Form 5 Bab 8

8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(
准备新经济政策)

  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990 sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara.
    (DEB开始于1970年直到1990, 作为国家发展经济以及团结的政策)
  • DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang merangkumi empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia.
    (DEB是通过RRJP1被执行的, 其中包括4每五年马来西亚的发展计划”)
  • Dasar ini bertujuan memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama.
    (这个政策的目的是修复种族和地区之间社会经济的不平衡”)
Latar Belakang Pembentukan (成立的背景)
  • Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada bulan Januari 1970. MAPEN dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
    (MAPEN被成立于19701月份. MAPEN是是被社会各个阶层所参与)
  • MAPEN ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat.
    (MAPEN被成立为了准备给标准”, 以便种族hi见的合作以及国家融合, 为了培养种族之间的特色)
  • Hasilnya, terbentuk satu dasar ekonomi negara yang dikenali sebagai DEB.|
    (结果, 形成一个国家的经济政策 被誉为DEB)
  • Beberapa pakar ekonomi dari dalam dan luar negara diamanahkan untuk merancang dan merangka dasar berkenaan.
    (由几位来自国内和国外的经济专家”, 为了讨论和制定相关的政策)
  • Antara pakar yang terlibat termasuklah Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway) zdan Dr. Jack R. Parkinson (Britain).
    (以上是经济专家的人物例子)
Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) (新经济政策目的)
  • Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata.
    (DEB的目的是为了通过使用一石二鸟的策略, 以此来达到种族的团结以及和谐)

Strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) (DEB新经济政策的策略)

  • Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
    (通过增加收入以及工作机会给予人民, 以此来消灭贫穷)
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
    (重新调整社会, 为了减少和废除依据种族为导向的经济)
Isu Sosioekonomi (社会经济课题)
  •  Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera.
    (土著和非土著的社会经济差距)
  • Jurang sosioekonomi antara pantai timur dengan pantai barat.
    (东海岸和西海岸之间的社会经济差距)
  • Jurang sosioekonomi antara masyarakat desa dengan bandar.
    (乡村和城市之间的社会经济的差距)
  • Jurang sosioekonomi antara negeri.
    (州属之间的社会经济差距)
  8.2 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) (执行DEB政策)
  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi yang seimbang.
    (DEB政策是通过使用几个方法来被执行, 目的是通过平衡地分配经济”, 以此来产生出一个团结的社会)
  • Beberapa langkah dilaksanakan berkaitan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
    (有几个被执行的方法, 例如消灭贫穷和重整社会)
  • Antaranya termasuklah meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkenalkan Rancangan Buku Hijau, memperkasakan peranan agensi kerajaan, pembangunan tanah oleh FELDA, pembangunan wilayah, pemilikan modal saham, pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pendidikan untuk tenaga kerja mahir.
    (其中包括了提升人民的生活水准, 制定绿皮书规划, 强化政府机构的角色, FELDA发展土地. 发展地区, 拥有股权, 制定中小企业以及教育为了产生出技术员工)
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat (提升人民的生活水准)

Rancangan meningkatkan taraf hidup melibatkan penduduk di luar bandar dan di bandar.
(提升在城市以外和在城市人民的生活水准的计划)

Luar Bandar (城市以外)
Tumpuan diberikan kepada penduduk miskin yang terdiri daripada petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh dan penduduk kampung baharu.
(此计划主要是被集中贫穷人民, 例如农民, 胶园工人等等)

  • Usaha pembangunan dilakukan menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang sedia ada di luar bandar.
    (发展计划是通过 已在城市以外所准备的“Gerakan Koperasi”活动来被执行)
  • Program yang dilaksanakan termasuklah penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang.
    (被执行的program包括了开发新土地, 农业道具援助, 意见服务, 津贴种子和肥料, 贷款设, 销售以及胶园发展中心)

Bandar (城市)

Penduduk di bandar pula menghadapi kemiskinan disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.
(在城市的人民也面对着贫穷问题, 城市的贫穷问题主要是被低收入以及住所问题所导致)

  • Usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan pelbagai jenis perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan lebih banyak dan meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai
    (被政府所执行的方法, 为了发展各个种类的工业以及商业, 以此开放更多的工作机会以及提升各个种族贫穷群体的收入)
  • Golongan ini juga disediakan dengan kemudahan asas seperti pendidikan, bekalan air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah.
    (由准备基本设备for贫穷群体, 例如教育, 水源和电的供应, 马路, 奖学金的援助以及免费课本, 食物给孩子和便宜住所计划)
Rancangan Buku Hijau (绿皮书计划)

