Form 4 Bab 1

   1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat (在西方来临之前Negara Bangsa的背景)

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

(早期马来政府Negara Bangsa的特征)

 A. Raja (皇帝)
  • Raja menjadi tonggak utama kerajaan.
    (Raja成为了政府的 “主要根基”)
  • Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar.  
  • Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.
    (Raja得到了来自人民的 “忠心”) (Raja的地位被管理系统所稳定, 大臣从旁协助Raja)
  • Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci.
    (Raja经常被效忠以及被认为是 “神圣”的)  
  • Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
    (例子, Raja Champa被认为是一名神圣的领导者以及跟Siva神明有关联)
B. Undang-undang (法律)
  • Undang-undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
    (法律被执行, 为了确保一个政府的和平)   
  • Undang-undang tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
    (以上的法律被使用于全部地区, 以及法律也能成为政府管理上的 “指导”)
       
  • Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa.
    (例如, Kerajaan Majapahit实行 “Kutara Manawa”法律)
C. Wilayah Pengaruh (影响力的地区)
  • Wilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
    (Wilayah pengaruh是个人民接受以及承认一位Raja所管理的地区)  
  • Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
    (例如, Kerajaan Funan拥有的地区广泛于从Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar和Segenting Kra.)
D. Rakyat (人民)
  • Rakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
    (人民指的是一个地区的人忠心于Raja以及不背叛) 
  •   Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah.
    (例如, Kerajaan Srivijaya的人民会以 “效忠仪式”和 “喝下发誓水”来证明他们对Raja Srivijaya的忠心)
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka  (马六甲皇朝Negara Bangsa的特征)
A. Kerajaan (政府)
  • Kerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja.
    (Kerajaan的出现, 原因是有一名 “Raja”) 
  •   Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar.
    (Raja是名最高领导者, 以及被大臣所帮助)   
  • Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran Melaka.
    (Melaka的君主管理是被 “Sistem Pembesar Empat Lipatan”所稳定的, 以及这管理系统也成为了马六甲管理的根基)  
  • Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan.
    (在Islam来了过后, 马六甲皇朝的领导者开始使用 “Sultan”的称号)
B. Rakyat (人民)
  • Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
    (人民集中于效忠Sultan Melaka, 和遵守在马六甲皇城所强化的法律)  
  • Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
    (马六甲的人民成立于马来人和海人) 
  •  Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdeka dan hamba.
    (被领导的这群人是由人民所组成, 里边包括了独立份子和奴隶)  
  •  Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
    (马六甲人民的和平是被Sultan所保障, 而且人民承认Sultan的权力)
C. Kedaulatan (主权)
  • Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
    (主权是象征一位Sultan最高的权力)
  • Kedaulatan ini merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
    (这个主权是 “Sultan的绝对权力”, 为了控制人民和地区) 
  •   Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing.
    (马六甲皇朝的主权是被其他政府所承认, 以及从外来权力干涉中 “解放”)   
  • Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
    (马六及皇朝的主权也被早期中国的 “明朝”政府所承认)   
  • Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka.
    (“明朝” 政府已派送了几名由郑和将军所领导的使者, 为了促进中国和马六甲之间的关系)
  
D. Wilayah Pengaruh (影响力的地区)
  • Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
    (Wilayah Pengaruh是Raja的管理被人民所接受, 以及被人民所承认)  
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.
    (马六甲皇朝拥有广泛的地盘, 里边包括整个Tanah Melayu的半岛, 以及苏门答腊的东海岸)
     
  • Wilayah pengaruh ini diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
    (这个Wilayah Pengaruh也是通过占领, 保护和结婚所获得)   
  • Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
    (广泛影响力的地盘证明了马六甲皇朝领导者的 “威严”)
E. Undang-undang (法律)
  • Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
    (马六甲皇城有2个手写的法律, 是Hukum Kanun Melaka和Undang-undang Laut Melaka)   
  • Undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
    (这个法律是被使用, 为了稳定政府和保障人民)  
  • Undang-undang ini juga menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul.
    (这个法律也让马六甲皇朝成为了一个 “优秀的政府”)
F. Lambang Kebesaran (象征权势)
  • Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
    (象征权势是一个政府的叶子以及Sultan Melaka的特色)   
  • Lambang kebesaran ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
    (象征权势也成为了Sultan主权领导的象征)  
  • Antara lambang kebesaran ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.
    (这个Lambang kebesaran有包括: 习俗, 使用的淹水, 鼓, 皇冠和盖章)  
  • Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.
    (盖章被使用是为了证实来自Sultan的命令)

   1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran (优秀的管理系统)

