Form 5 Bab 3

3.1 Later Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
(
君主领导的背景和国会民主)
  1. Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi dan menjadi teras kewujudan kerajaan Melayu.
    (君主管理是根深蒂固的传统以及也成为了创造了kerajaan Melayu的基础)
  2. Raja memerintah dengan kuasa yang penuh dan berdaulat. 
    (Raja有完全的权力和主权来管理)
  3. Cabaran terhadap pemerintahan beraja berlaku selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun. 
    (在本地管理被英国和日本所占领后发生了对于君主管理的挑战)
  4. Walau bagaimanapun, pemerintahan beraja tidak terhapus.
    (不管怎样君主管理不会被消灭)
  5. Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini. 
    (君主管理通过时间的转动来平行地发展至被承认为 “君主宪法以及算是跟 “国会民主并列的)

   Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka (马六甲皇朝的君主管理)
  1. Kesultanan Melayu Melaka memperlihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Raja ialah Pemerintah yang berkuasa mutlak.
    (马六甲皇朝展现出了威严的君主管理也就是Raja是绝对权力的领导者)
  2. Pada baginda terletak semua kuasa pemerintahan termasuk kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
    (领导者拥有所有的管理权力包括管理法律以及司法权力)
  3. Pemerintahan pula berdasarkan undang-undang, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. 
    (管理是根据法律也就是Hukum Kanun Melaka以及Undang-Undang Laut Melaka)
  4. Pemerintahan kesultanan ini diperkukuh dengan konsep Islam. Konsep ini sekali gus menjadikan raja sebagai ketua agama Islam. 
    (Sultan管理是被Islam概念所稳固这概念也让Raja成为了Agama Islam的领导者)
  5. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pengaruh yang besar bagi membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu yang muncul kemudiannya. 
    (马六甲皇朝的管理拥有庞大的影响力可作为打造由马来皇朝所遗留下来的传统以及习俗)
  6. Secara tradisinya, Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama. 
    (作为传统, Raja-raja Melayu被认为是法律资源政府领导者以及宗教领导)
  7. Baginda bertanggungjawab mempertahankan adat dan struktur masyarakat dalam kerajaan Melayu 
    (Raja有责任于捍卫牺牲以及马来政府的社会结构)

  Sebelum Perang Dunia Kedua (二战过前)
  1. Semasa peluasan pengaruh British, pemerintahan beraja menjadi penghalang yang menyukarkan British melakukan penjajahan di negeri Melayu.
    (在英国影响力扩大时君主管理成为了英国占领Negeri Melayu “阻挡者)
  2. British sekadar berupaya memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB.
    (英国仅仅有能力制定NNMBSistem Residen以及NNMTB Sistem Penasihat)
  3. Bagi NNMB, British hanya mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri. 
    (对于NNMB而言英国只可夺取大臣阶段得管理)
  4. Raja-raja Melayu kekal sebagai pemerintah berdaulat, walaupun dikehendaki menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen. 
    (Raja-raja Melayu作为永久的主权领导者虽然需要接受来自Residen的劝告)
  5. Bagi NNMTB, kedudukan raja yang memerintah adalah lebih kukuh. 
    (对于NNMTB而言君主地位管理会来得更稳固)
  6. ritish menempatkan Penasihat British, namun pentadbiran negeri tetap dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja. 
    (英国也安置了Penasihat British, 但是州属管理仍然被Raja所委任得大臣所管理)
  7. Penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 menyerlahkan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam Kesultanan Johor dan Terengganu. 
    (制定以上的两项法律清楚地显示了在Johor皇朝以及Terengganu皇朝的君主宪法管理特征)
  8. Penggubalan undang-undang tersebut berkait rapat dengan usaha raja, pembesar dan rakyat untuk menghalang peluasan pengaruh British dan mengekalkan kedaulatan negeri. 
    (制定以上法律也是为了阻止英国影响力的扩大以及维持州属的主权)

Semasa Pendudukan Jepun (日本占领时期)
  1. Semasa Pendudukan Jepun, Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam.
    (当日本占领时期, Raja-raja Melayu被承认为Islam宗教事项的领导者)
  2. Raja-raja Melayu juga memperoleh pendapatan seperti sebelum Perang Dunia Kedua. 
    (Raja-raja Melayu也可获得二战之前的收入)
  3. Pengiktirafan tersebut diisytiharkan semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah tentera Jepun di Singapura pada bulan Januari 1943.
    (以上的承认是由Raja-raja Tanah Melayu和日军的领导于19431月份所提出的 “宣布”)
  4. Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu. 
    (Raja-raja Melayu在各自州属的地位也被安置于Gabenor Jepun的管辖之下)