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.
(Rancangan Buku Hijau是被Tun Abdul Razak Hussein19741220日被实行)

  • Matlamat rancangan ini untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara.
    (这个计划的目的是为了增加人民的收入以及生产食物原料, 以便足够for国家的需求)
  • Rancangan ini memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya.
    (这个计划集中于 完全地使用土地)
  • Mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain.
    (通过种植短期性植物来开发土地, 园艺种植, 饲养, 良好销售以及其他的小型计划)
Peranan Agensi Kerajaan (政府机构所扮演的角色)
  • Beberapa agensi kerajaan ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk semua kaum.
    (有机个被成立的政府机构, 为了多元化可增加人民收入的经济活动, 以及开发更多的工作机会for所有种族)
  • Agensi ini juga memberikan bantuan dari segi peralatan, biji benih, kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat.
    (这个机构也给予了来自道具, 种子, 贷款设备以及意见服务方面的援助)
  • Antara agensi tersebut termasuklah Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) atau dikenali sebagai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah.
    (以上是所成立的政府机构)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan memodenkan industri perikanan.
    (LKIM被成立于1971, 为了提升渔夫地生活水准以及现代化捕鱼行业)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi.
    (LPP被成立于1973, 为了版主小型园主, 农夫, 以及所设计合作社活动的农民)
Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
  • Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk mengawal selia sektor padi dan beras serta menstabilkan harga padi.
    (LPN被成立于1971, 为了监控稻米的领域以及稳定稻米的价格)
  • Pada tahun 1994, dikenali sebagai Beras Nasional (BERNAS).
    (1994, 被誉为 BERNAS的名字)
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  • Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu dalam penyelidikan dan penanaman semula getah.
    (被成立于1973, 为了版主于橡胶研究以及种植橡胶)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pembangunan Tanah
(
联邦土地发展局)
  • Pembukaan tanah baharu untuk pertanian dilakukan secara teratur di bawah FELDA.
    (开发新徒弟是为了有条理地种植)
  • Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke kawasan FELDA yang baru dibangunkan.
    (城市以外贫穷的人民被搬迁于被FELDA重新发展的地区)
  • Skim peneroka FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu bumiputera.
    (FELDA开发计划)
  • Kaum Cina dan India juga diberi peluang oleh FELDA untuk menjadi peneroka.
    (华人和印度人也被FELDA给予成为 开发者的计划)
  • Terdapat beberapa buah FELDA yang menerima peneroka pelbagai kaum seperti di Felda Lurah Bilut (Pahang), Felda Keratong (Pahang) dan Felda Sendayan (Negeri Sembilan).
    (以上是FELDAContoh)
  • Mereka diberi tanah seluas 10 ekar untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit, getah dan rumah kediaman.
    (他们被给予10英亩的土地, 为了开发种植油棕, 橡胶以及住宅区)
  • Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA yang dapat mengubah taraf hidup mereka.
    (除此以外, 也有其他的设备, 例如诊所, 学校, 交通以及FELDA的合作社可改变他们的生活水准)
  • FELDA juga menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi meneroka pembukaan tanah baharu untuk pertanian.
    (FELDA也与州政府建立合作, 以便开发新土地for种植)
  • Di Sabah, kerjasama FELDA dengan Yayasan Sabah telah membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat (Lahad Datu) dan Felda Umas (Tawau).
    (Sabah, FELDAYayasan Sabah的合作带来了以上提到的FELDA开发例子)
  • FELDA juga mengadakan kerjasama dengan Sarawak melalui Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) untuk pembukaan ladang kelapa sawit.
    (FELDA也通过SALCRA来准备与Sarawak合作, 为了开发油棕园)
Pembangunan Wilayah (发展地区)
  • Program pembangunan wilayah dijalankan dengan pembukaan tanah untuk industri getah dan kelapa sawit.
    (地区发展计划是以 开发土地来进行, 为了橡胶和纵有领域)
  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
  • Urban Development Authority (UDA) atau dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar ditubuhkan pada tahun 1971 yang berperanan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu.
    (UDA被誉为是城市发展机构, UDA被成立于1971, 其角色是发展工业以及新城市)

