjian ini membolehkan Britain serta negara Komanwel memberikan komitmen terhadap pertahanan negara.
    (这个合约让到英国和Komanwel国家给予对于国家发展的承诺)
  • Kerajaan menyediakan kemudahan kepada tentera Britain dan pasukan Simpanan Strategik Komanwel sama ada untuk obligasi Komanwel mahupun keperluan antarabangsa.
    (政府准备设施for英国军人, 以及成立Pasukan Simpanan Strategik Komanwel也是为了Komanwel的职责)

 Kerjasama Ekonomi (经济合作)
  • Negara Komanwel merupakan antara rakan dagang Malaysia yang utama.
    (Komanwel国家是马来西亚主要的 生意上的朋友)
  • Komoditi utama negara dieksport ke negara anggota Komanwel dengan lebih mudah.
    (国家主要的商品以更便宜的价钱出口给Komanwel的成员国)
  • Kadar cukai yang dikenakan lebih rendah. Contohnya, cukai eksport barangan siap dan cukai produk digital.
    (被征收更低的税务例如完成品出口税和电子产品税)
  • Pelbagai kemudahan turut disediakan seperti kemudahan kredit dan bantuan dana Komanwel.
    (各种设备接着被准备例如贷款设备和Komanwel资金的帮助)
  •  Pelaburan daripada negara Komanwel juga penting kepada pembangunan ekonomi negara.
    (来自Komanwel国家的投资也是重要for国家经济的发展)

 Penentangan Dasar Aparteid (反对种族肤色政策)
  • Dasar Aparteid menjadi isu penting yang menarik perhatian Komanwel.
    (Dasar Aparteid成为了吸引Komanwel关注重要的课题)
  • Malaysia turut lantang menentang dasar ini.
    (马来西亚清楚地反对这个政策)
  • Asas penentangan Malaysia disebabkan dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak seseorang berdasarkan warna kulit.
    (马来西亚反抗地基本是因为这个政策依据一个人地肤色来区分权力也就是 滥用人类的基本权利)
  • Ketegasan Malaysia bersama-sama negara lain menyuarakan isu ini dalam Komanwel menyebabkan Afrika Selatan menarik diri daripada Komanwel.
    (马来西亚与其他国家通过发言这个课题于Komanwel, 导致了南非从Komanwel组织当中 引退”)

 Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) (Komanwel会议)
  • Malaysia turut terlibat dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang diadakan dua tahun sekali.
    (马来西亚接着参与了CHOGM的会议此会议每2年举办1)
  • Persidangan ini diadakan bagi membincangkan isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara anggota.
    (这个会议被举办是为了讨论国际与成员国的课题)
  • Pada tahun 1989, Malaysia dipilih menjadi tuan rumah persidangan ini.
    (1989马来西亚被选成为了这个会议的东道主)

 Sukan Komanwel (Komanwel运动会)
  • Sukan Komanwel merupakan sukan yang kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.
    (Sukan Olimpik之后, Sukan Komanwel是全世界第二大的运动)
  • Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali.
    (这个运动每四年举办一次)
  • Penyertaan Malaysia dalam sukan ini mampu mengeratkan hubungan antara negara anggota.
    (马来西亚参与这个运动能够 “促进成员国之间的关系”)
  • Pencapaian atlet kita dalam sukan ini telah mengharumkan nama negara.
    (我们得运动员在这个运动会中达到成就已使国家的名气增长)
  • Malaysia pernah menjadi tuan rumah sukan ini pada tahun 1998.
    (1998马来西亚曾经成为了Sukan Komanwel的东道主)

9.5 Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
(
稳定外交政策的挑战)

  • Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an.
    (1970马来西亚的外交政策进入了 新的阶段)
  • Perubahan yang berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik pada peringkat antarabangsa turut memberikan kesan kepada negara kita.
    (在于经济社会和政治发生的改变接着给予我国带来后果)
  • Tempoh masa ini menjadi penting dalam sejarah dasar luar Malaysia kerana merupakan tempoh pengukuhan serta menguji kemampuan Malaysia menghadapi cabaran baharu.
    (这个期间在马来西亚的外交政策历史中很重要因为作为稳定期以及马来西亚面对最新挑战的能力)
  • Cabaran ini meliputi aspek politik, pertahanan dan ekonomi.
    (这个挑战包括了政治防卫和经济等的方面)
 Cabaran Politik Antarabangsa (国际政治的挑战)
  • Cabaran politik antarabangsa sememangnya sangat mempengaruhi dasar luar Malaysia.
  • (国际政治挑战事实上影响了马来西亚外交政策)
  • Malaysia mengamalkan dasar berkecuali apabila menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi.
    (在没有考量ideologi的情况下与外国建立关系然而马来西亚实行的是 中立政策)
  • Keadaan ini membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara China melalui lawatan oleh Tun Abdul Razak Hussein ke negara tersebut pada tahun 1974.
    (这个情况通过Tun Abdul Razak Hussein对于中国于1974年的探访让到马来西亚与中国国家建立了关系)

 Cabaran Politik Serantau (区域政治的挑战)
  • Peluasan pengaruh komunis di Indochina menyebabkan ketidakstabilan kepada rantau Asia Tenggara.
    (Indochina扩大的komunis影响力导致东南亚区域不稳定)
  • Berlakunya kebanjiran pendatang asing Vietnam di Asia Tenggara. Malaysia turut terkesan dengan perkembangan tersebut.
    (在东南亚发生了越南外来者 水灾式地涌入马来西亚然而马来西亚也受到以上的影响)
  • Pada tahun 1976, Malaysia menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia, bagi membincangkan pergolakan di Indochina serta masa hadapan rantau Asia Tenggara.
    (1976马来西亚推动支持在Indonesia “ASEAN高峰领导会议”, 为了讨论在Indochina的动荡和东南亚区域性的未来)

Cabaran Keselamatan dan Pertahanan (安全和防卫的挑战)
  • Anglo–Malaysian Defence Agreement (AMDA), iaitu perjanjian antara Malaysia dengan Britain ditamatkan pada tahun 1971.
    (AMDA, 就是马来西亚与英国之间的方位合约于1971 “被结束”)
  • Berikutan itu, Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan baharu, iaitu Five Power Defence Arrangements–FPDA atau Perjanjian Pertahanan Lima Negara pada 15 April hingga 16 April 1971 yang melibatkan Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand dan Australia.
    (随后在197141516号期间马来西亚签署了新的防卫合约也就是FPDA或五国防卫合约其中所涉及的国家包括了马来西亚新加坡英国纽西兰和澳洲)
  • Malaysia akan memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama bagi memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara melalui FPDA.
    (马来西亚将会获得共同技术和训练上的援助为了通过FPDA来稳定国家的防卫和安全)
  • Malaysia turut bekerjasama dengan negara ASEAN dalam memperkuat pertahanan dan keselamatan rantau Asia Tenggara.
    (马来西亚接着与ASEAN国家在于加强东南亚区域上防卫和安全的合作)
  • Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN diadakan bagi membincangkan kerjasama ini.
    (ASEAN防卫部长的会议被举办为了讨论这个合作)
  • Malaysia juga menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand pada tahun 1965 untuk menangani isu keselamatan.
    (1965马来西亚也与泰国签署了分界线的合约,为了处理安全课题)

 Cabaran Pembangunan Ekonomi (经济发展的挑战)
  • Cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam ekonomi ialah wujudnya dominasi negara maju bagi menentukan harga komoditi bijih timah, getah, hasil minyak dan gas negara.
    (主要在于经济的挑战被马来西亚所面对就是出现了进步国家的 “操纵”, 以决定以上商品的价格)
  • Malaysia menjadi anggota pertubuhan antarabangsa seperti International Tin Council (ITC) atau Majlis Timah Antarabangsa dan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) atau Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan.
    (马来西亚成为了国际组织的成员例如ITCGATT)
  • Desakan Malaysia agar harga barangan dapat dikawal disuarakan melalui organisasi ini bagi membolehkan Malaysia memperoleh hasil daripada minyak dan gas.
    (马来西亚的施压以便商品价格可通过这个组织被反映被控制以让到马来西亚从石油和天然气中获得收入)
  • Selain itu, Malaysia menubuhkan PETRONAS pada tahun 1974 untuk membangunkan sektor minyak dan gas negara.
    (除此以外马来西亚在1974年成立PETRONAS, 为了发展国家石油和天然气的领域)