1.3.1 Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (马六甲皇朝的管理系统) 
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran tersusun yang dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
    (马六甲皇朝拥有完整的管理, 也被誉为 “Pembesar Empat Lipatan”)
  • Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat.
    (Sultan Melaka给予四位大臣管理一个地区, 河流或者岛屿的权力) 
  •  Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan.
    (每一个管理地盘被誉为 “Kawasan Pegangan”) 
  • Sultan mengetahui pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama.
    (Sultan了解各个方面的管理以及在里边也拥有权力, 例如: 管理, 战争, 外交关系和宗教方面)   
  • Pembesar Berempat termasuk Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana
    (Pembesar Berempat包括了宰相, 财长, 警长和将军)  
  • Pembesar lain yang membantu dalam pentadbiran ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu
    (也有其他帮忙于管理的大臣, 也就是以上有提到的岗位)  
1.3.2 Pentadbiran Peringkat Pusat (中央阶段的管理)  

 

  • Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana
    (中央阶段的管理是被Pembesar Berempat所执行, 里边的成员由bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung和 Laksamana所参与其中)
  • Permuafakatan antara sultan dengan pembesar mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna dan dapat mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah.
    (Sultan Pembesar之间的协商创造了完整的管理过程, 以及避免了领导者为所欲为的行为)
  • Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera
    (Bendahara进行作为领导管理总司令的任务)
  • Beliau juga akan menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan.
    (他也在各个事项劝告Sultan, 以及成为了 “Sultan的代理”)
  • Sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh daripada urusan perdagangan, segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan.
    (马六甲皇城的收入来源通过商业管理来获得所有种类的税务和贡品来自于占领地区所保护的区”)
  • Seorang Penghulu Bendahari dilantik bagi menguruskan perbendaharaan secara teratur.
    (Penghulu Bendahari被委任, 是为了管理一个有次序的 “财政部”)
  • Sementara itu, syahbandar pula dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai di pelabuhan, manakala pembesar lain mengutip cukai di kawasan pengangan.
    (另一方面, 码主的责任是为了收集码头的税务, 而其他大臣收集 “Kawasan Pegangan”的税务)
  • Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina
    (财库的资产将是作为政府的利益, 例如: 买武器和打造皇宫)
  • Dari aspek keselamatan pula, Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka, manakala Laksamana pula bertindak sebagai panglima angkatan laut
    (来自安全的方面, Temenggung被委任为了照顾Kota Melaka的安全, Laksamana也是马六甲海军的统帅)

    1.3.3 Pentadbiran Peringkat Jajahan (殖民阶段的管理)

  • Pada peringkat jajahan, pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
    (在殖民阶段, 大臣的任务是为了管理区域和乡村)  
  • Pembesar ini dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat.
    (以上的大臣是被Sultan和Pembesar Berempat所领导)  
  • Antara peranan mereka termasuklah menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.
    (他们的角色包括照顾和维持管理地区的和平, 以及被允许收税)

   1.4 Keunggulan Undang-undang (优秀的法律)

   1.4.1 Hukum Kanun Melaka

  • Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang membincangkan antaranya termasuklah jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.
    (Hukum Kanun Melaka包含了44条法令, 讨论关于罪案, Sultan和Pembesar的权力范围, 家庭和关于经济的事项)
A. Jenayah (罪案)
  • Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri.
    (各种同样的惩罚, 来自于所犯的罪案: 例如谋杀, 刺伤和偷窃)  
  • Dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh.
    (在5.1法令, 当一个人在没有Raja或Pembesar的允许下 “杀其他人”, 接着他将被判 “死刑”)
  • Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar  arahan dan memalsukan titah sultan.
    (在第4条法令, 当一个人违反和伪造Sultan的指令, 他将被判 “死刑”)
B. Peranan Sultan dan Pembesar (Sultan和Pembesar所扮演的角色)
  • Setiap pembesar Melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran dan mereka juga perlu arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang- undang.
    (每一位Melaka的大臣拥有在管理的角色以及他们也聪明能干于关于执行法律的事项)
     
  • Dalam Fasal 1, dijelaskan tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
    (在第一条法令, 讲述着Sultan, Bendahara, Temenggung和Penghulu Bendahari的任务)  
  • Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar, contohnya Bendahara dan Temenggung.
    (Sultan有责任为了委任大臣, 例如: Bendahara和Temenggung都是由Sultan所委任的)
C. Kekeluargaan (家属)
  • Isu kekeluargaan diberikan perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.
    (马六甲皇城给予 ”家属课题”的关注)  
  • Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan.
    (家庭法律的目的创造家庭的和谐, 以及解决家庭所面对的问题, 或在于结婚的问题)
     