Antaranya termasuklah pembukaan bandar baharu dan kawasan perindustrian di Bandar Tun Hussein Onn (Cheras) dan Bandar Baru Uda  (Skudai).
(以上是开发新城市的Contoh)

Pemilikan Modal Saham (拥有股份)
  • Kaum bumiputera ketinggalan dalam pemilikan saham syarikat perdagangan.
    (土著族群在商业公司拥有股份中的落伍)
  • Keadaan ini mewujudkan perbezaan dari segi taraf hidup dan jumlah pendapatan antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera.
    (这个情况创造出来自生活水准方面, 以及土著种族和非土著之间收入的总数上的差距”)
  • Usaha dilakukan untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978.
    (被执行的方法是为了增加土著在合作社中的资产股份拥有, 为了于1978317, 通过成立PNB来创造出MPPB)
  • Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad.
    (ASNASB被实行, 为了方便土著族群在有限公司中拥有股份)
  • Kaum bukan bumiputera turut diberi peluang dalam pemilikan modal saham dengan pengenalan Amanah Saham Malaysia.
    (通过制定马来西亚各大信托基金”, 非土著被给予拥有资产股份的计划)
Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) (制定中小企业领域)
  • Industri kecil dan sederhana merujuk industri pembuatan barangan menggunakan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai.
    (中小企业是作为使用小资金和没有很多的人力的制造业领域”)
  • Rakyat diberi peluang mengusahakan industri desa serta IKS.
    (人民被给予开发乡村工业以及中小企业的机会)
  • Usaha ini bagi memperbaik taraf hidup rakyat serta menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
    (这个方法是为了改善人民的生活水准以及增加生产力和收入)
  • Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa.
    (这个领域包括了手工艺品, 食物, 衣服以及住宿)
  • Antara IKS yang berjaya termasuklah Best Farm Co., Nurul Food Industry Enterprise, Ramly Food Processing Sendirian Berhad dan Faiza Marketing Sendirian Berhad.
    (以上是中小企业成功发展的领域)
  • Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank Bumiputra (1965), Perbadanan Nasional Berhad (1969), Bank Pertanian Malaysia (1969) yang kini dikenali sebagai Agrobank, Skim Pinjaman Khas Pertanian (1970) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (1987).
    (通过以上的银行, 借贷计划和基金来给予借贷,津贴以及劝告)
  • Hasilnya, muncul ramai usahawan muda yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
    (结果, 出现了大量的年轻企业家贡献于社会和国家的发展)
Pendidikan Tenaga Kerja Mahir (技术员工的教育)

Kerajaan mengambil langkah untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu menampung keperluan dalam bidang pertanian dan perindustrian.
(政府采取培养技术劳力的方法, cover在于农业和工业领域的需求)

  • Asas kepada latihan kemahiran ini diberikan sejak di bangku sekolah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup.
    (这个技术练习的基础是自学校开始就通过 生活技能科目来作为基础)
  • Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional.
    (中学教育被分开成2)
  • Bagi memenuhi keperluan ini, sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti (Institut) Teknologi Mara ditubuhkan.
    (为了满足这个需求, 以上的学校就被成立了)
  • Kursus kemahiran ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir.
    (技术课程被提供于各自领域, 为了cover对于技术劳工的需求)
  • Kesannya, pekerja mahir dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
    (后果, 技术员工可通过所拥有的技术来提升生活水准以及收入)
8.3 Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (成立国内发展政策)
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan DEB berakhir pada tahun 1990.
    (RRJP1DEB1990年结束)
  • Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1970–1990), ekonomi Malaysia berkembang dengan pesatnya.
    (在执行DEB的期间中, 马来西亚的经济迅速发展)
  • Kejayaan menyeluruh yang telah dicapai memerlukan masa yang lebih lama untuk menampakkan hasil yang berkesan.
    (全面的成就需要很长的时间来被达到, 为了表现出有效的结果)
  • Usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan pula oleh DPN.
    (通过DPN来执行方法)
Latar Belakang Pembentukan (成立的背景)
  • Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
    (DPNTun Dr. Mahathir Mohamad, 也就是被第四任首相所实行)
  • DPN merupakan kesinambungan DEB yang dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991–2000) melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).
    (DPN是延续DEB的而被制定的政策, for 10年的期限)
  • DPN merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.
    (DPB是依据 “2020宏愿把马来西亚变成一个进步的国家的政策)
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (DPN政策的目的)
  • Matlamat DPN adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan.
    (DPN的目的是为了通过分配财富来达到国家团结)
  • Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek.
    (这个目的可通过发展州属与城市与乡村的平衡来被达到)
  • Matlamat DPN dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Rancangan Malaysia Ketujuh.
    (DPN的目的可通过Rancangan Malaysia Keenam以及Rancangan Malaysia Ketujuh来被执行)
Objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (DPN的目的)
  • Objektif DPN adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuh kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
    (DPN的目的是通过稳定社会和政治, 以及维持持续的发展经济, 为了创造一个团结的生活)
  • DPN menetapkan langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf negara yang maju dalam semua aspek seperti keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan serta kecemerlangan ekonomi.
    (DPN规定下方法, 以此让到马来西亚在所有方面达到进步的水准, 例如公正社会, 价值, 伦理和道德, 稳定政治, 生活品质, 有办事能力的政府以及辉煌的经济)
Strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (DPN的策略)
  • Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menggunakan beberapa strategi yang merangkumi bidang ekonomi, sosial serta pembangunan kemudahan fizikal untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
    (DPN使用几个策略包括经济, 社会领域以及发展实体设备, 为了延续从而使用消灭贫穷和重整社会的方法)