9.6 Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
(
马来西亚在ASEAN的组织)
  • Malaysia memberikan perhatian yang serius dalam hubungannya dengan negara serantau.
    (马来西亚给予和区域性国家关系中非常严重的关注)
  • Malaysia berpandangan bahawa keselamatan dan keutuhan masa hadapan negara berkaitan rapat dengan kemantapan dan keamanan kawasan Asia Tenggara.
    (马来西亚觉得国家安全和信誉未来的观点是与东南亚地区的稳与和平有关联)
  • Keselamatan Malaysia tidak akan terjamin selagi jirannya hidup berpecah belah.
    (马来西亚的安全不再受到保障其邻居已分开式地生活)
  • Pelibatan Malaysia dalam negara serantau membolehkan negara kita menjadi anggota ASEAN yang memberikan manfaat dalam ekonomi, sosial dan politik.
    (马来西亚参与区域性国家让到我国成为了ASEAN组织地成员也在于经济社会和政治方面的好处)

Pelibatan Malaysia (马来西亚的参与)

  • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961 merupakan gabungan pertama yang melibatkan tiga negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Filipina dan Thailand. 
    (ASA组织被成立于1961这个组织是第一个涉及东南亚三个国家联盟的组织就是马来西亚菲力滨和泰国)
  • Pada tahun 1963, persefahaman yang membabitkan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) diwujudkan bagi menyelesaikan isu pembentukan Malaysia.
    (1963于马来西亚菲力滨和印尼牵连谅解的组织被创造为了解决成立马来西亚的课题)
  • Namun begitu, MAPHILINDO gagal mencapai matlamatnya.
    (然而, MAPHILINDO失败达成其目的)
  • Dalam usaha untuk meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan, maka diwujudkan ASEAN pada 8 Ogos 1967.
    (努力为了提升 “友谊忠心和区域性的精神”, 然而在196788日创立了ASEAN组织)
  • Pada peringkat awal, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lima negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.
    (在早期这个组织只被五个国家所参与也就是马来西亚印尼新加坡菲力滨和泰国)
  • Kemudiannya, ASEAN menerima lima anggota baharu, iaitu Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam.
    (后来, ASEAN接受了五个新的成员也就是文莱缅甸寮国柬埔寨和越南)
  • Penubuhan ASEAN dianggap sebagai kejayaan cemerlang terhadap dasar luar Malaysia.
    (成立ASEAN被认为是对于马来西亚外交政策 “辉煌的成就”)
 Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
  • Deklarasi Zone of Peace Freedom and Neutrality – ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali) diumumkan pada tahun 1971 di Kuala Lumpur.
    (1971年的KL, 和平自由与中立地区的声明被宣布于大众)
  • Deklarasi ini menjadi subjek penting yang dikemukakan oleh Malaysia dalam ASEAN.
    (这个声明成为了被马来西亚在ASEAN组织中提出的重要主题)
  • Langkah Malaysia menjalinkan hubungan dengan China turut dilihat sebagai sebahagian daripada pengisian konsep ZOPFAN tersebut.
    (马来西亚采取与中国建立关系地方法被观察作为ZOPFAN Konsep上的填补)
  • Malaysia menjadikan ASEAN sebagai platform terpenting untuk mengisytiharkan perubahan dasar luar negara pada peringkat serantau dan global.
    (马来西亚把ASEAN变成一个重要的平台为了宣布在于区域性和全球阶段 “外交政策的改变”)
  • Langkah ini termasuklah mendapatkan pengiktirafan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.
    (这个方法包括了获得来自强大势力国家的承认例如美国俄罗斯和中国)

 Penyelesaian Konflik Serantau (解决区域性纠纷)
  • Malaysia terlibat secara aktif mencari penyelesaian dalam konflik politik yang berlaku di Indochina, terutamanya di Vietnam dan Kemboja kerana dibimbangi akan menjejaskan kestabilan rantau Asia Tenggara.
    (马来西亚积极参与寻找发生在Indochina政治纠纷的解决方法尤其是在越南和柬埔寨因为被担心于将会影响东南亚区域的稳定性)
  • Konflik di Vietnam dan Kemboja berkaitan dengan ancaman komunis dan pelarian.
    (在越南和柬埔寨的纠纷与komunis的威胁和逃亡者有关联)
  • Malaysia menyeru agar kuasa besar tidak campur tangan dalam isu di Vietnam.
    (马来西亚呼吁以便强大势力不可干涉于越南的课题)
  • Isu di Kemboja pula berjaya diselesaikan melalui pilihan raya pada tahun 1993.
    (在柬埔寨的课题也通过在1993年的大选来被解决)
  • Malaysia turut menghantar pasukan pengaman di bawah PBB (Misi UNTAC).
    (马来西亚接着派送了under PBB的和平代表团)