  • Antara hukum dalam perkahwinan termasuklah dalam Fasal 26 yang menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja.
    (在结婚里边的法律, 包含了第26条法令讲述到关于婚礼需要4位 “见证人”, 如果不够的话加多2个人而已)  
  • Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.
    (奴隶和女性不可以成为婚礼的 “见证人”)
D. Ekonomi (经济)
  • Undang-undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
    (法律拥有清楚的规矩, 关于生意的管理是为了控制马六甲的生意, 以及不会发生任何违反Islam教导的错误)
  • Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.
    (例如: 在第30条法令, 讲述到 “禁止在生意管理中有放帐的行为”, 以及人做生意的适合应该是成年的, 思想清醒的和需要诵读买卖的目的)

    Undang-undang Laut Melaka (马六甲海上的法律)

A. Peranan Nakhoda (船长的角色)
  • Nakhoda berkuasa penuh dan dikenali sebagai raja dalam pelayaran.
    (船长有完全的权力以及被誉为 “航海上的Raja”)
  • Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda. (所有方面应该遵守船长的指令)
  • Dalam Fasal 13.1, dinyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari.
    (在第13.1的法令, 被讲述关于船长需要被给予为了进行为期4天的生意)
  • Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkanpersetujuan.
    (在第13.3条法令也讲述到, 如果船长需要停泊在不在停泊名单的地方, 船长需要跟船里的所有人 “开会”, 为了得到批准)
B. Pelayaran (航海)
  • Dalam undang-undang ini, dijelaskan peranan beberapa pegawai selain nakhoda, antaranya termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu.
    (在这个法律除了船长以外, 也讲述几个官员的角色, 里边包括舵手, 领路人和测量海深的船员)  
  • Contohnya, dalam Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran.
    (例如在第9条法令, 一名Malim需要精通于 “航海的知识”)  
  • Malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat.
    (Malim需要了解海浪, 海流以及月亮星星位置的状况, 以便在安全的状况下航海)  
  • Dalam fasal yang sama, jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.
    (在同样的法令, 如果Malim疏忽于进行任务, 直到导致船发生相撞和破环, 他将会被判 “死刑”)  
C. Jenayah (罪案)
  • Perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal.
    (在船上的罪案将会威胁 船上的 “平静”和 “安全”)  
  • Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak.
    (这个法律说明了关于罪案的惩罚)
  • Contohnya, dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati.
    (例如: 在第5条法令, 一个人不好的行为, 以及杀人, 而这个人将会被判 “死刑”)
D. Percukaian (收税)
  • Percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam undang-undang ini.
    (有系统的收税和公正也在这个法律里边讲述到)  
  • Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.
    (各种在航海管理被征收的税务, 是为了做生意)  
  • Contohnya, cukai perjalanan dan hasil perniagaan.
    (例子: 路税和生意税)  
  • Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.
    (在第6.3法令, 船长决定顾客收税的总数, 也就是向顾客征收10分之一的收入for税务, 如果顾客想撤回他的承诺)
Peranan Pemerintah dan Rakyat (领导者和人民的角色)
Golongan Pemerintahan dan Rakyat (管理和人民群体)
  • Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintahan dan diperintah.
    (在马六甲皇朝的社会分为2个, 也就是管理群和被管理群)
  • Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat diraja dan ulama.
    (管理群体是由以上提到的人物所组成)
Peranan Sultan (Sultan的角色)
  • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda.
    (保护和照顾人民的安全)
  • Mewujudkan perpaduan rakyat.
    (创造人民团结)  
  • Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan.
    (对于政府的繁荣和稳定有责任)
  • Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.
    (制定法律为了控制人民)  
Peranan Pembesar (大臣的角色)
  • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
    (照顾在 “Kawasan Pegangan”人民的安全和福利)  
  • Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
    (成为Sultan和人民之间的 “中间人”)  
  • Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
    (通过 “Sistem Serah”来收集收入, 以及通过 “Sistem Kerah”来提供军事劳力)
  • Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan. Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
    (人民是由以上所提到的各种人物所组成)
Peranan Rakyat (人民的角色)
  • Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
    (凸显对于领导者的忠心”)
  • Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah.
    (遵守所有领导者的命令, 以及不可以背叛因为害怕遭天谴”)
  • Menjadi tentera.
    (成为军人) 
  • Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong.
    (出席大众活动例如: 大扫除)
     
  • Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
    (成为划战船的舵手)
  • Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan.
    (通过 “Sistem Kerah”来贡献劳力工作, 例如打造皇宫或者马路)

Form 4 Bab 1 Sejarah Notes by Thomas 老师

Leave a Comment

Scroll to Top