Ekonomi (经济)

  • Pelibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara.
    (私人领域积极地参与国家经济的发展)
  • Melaksanakan program penanaman semula.
    (重新执行 重植计划)
  • Penggunaan sains dan teknologi.
    (使用科学和科技)
  • Meningkatkan pemilikan saham bumiputera.
    (提升土著拥有的股份)

Sosial (社会)

  • Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
    (给予津贴和教育设备, 为了进步不同种族贫穷的社会)
  • Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
    (创造土著的商业以及工业社会)
  • Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif.
    (打造一个有纪律和渐进的社会)

Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar (环境上的设备)

  • Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas.
    (准备以及改善基本设备)
  • Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar.
    (在没有忽视环境的情况下, 持续地发展)
8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
(执行DPN的政策)
  • Strategi asas DEB diteruskan dalam pelaksanaan DPN, iaitu membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk memperbaik ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.
    (DEB政策的基础被延续于DPN政策里边, 也就是消灭平穷以及重整社会, 为了改善种族之间不平衡的社会以及经济)
  • Pelaksanaan DPN juga dilakukan melalui pemilikan modal saham dan pembangunan wilayah.
    (执行DPN也可通过拥有股份以及发展地区来被执行)
Pembasmian Kemiskinan (消灭贫穷)

Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khasnya golongan bumiputera.’
(政府延续的方法, 为了废除在于种族之间的贫穷, 特别是土著群体)