 Kerjasama Ekonomi (经济合作)
  • Negara anggota ASEAN merupakan rakan dagang Malaysia yang penting.
    (ASEAN的作为作为马来西亚的 “商业伙伴上很重要)
  • Kerjasama ekonomi ASEAN bermula sejak tahun 1970-an.
    (1970年开始就开始了ASEAN经济上的合作)
  • Pada tahun 1978, Projek Industri ASEAN (AIP) dimulakan.
    (1978, AIP项目被开始)
  • Antara projek yang berjaya termasuklah pengeluaran baja urea di Indonesia (1984) dan Malaysia (1986). 
    (其中成功的Projek包括了在印尼和马来西亚 “生产尿素肥料”)
  • Pengeluaran baja fosfat dan kuprum di Filipina serta penghasilan serbuk soda di Thailand juga berjaya dilaksanakan.
    (在Filipina生产 “Baja fosfat dan kuprum肥料”, 以及在泰国所生产的 “苏打粉”也成功地被执行)
  • Potensi perdagangan antara negara ASEAN yang besar menyebabkan Malaysia mempromosikan dan menyokong konsep integrasi ekonomi ASEAN.
    (ASEAN国际之间地生意潜能很巨大这导致了马来西亚推广和支持 “ASEAN经济融合地理念)
  • Sokongan ini diharap mewujudkan satu pasaran tunggal ASEAN yang bebas seperti penggunaan mata wang ASEAN.
    (这个支持被希望是创造 “ASEAN的单独自由市场”, 例如使用ASEAN的货币)
  • Dalam meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN ini, beberapa insentif dilaksanakan termasuklah melalui Skim Keutamaan Perdagangan (SKP) yang dicadangkan pada tahun 1976 dan dilaksanakan pada tahun 1978.
    (为了提升ASEAN国家之间的生意有几个刺激计划被执行当中包括了通过在1976年被建议的SKP计划以及此此话被执行于1978)
  • Pemotongan cukai barangan dilakukan melalui skim ini.
    (通过以上的计划来执行 “减少产品的税务”)
  • Malaysia menawarkan pemotongan cukai ke atas pelbagai jenis produk keluaran negara anggota ASEAN.
    (马来西亚提供给ASEAN成员国各种种类产品输出的 “扣税”)

 Kerjasama Sosial (社会合作)
  • Malaysia menjalinkan kerjasama sosial melalui penubuhan Southeast Asian Ministers of Education Organization–SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara).
    (马来西亚通过成立SEAMEO来建立社会上的合作)
  • Kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan, pertukaran pelajar dan penubuhan pusat serantau pendidikan seperti pembinaan The Regional Centre for Education in Science and Mathematics – RECSAM (Pusat Serantau Pendidikan untuk Sains dan Matematik) di Pulau Pinang. 
    (在所有与教育领域有关的合作交换生和成立区域性教育中心例如在槟城建立RECSAM)
  • Kerjasama dalam bidang kebudayaan dilaksanakan seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN.
    (文化领域的合作被执行例如通过成立ASEAN文化基金组织来举办文化和艺术嘉年华)
  • Sukan SEA dilaksanakan untuk menjalinkan kerjasama dalam sukan.
    (Sukan SEA运动会被执行是为了建立运动中的合作)

9.7 Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) (中立组织)
  • Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia mengamalkan dasar probarat.
    (在独立之后马来西亚实行了 亲西方政策”)  
  • Walau bagaimanapun, dasar ini ditamatkan dan Malaysia mengubah dasarnya dengan mengamalkan dasar berkecuali dan terlibat secara aktif dalam NAM.
    (不管怎样这个政策后来被结束以及马来西亚以实行 “中立政策来和积极参与NAM组织以此来改变它的政策)
  • Pelibatan Malaysia dalam NAM membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan yang lebih terbuka dengan pelbagai pihak tanpa sebarang sekatan.
    (马来西亚参与NAM组织让到马来西亚与各方面在没有限制的情况下建立 “更开放的关系”)