  • Pemberian subsidi dan sokongan diteruskan kepada golongan penanam padi dan nelayan.
    (持续地给予津贴以及支援for农夫和渔夫)
  • Tumpuan diberikan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
    (被集中于提升他们生产的方向)
  • Golongan belia pula diberi latihan di agensi kerajaan seperti Pusat Latihan Kemahiran Giatmara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi membolehkan mereka mendapatkan kerja yang berkaitan dengan kemahiran dan berpendapatan tinggi.
    (年轻人也被给予在政府机构的训练. 例如以上的政府机构contoh, 为了让到他们可获得相关技能的公正以及获得高收入)
Penyusunan Semula Masyarakat (重整社会)
  • Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
    (重新调整的社会方法是以成立MPPB来被执行)
  • Hal ini bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153).
    (这个是符合中央的宪法)
  • Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan.
    (提升劳工和土著的参与现代领域的管理, 例如制造和服务)
  • Latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan diberikan oleh agensi kerajaan.
    (由政府给予的资产管理和商业道德领域的训练”)
  • Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bukan bumiputera turut dilaksanakan.
    (给予合约, 固打制和执照for 土著拥有的生意, 以及与非土著合并公共都一并被执行)
  • Perhatian khusus diberikan kepada penyertaan bumiputera dalam IKS.
    (特别关注于土著在中小企业的参与)
  • Usaha sama secara aktif antara bumiputera dengan bukan bumiputera digalakkan untuk membolehkan syarikat bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.
    (土著和非土著的合并被鼓励, 为了让到土著公司可提升公司的远景)
  • Bagi membolehkan bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan dengan teknologi terbaharu, di samping kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.
    (为了让到土著可在现代商业中竞争, 土著将被给予最新的科技, 除此以也包括了外资产的设备, 市场的资讯以及生意在于国际市场的关系)
  • Matlamat penyusunan semula masyarakat akan memastikan corak tenaga kerja di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi bagi mencerminkan komposisi pelbagai kaum dalam negara.
    (重新调整社会的目的将确保各个领域的劳力模式和在于经济的工作, 为了反映国内各个种族的结构)
Penyusunan Semula Modal Saham (重整股份)
  • Penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat terus dilaksanakan di bawah DPN.
    (重新调整公司领域的股份方法被执行于DPN之下)
  • Langkah ini dibuat supaya bahagian saham kaum bumiputera dapat dipertingkatkan selaras dengan matlamat asal DEB bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.
    (这个方法被制定, 以便土著股份的部分可被提升于符合DEB的目的, 为了达到至少30%的土著拥有权)
  • Tindakan akan diambil melalui program penswastaan bagi memperuntukkan sejumlah saham untuk projek yang diswastakan kepada bumiputera.
    (通过私人计划来采取行动, 为了分配 份额总数”for被私有化给予土著)
  • Penswastaan syarikat perniagaan milik agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera seperti yang berikut:
    (私人商业拥有公司被特殊for土著)
    • Majlis Amanah Rakyat (MARA).
    • Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
    • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
  • Pada masa yang sama, kaum bukan bumiputera diberi peluang untuk menyertai projek penswastaan.
    (与此同时, 非土著被给予机会, 为了参与私人计划)
Pembangunan Wilayah (发展地区)
  • Kerajaan meneruskan rancangan pembangunan wilayah untuk meningkatkan integrasi ekonomi yang saling melengkapi antara negeri.
    (政府延续 土地发展计划”, 为了提升州属之间经济的融合)
  • Usaha memperbaik ketidakseimbangan pembangunan wilayah memudahkan pencapaian kesamarataan pendapatan antara kaum di negara ini.
    (改善 不平衡发展的地区”, 容易达到国家种族之间的)
  • Malaysian Agricultural Research and Development Institute – MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) ditingkatkan.
    (
    马来西亚农业研究与发展机构被提升)
  • Konsep pertanian pintar digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian.
    (使用搬迁式种植的概念被使用, 为了提升农业的收成)
  •  Penyebaran industri terpilih digalakkan dengan mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri yang kurang maju dengan kemudahan fizikal, pendidikan, kesihatan dan perumahan.
    (鼓励宣传你所选的领域, 以此促动私人领域重新安置在缺乏进步州属的工厂)
  •  Kawasan-kawasan ini akan menjadi pusat pertumbuhan baharu ekonomi yang dapat menyumbang kepada pembangunan wilayah.
    (这个地方将会成为新经济发展成长中心”, 这可贡献于地区的发展)
  • Pelaksanaan DPN telah meningkatkan taraf hidup
    (执行DPN已提升了人民的生活水准)
  • Penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan pengeluaran dalam pelbagai bidang ekonomi.
    (使用现代经济能够提升各个经济领域的生产)
  • Seiring dengan ini, berlaku kemajuan dalam pembinaan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat.
    (与此同时, 在发展公共设备的进步, 为了人民的和平)
  • Kita mempunyai tanggungjawab untuk menghargai dan menjaga harta awam tersebut.
    (我们拥有责任, 为了珍惜和照顾公共资产)
  • Rakyat perlu menjaga kelestarian alam sekitar bagi mewujudkan negara yang harmoni dan indah.
    (人民需要照顾永久性环境, 为了创造一个和谐美丽的国家)
8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
(DEB
DPN达到的新经济政策)
  • Pelaksanaan DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi serta taraf hidup penduduk.
    (执行DEBDPN带来了经济上的进步以及人民的生活水准)
  • Pencapaian kedua-dua dasar ini dapat dilihat dari aspek sosial dan ekonomi.
    (达到以上两个政策可从社会和经济方面来观察)
Aspek Sosial (社会部分)
  • Pencapaian dari aspek sosial dapat dilihat dari segi penurunan kadar kemiskinan, peningkatan kualiti hidup, kemunculan golongan pertengahan, masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
    (从社会方面达到的成就可从一些方面观察, 例如贫穷率降低, 提升生活水准, 出现中产阶级人士, 商业社会以及土著工业等方面来观察 )
  • Selain itu, pencapaiannya juga meliputi pembangunan pendidikan, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan serta perkembangan bandar baharu.
    (除此以外也包括了教育上的发展, 发展交通和联系系统以及发展新的城市)
Penurunan Kadar Kemiskinan (贫穷率下降)
  • Kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan.
    (在马来西亚的贫穷率成功地被减少)
  • Usaha kerajaan mempelbagaikan kegiatan ekonomi membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah yang melibatkan semua kaum.
    (政府多元化经济来开放工作机会以及增加个人的收入, 以上都是有涉及所有的种族)
  • Kerajaan juga menambah baik peluang untuk rakyat mendapatkan kemudahan awam yang dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
    (政府也增加良好的计划for人民得到可提升生活水准和品质的 公共设备)
  • Keperluan tenaga kerja dalam bidang pertanian dan perindustrian dapat mengurangkan masalah pengangguran dan kadar kemiskinan rakyat.
    (劳力员工在于农业和工业领域的需求可减少人民的 失业率 贫穷率)
  • Pelaksanaan DEB menyebabkan kadar kemiskinan penduduk dapat dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.1 peratus pada tahun 1990.
    (执行DEB导致人民地贫穷率可被减少, 数目以及年份参考上面)
  • Pelaksanaan DPN pula mengurangkan kadar kemiskinan kepada 7.2 peratus pada tahun 2000.
    (执行DPN2000年也减少7.2巴仙地贫穷率)
Peningkatan Kualiti Hidup (提升生活的品质)
  • Pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan menyebabkan kualiti hidup rakyat meningkat.
    (经济成长和提升收入导致人民的生活水准提升)
  • Hal ini dapat dilihat dari aspek peningkatan tahap kesihatan rakyat yang semakin baik.
    (这可从提升人民的健康水准方面来观察, 也就是人民的健康水准越变越好)
  • Begitu juga dari aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur seperti hospital dan klinik untuk keperluan rakyat.
    (也可从教育, 拥有的基本需求物品和准备基本设备方面for人民的需求, 例如议员和诊所)
  • Kualiti hidup menunjukkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara semakin baik selepas tahun 1990.
    (1990年之后, 生活水准显示出人民的和平以及国家的繁荣越来越好)
Kemunculan Golongan Pertengahan (出现中产人士)
  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan DPN berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam pekerjaan di bandar dengan kewujudan masyarakat baharu yang terdiri daripada golongan profesional, pemodal, teknikal, pentadbiran dan pengurusan.
    (DEBDPN成功地提升了土著和非土著的加入于城市里面的工作, 以此城市出现了由专业群体所组合成的新社会”)
  • Perkembangan ekonomi menyebabkan keperluan terhadap bidang kerja ini semakin meningkat.
    (扩展经济导致对于公正领域的需求越来越提升)
  • Mereka dianggap sebagai golongan pertengahan dalam masyarakat.
    (他们被认为是社会里面的 “”中产人士”)
  • Kemunculan golongan ini menunjukkan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta memberikan kesan terhadap peningkatan taraf hidup rakyat.
    (这个中产人士的出现显示出被政府所执行的经济政策, 以及私人领域也给予了对于提升人民生活水准的效果)
  • Masyarakat baharu ini juga memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara.
    (这个新的社会也给予重大贡献for国家的收入以及繁荣)
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (商业社会和土著工业)
  • Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujudkan melalui DEB dan DPN yang bergiat dalam pelbagai bidang ekonomi.
    (商业社会和土著工业通过DEBDPN来被创立, 活跃于各个种类的经济领域)
  • Golongan ini membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat.
    (这群人打造了 商业化土著阶层”, 他们涉及于合作社领域)
  • Muncul tokoh bumiputera dalam bidang perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat, pemilik pelabuhan dan usahawan muda.
    (出现了土著人物于银行, 股份资本家, 公司拥有者, 码头拥有者和年轻企业家)
  • Kemunculan golongan ini turut memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin dengan tawaran pekerjaan dalam syarikat dan industri yang dimiliki oleh golongan ini.
    (这群人的出现接着给予了好处, 以提供公司的工作来提升穷人群体的生活水准)
Pembangunan Pendidikan (发展教育)
  • Pembangunan pendidikan berlaku seiring dengan pembangunan ekonomi.
    (
    发展教育与发展经济是同步进行的)
  • Pembangunan ekonomi memerlukan tenaga kerja mahir yang berpendidikan.
    (发展经济需要有受教育的技术劳工)
  • Selepas tahun 1990, berlaku pertumbuhan institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak kerajaan dan swasta.
    (1990年之后, 在政府和私人的管理之下发展了 教育机构)