Peranan Malaysia (马来西亚扮演的角色)

  • Penyertaan Malaysia dalam NAM bermula dengan kehadiran Muhammad Ghazali Shafie, iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri dalam mesyuarat penyediaan bagi Sidang Kemuncak di Dar es Salam, Tanzania pada bulan April 1970.
    (马来西亚参与NAM组织开始于Muhammad Ghazali Shafie的到来也就是 州属外交秘书长)
  • Penyertaan dalam NAM merupakan satu bukti bahawa Malaysia mengubah dasar luarnya daripada probarat kepada dasar yang lebih terbuka berasaskan prinsip neutral, aman bebas dan berkecuali.
    (参与NAM组织是一项证明马来西亚已改变了它的外交政策从亲西方的政策转成更加的开放政策这个政策是以中立和平自由以及不结盟作为改变外交政策的原则)
  • Sejak menyertai NAM, Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang.
    (自从参与NAM, 马来西亚在各个领域扮演着重要的角色)
  • Kelantangan Malaysia menyuarakan pandangan tentang pelbagai isu yang melibatkan negara anggota NAM telah menaikkan nama negara kita.
    (马来西亚清楚地表达各种涉及NAM成员国地各个课题这已提升我国的名气)
  • Peranan Malaysia juga dapat dilihat melalui kesediaannya menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM pada tahun 2003, menjadi Pengerusi NAM, memperjuangkan pelbagai isu seperti dasar Aparteid, isu Palestin dan Bosnia dan Herzegovina serta melaksanakan dasar aman dan berkecuali.
    (马来西亚扮演的角色也可通过我国在2003NAM的高峰会议中成为了该次会议的东道主成为了NAM的主席奋斗各种课题以及执行和平与中立政策)
 Tuan Rumah Sidang Kemuncak dan Pengerusi (高峰会议的东道主和主席)
  • Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003.
    (2003马来西亚成为了NAM组织高峰会议的 “东道主)
  • Dalam sidang ini, deklarasi Kuala Lumpur menyatakan sikap NAM terhadap isu Palestin serta serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq yang dianggap sebagai satu pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil. 
    (在这个会议当中, KL的声明讲述着NAM方面对于Palestin课题和美国对于伊拉克的哦那估计被认为是一种强国对于小国的 侵略)
  • Menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak NAM membuktikan kemampuan Malaysia dalam mengendalikan persidangan bertaraf dunia.
    (成为NAM组织高峰会议的东道主证明了马来西亚有能力处理 世界水准的会议)
  • Negara kita menjadi Pengerusi NAM dari tahun 2003 hingga tahun 2006.
    (2003年直到2006我国成为了NAM的主席)
  • Tugas ini dilaksanakan dengan jayanya oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
    (这个任务被当时的第五任首相 阿都拉巴达威所执行)
  • Perkembangan ini menjulang nama Malaysia dalam kalangan negara anggota.
    (这个扩展提升了马来西亚在于成员国中的名气)
  • Bagi menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi, Malaysia berusaha untuk meningkatkan tahap kemajuan dan pembangunan anggota NAM serta bekerjasama agar menjadi organisasi yang dihormati.
    (对于挑起作为主席的责任马来西亚努力为了提升进步的水准和发展NAM成员国以及合作以便成为了被尊敬的组织)

 Peranan dalam Politik (在于政治中扮演的角色)
  • Malaysia lantang menyuarakan isu pencerobohan terhadap hak asasi manusia dan negara lain seperti isu Aparteid serta Bosnia dan Herzegovina.
    (马来西亚清楚地提出 “侵略人类基本权利其它国家的课题”, 例如以上所以到的contoh isu)
  • Malaysia menjadikan NAM sebagai platform menyuarakan sikap Malaysia terhadap isu Aparteid.
    (马来西亚把NAM组织变成一个提出马来西亚对于 “Isu Aparteid”课题的平台)
  • Malaysia bersetuju agar tekanan politik dan ekonomi dikenakan kepada Afrika Selatan bagi menangani isu ini.
    (马来西亚同意以便施压政治与经济for南非为了处理这个课题)
  • Malaysia membangkitkan isu berkaitan dengan Bosnia dan Herzegovina yang sedang ditekan oleh Serbia pada Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia (1992).
    (马来西亚提起关于提起BosniaHerzegovina正在被Serbia所施压相关的课题这个课题是在InodenisNAM高峰会议中所提起)
  • Kedudukan Yugoslavia, salah sebuah negara pengasas NAM digantung daripada pertubuhan ini.
    (Yugoslavia位置作为其中一个NAM创立国之一的国家从这个NAM组织中被 移除)
  • Tindakan menggantung keahlian Yugoslavia merupakan hasil kejayaan bersama Malaysia dan negara anggota yang lain.
    (移除Yugoslavia会员的行为是作为马来西亚与其他成员国的 成就)
  • Malaysia turut menerima sejumlah pelarian Bosnia dan Herzegovina.
    (马来西亚随后接受大量的BosniaHerzegovina的逃亡者)