  • Pada masa yang sama, muncul graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal.
    (与此同时, 出现了在于科学, 科技以及技术领域的大学毕业生)
  • Kebolehan dalam bidang ini amat diperlukan kerana permintaan yang tinggi dalam bidang perindustrian dan k-ekonomi.
    (以上领域的能力极度被需要, 因为在工业和知识型经济的需求很高)
  • Pendidikan tinggi juga memperbaik taraf hidup rakyat Malaysia.
    (高等教育也改善了马来西亚人民的生活水准)
Pengangkutan dan Perhubungan (交通与联系)
  • Pembangunan ekonomi memberikan kesan terhadap pemodenan pengangkutan awam.
    (发展经济对于现代公共交通带来了后果)
  • Pelaburan dibuat oleh pihak kerajaan dan swasta dalam bidang pengangkutan untuk memenuhi keperluan perindustrian serta perdagangan.
    (由政府和私人方面在交通领域所做的投资, 为了满足工业以及商业的需求)
  • Jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang moden merancakkan aktiviti ekonomi negara termasuklah ke kawasan pedalaman.
    (先进的交通路线, 航空交通, 火车和码头使到国家的经济活动顺利, 其中包括了内陆地区)
  • Sistem pengangkutan juga memudahkan proses integrasi antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.
    (交通系统也方便马来半岛与SarawakSabah之间的融合过程”)
Perkembangan Wilayah (发展地区)
  • Perkembangan ekonomi melalui DEB dan DPN menyebabkan kemunculan beberapa bandar baharu.
    (通过DEBDPN来发展经济, 以此导致几个新城市的出现)
  • Antaranya termasuklah Felda Segi tiga Jengka yang berkembang daripada  sebuah tanah rancangan FELDA menjadi sebuah bandar.
    (其中包括了Felda Segi tiga JengkaFELDA的土地计划中, 变成了一座城市)
  • Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Bandar Tun Abdul Razak pada 7 Julai 2011.
    (201177, 这个城市后来被誉为Bandar Tun Razak )
  • Jengka ditubuhkan melalui projek Segi tiga Jengka oleh FELDA.
    (Jengka通过由FELDA所负责Segi tiga Jengkaprojek中被成立)
  • Nama Segi tiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka  yang terletak di antara tiga daerah, iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.
    (Segi tiga Jengka的名字被使用于考量Jengka的地点, 也就是以上所提及到的3个地方)
  • Pelbagai kemudahan perkhidmatan disediakan seperti pejabat pos, hospital, bank, institusi pendidikan, stadium mini, pusat perniagaan dan pejabat pentadbiran kerajaan.
    (各种服务设备被准备, 例如邮政局, 医院, 银行, 教育机构, 小型体育馆, 商业中心和政府管理的办事处)
  • Terdapat kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian di bandar ini seperti Kilang Alps, Kilang Bimbingan Bank Pembangunan serta bengkel kereta dan motor.
    (有的工厂在这个城市的工业区中运行, 例如以上所提及到的Contoh)
Aspek Ekonomi (经济方面)
  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan DPN juga membawa perubahan dari aspek ekonomi.
    (DEBDPN也带来了经济方面的改变)
  • Kedua-dua dasar ini menyebabkan berlaku perkembangan dalam perindustrian dan perdagangan yang meningkatkan kestabilan ekonomi negara.
    (这两个政策导致发生了工业和商业的发展, 这提升了国家经济的稳定)
  • Perkembangan ini berasaskan perindustrian berteknologi tinggi, perkembangan kawasan perindustrian baharu dan industri kereta nasional.
    (这个发展的基础是以高科技的工业, 新工业地区和国内汽车领域来发展)
Perindustrian Berteknologi Tinggi (高科技工业)
  • Mulai tahun 1980-an, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan, iaitu industri berat yang bertujuan memperkukuh asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi.
    (1980年开始, 国家的工业计划经历了再一次的发展, 也就是重型工业, 其目的是稳定工业国家的基础以及增加人民在高科技领域的技能)
  • Perindustrian ini melibatkan penggunaan jentera moden yang memerlukan kemahiran tinggi dan modal yang besar.
    (这个工业涉及了需要高技能和庞大资金, 以此来使用现代机械)
  • Industri teknologi tinggi dikendalikan oleh The Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad (HICOM) yang ditubuhkan pada tahun 1980.
    (“马来西亚重型工业机构1980年被成立)
  • Antara projek yang dilaksanakan termasuklah membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang, Johor), besi dan keluli (Perai, Pulau Pinang dan Teluk Kalung, Terengganu), loji gas cecair (Bintulu, Sarawak), stesen janakuasa (Raub, Pahang), kilang penapis petroleum (Kerteh, Lutong dan Port Dickson) dan satelit komunikasi.
    (以上是所被执行的Projek)
Kawasan Perindustrian Baharu (新工业地区)
  • Pelaksanaan DEB dan DPN mewujudkan pelbagai bentuk kawasan perindustrian.
    (执行DEBDPN创造了各种形式的工业区)
  • Antaranya termasuklah estet perindustrian, zon perindustrian bebas dan taman teknologi industri.
    (其中包括了胶园工业, 自由工业区以及科技园领域)
  • Rasional pembentukan kawasan perindustrian ialah berdekatan dengan sumber bahan mentah, infrastruktur dan bekalan buruh yang mencukupi.
    (理性成立工业区, 也就是考卷原料资源, 基本设备以及足够的劳工)
  • Di samping itu, kawasan ini membantu pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya yang kurang maju serta menambah pelaburan modal dari dalam dan luar negara.
    (除此以外, 这个地区帮助了周围缺乏进步地区的经济发展, 以及增加来自国内和国外的投资资金)

Estet Perindustrian

  • Estet perindustrian dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan pihak swasta.
    (Estet Perindustrian是被PKEN, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah和私人方面所发展)
  • Kawasan ini dibangunkan sebagai bandar terancang yang mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan dan perindustrian serta pusat rekreasi.
    (这个地区被发展为规划的城市, 里面所涵盖住屋, 商业和工业中心, 以及休闲中心)

Taman Teknologi Perindustrian

  • Taman teknologi perindustrian merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan industri.
    (Taman Teknologi Perindutrian成为了研究和发展工业)
  • Pusat ini di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
    (这个重视是under “马来西亚科学, 科技和创新部门”)
  • Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi perindustrian.
    (这个部门的责任是为了进行研究和创新, 以此发展科技工业)

Zon Perindustrian Bebas (工业自由区)

  • Zon Perindustrian Bebas merupakan kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif.
    (Zon Perindustrian Bebas是被给予免税的商业地方)
  • Tujuannya menarik pengusaha melabur dan merangsang ekonomi kawasan sekitarnya.
    (其目的是吸引企业家投资和刺激周围地区的经济)
  • Kawasan ini sering digunakan oleh syarikat multinasional seperti Sime Darby Berhad, Axiata Group Berhad dan Proton Holdings Berhad untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.
    (这个地方被使用于跨国公司, 例如以上所提及到的公司, 为了进行商业活动)
Kenderaan Buatan Malaysia (马来西亚汽车制造)
  • Penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia pada tahun 1983 telah menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.
    (1983, 成立HICOM和马来西亚工业政策研究所, 已鼓励汽车和摩多车工业制造的成长)
  • Industri kereta tempatan dipelopori oleh Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA).
    (本地汽车工业是由PROTONPERODUA来率领)
  • PROTON ditubuhkan pada 7 Mei 1983 manakala PERODUA pula ditubuhkan pada tahun 1993.
    (PROTON被成立于198357, PERODUA也被成立于1993)
  • Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) merupakan syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200 cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
    (MODENAS作为生产国内摩多车的公司, 可生产各种型号的小摩多for 本地和国际市场)
  • Perusahaan kereta dan motosikal nasional membuka peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum di negara ini.
    (国内汽车和摩多车的企业开发了工作计划for由国家多元种族所组合而成的劳工)
  • Langkah ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan taraf hidup masyarakat.
    (这个方法可提升人民的收入以及社会的生活水准)

Form 5 Bab 8 Sejarah Notes by Thomas 老师

Leave a Comment

Scroll to Top