 Dasar Keamanan dan Berkecuali (和平与中立政策)
  • Sejak pelibatan Malaysia dalam NAM, suara serta pandangan Malaysia yang meminta agar rantau Asia Tenggara diterima sebagai sebuah kawasan berkecuali sering diutarakan.
    (自从马来西亚参与了NAM组织提出了马来西亚要求以便东南亚区域被接受作为一个 经常以中立为主的地区)
  • Malaysia berpandangan bahawa negara kuasa besar seperti China, Rusia dan Amerika Syarikat perlu mengakuinya serta tidak campur tangan atau memberikan tekanan kepada negara di rantau tersebut.
    (马来西亚认为关于强国例如中国俄罗斯和美国需要承认自己是不会干涉或给予施压for区域性的国家)
  • Dalam isu kawalan senjata nuklear, Malaysia menandatangani Perisytiharan Lusaka pada tahun 1970 sebagai iltizam NAM mendesak pengharaman senjata tersebut.
    (在管制核武器的课题里面马来西亚于1970年签署了 “Perisytihaan Lusaka”作为NAM承诺强迫 禁止以上的核武器”)

 
9.8 Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
(马来西亚在于OIC组织) 
Pelibatan Malaysia (马来西亚的参与)
  • Pelibatan awal Malaysia dalam isu masyarakat Islam antarabangsa sebenarnya bermula sejak era Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
    (事实上马来西亚早期参与国际Islam社会的课题是来自Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj的时代)
  • Beliau menyuarakan agar diwujudkan sebuah pertubuhan Islam untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di seluruh dunia.
    (他提出以便创造出一个回教的组织为了照顾在全世界中Islam社会的福利)
  • Hasrat ini semakin kuat selepas berlangsungnya Persidangan Pertama Kongres Islam Sedunia Rantau Asia Tenggara pada tahun 1964 di Kuala Lumpur. 
    (1964这个意愿在 第一次全球东南亚区域Islam会议中越来越强烈)
  • Pada bulan April 1969, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Persidangan Islam Antarabangsa.
    (19694月份, KL成为了 “Islam国际会议的东道主)
  • Agenda yang diputuskan di Kuala Lumpur ini dibawa ke Rabat, Maghribi, sehingga tertubuhnya OIC.
    (KL被决定的 “议程被带往至Rabat, Maghribi, 直到成立OIC组织)
  • Perbincangan tentang pelibatan Malaysia dalam OIC dapat dilihat melalui pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai Setiausaha Agung Pertama.
    (关于马来西亚参与OIC组织的讨论可通过委任Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj成为 “第一任秘书长”来被观察)
  • Malaysia pernah menjadi Pengerusi OIC dan membangkitkan pelbagai isu berkaitan dengan masyarakat Islam.
    (马来西亚曾经成为了OIC主席以及提出各种与Islam社会有关联的课题)
 Setiausaha Agung Pertama (第一任秘书长)
  • Pelibatan Malaysia dalam OIC dapat dilihat melalui pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai Setiausaha Agung yang pertama dan memegang jawatan tersebut antara tahun 1970 hingga tahun 1974.
    (马来西亚在OIC组织里面可通过委任Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj成为 “第一任秘书长”, 以及担任此岗位介于1970年直到1974年之间来被观察)
  • Tugas utama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ini adalah untuk mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan yang sewajarnya.
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj的主要任务是为了稳定OIC组织, 以及确保Islam在全世界可得到理所当然的 “照顾”)

 Pengerusi OIC (OIC主席)
  • Malaysia turut memainkan peranan penting dalam OIC apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima dilantik sebagai pengerusi pertubuhan ini pada tahun 2003.
    (马来西亚随后在OIC组织中扮演着重要的角色Tun Abdullah Ahmad Badawi, 也就是第五任马来西亚首相被委任作为在2003OIC组织的 “主席”)
  • Sebagai pengerusi, Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melanda masyarakat Islam kerana sering dikaitkan dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
    (作为主席马来西亚面对着正在评击Islam社会的指责因为经常与3K有关联也就是残暴贫穷和衰退)
  • Malaysia mengetengahkan nilai kesederhanaan dan menolak keganasan.
    (马来西亚提出 “中庸价值”和拒绝残暴的建议)

 Pembangunan Pendidikan (发展教育)
  • Malaysia bersama-sama OIC memberikan penekanan kepada pembangunan sosial terutamanya dalam bidang pendidikan melalui pembiayaan pelajaran dan kebajikan.
    (马来西亚与OIC共同施压于社会的发展尤其在于教育领域中,通过偿还学费和福利)
  • Usaha ini ditunjukkan melalui pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta memberikan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di universiti ini.
    (这个方法可通过建立UIAM大学和给予来自OIC国家学生奖学金为了可在这所大学中学习来显见)

 Menangani Isu Politik Negara Islam (处理回教政治课题)
  • Pelibatan Malaysia dalam OIC jelas kelihatan sewaktu menyuarakan pandangan tentang isu politik yang melanda negara Islam seperti Palestin, Afghanistan dan perang Iran-Iraq.
    (马来西亚参与OIC组织中提出了关于政治课题正冲击着Islam国家的观点, 例如Palestin, Afghanistan和 Iran-Iraq的战争)
  • Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC.
    (马来西亚成为 “中间人”, 为了通过OIC组织来解决Iran-Iraq的纠纷)
  •  Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera pemerhati PBB
    (随后在19888月份宣布了 “Iran-Iraq之间的停火”, 一组15人的马来西亚军事官员参与了PBB 军事观察部队)
  • Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Palestine Liberation Organization – PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin). 
    (马来西亚给予Palestin人民奋斗和成立PLO组织的支持)
  • Malaysia menjadi tuan rumah bagi Persidangan Keserantauan Asia berkaitan dengan Palestin di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. 
    (19835月份马来西亚成为了关于PlaestinKL“亚洲区域会议的东道主)
  • Negara kita menyokong hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri termasuk hak mereka untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka. 
    (我国支持Palestin的人权以决定自身的命运包括他们的权力为了拥有一个独立的国家)
  • Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul. 
    (马来西亚也支持Mujahidin Afghanistan对于Rejim Kabul的奋斗)
  • Rejim Kabul ini dibantu oleh Kesatuan Rusia sejak tahun 1979.
    (Rejim Kabul “俄罗斯组织帮助)
  • Malaysia membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
    (在1948年, 马来西亚允许Mujahidin Afghanistan在KL开发 “办事处代表”)

 Pembangunan Ekonomi (发展经济)
  • Malaysia turut aktif membangunkan ekonomi negara anggota OIC.
    (马来西亚随后积极发展OIC成员国的经济)
  • Negara kita menyokong aktiviti Islamic Development Bank – IsDB (Bank Pembangunan Islam) yang ditubuhkan pada tahun 1973.
    (我国支持回教发展银行的活动”, 会叫发展银行被成立于1973)
  • Malaysia menyertai IsDB pada tahun 1974 dan memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank ini untuk membiayai projek pembangunan negara.
    (1974马来西亚参与了IsDB, 以及获得了来自这个银行的贷款”, 为了偿还发展国家Projek的费用)
  • Penubuhan IsDB turut membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam di serata dunia seperti Dubai Islamic Bank pada tahun 1975, Islamic Bank of Bahrain pada tahun 1979 dan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983.
    (通过成立IsDB接着带来了重要Islam银行系统中重要的发展例如1975年的Dubai Islamic Bank, 1979年的Islamic Bank of Bahrain1983年的 Bank Islam Malaysia Berhad)

Form 5 Bab 9 Sejarah Notes by Thomas 老师

Leave a Comment

Scroll to Top