Selepas Perang Dunia Kedua (世界二战之后)
  1. Pemerintahan beraja menerima cabaran apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946.
    (Malayan Union1946年被制定时君主管理接受了 “挑战”)
  2. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri kerana kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England. 
    (Raja-raja Melayu失去了作为negeri Melayu管理者的权力因为权力被Raja England夺取)
  3. British memerintah Malayan Union secara langsung melalui Gabenor yang dilantik oleh kerajaan British. 
    (英国直接通过由英国政府所委任的Gabenor来进行统治)
  4. Kesepakatan Raja-raja Melayu menentang Malayan Union dengan sokongan orang Melayu menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
    (Raja-raja Melayu一致性得到马来人的支持来反抗Malayan Union, 导致英国后来以 “”Persekutuan Tanah Melayu 1948”的管理来替代 “Malayan Union”的管理)
  5. Kedaulatan Raja-raja Melayu yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka dikembalikan seperti sebelum Perang Dunia Kedua melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 
    (通过Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948的合约来恢复Raja-raja Melayu的主权 )
  6. Undang-Undang Tubuh digubal oleh Raja-raja Melayu bagi negeri masing-masing dan diguna pakai sehingga hari ini mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan. 
    (法律是由Raja-raja Melayu所制定为了可被各自的州属使用至今也支撑起了Raja-raja Melayu作为 “君主宪法”)

Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka (独立后的君主宪法以及国会民主)
  • Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh melalui perundingan dan persetujuan Raja-raja Melayu.
    (通过Raja-raja Melayu的讨论和同意, Tanah Melayu独立于1957)
  • Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagas Ketua Utama Negara.
    (Yang di-Pertuan Agong = 国家领导者)
  • Kedudukan, kuasa dan tugas Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
    (Yang di-pertuan Agong的地位权力和人物都被记载进Perlembagaan Persekutuan里边)
  • Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara.
    (君主宪法和民主国在Perlembagaan Persekutuan的特征也承认了Raja作为 “国家最高的领导者”)
  • Sementara itu, rakyat diberi hak memilih wakil mereka melalui pilihan raya untuk membentuk kerajaan.
    (与此同时为了成立政府人民被给予了通过选举来选出人民代表的权力)

 

3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja (历史和皇室理事会的地位)
  1. Majlis Raja-Raja yang bermula dengan pembentukan Durbar merupakan sebahagian daripada institusi Raja Berperlembagaan di negara kita.
    (Majlis Raja-raja开始成立Durbar. 也就是我国君主宪法机构的一份子)
  2. Majlis Raja-Raja mempunyai kedudukan dan peranan dalam pemerintahan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 
    (皇室理事会在国家管理有个自己本身的地位以及所扮演的角色)

  Pembentukan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) (成立NNMTB的会议)
  1. Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan NNMB.
    (成立NNMB的同时也于1897年成立 “Durbar”)
  2. Durbar dalam negeri-negeri ini berperanan sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British. 
    (Durbar在州属所扮演的角色时一个讨论理事会为了讨论中央政府和英国方面的相关种种事项)

  Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union (Malayan UnionMajlis Sultan-sultan)
  1. Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan (The Council of Sultans).
    (perlembagaan Malayan Union 1946
    拔出款额来成立 “Majlis Sultan-Sultan”)
  2. Di bawah The Malayan Union Order in Council 1946, Majlis Sultan-Sultan dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union. 

    (Majlis Sultan-Sultan是被Gabenor Malayan Union所领导)

  3. Ahli majlis terdiri daripada sembilan orang Raja Melayu dan tiga pegawai kanan British.
    (理事会成员是由9Raja Melayu以及3名英国官员所组成)
  4. Antara fungsi Majlis Sultan-Sultan termasuklah membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam dan menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu. 
    (皇室理事会的功能包括了讨论Islam相关的法律以及给予Gabenor一些被Raja-raja Melayu所抗议的事项)
  5. Walau bagaimanapun, majlis tersebut tidak pernah diwujudkan dalam tempoh Malayan Union kerana Raja-raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union. 
    (不管怎样, Majlis Sultan-sultan不曾出现于Malayan Union期间, 因为Raja-raja Melayu反对Malayan Union的执行)

Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948
  1. Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union. 
    (Persekutuan Tanah Melayu替代Malayan Union管理的时候皇室理事会被证实成立于1948)
  2. Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Majlis Raja-Raja menjadi institusi yang dilengkapi dengan kuasa dan sekretariat, sesuai dengan kedudukan dan peranannya.
     
    (根据Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, 皇室理事会成为了一个拥有权力秘书以及符合地位的机构)
  3. Majlis Raja-Raja diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu. 
    (皇室理事会是由Raja-raja Mealyu完全管理)
  4. Pengerusi mesyuarat ditentukan oleh Raja-raja Melayu dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu. 
    (会议主席是由Raja-raja Melayu所规定下来的)
  5. Persidangan Majlis Raja-Raja perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk memeterai keputusan persidangan. 
    (皇室理事会的会议由皇室的盖章所 “介入”, 为了盖章会议所做的决定)
  6. Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British tentang penggubalan undang-undang dan dasar Kerajaan Persekutuan. 
    (Raja-raja Melayu被给予权力为了得到来自Pesuruhjaya Tinggi British关于制定法律以及中央政府政策的 “说明”)

  Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka (独立后的皇室理事会)

  Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun keanggotaannya mengalami perubahan. 
(Persekutuan Tanah Melayu1957831日独立过后, Majlis Raja-raja Melayu所扮演的角色还是被 “维持”, 但他的成员会经历 “改变”)·         

  • Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja. 
    (Yang di-Pertua Negeri MelakaPulau Pianng接着成为了 “皇室理事会的成员”)·
  • Selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja.
    (Persekutuan Malaysia被成立于1963, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sabah接着成为了 “皇室理事会的成员”)·
  • Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja seperti pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
    (Yang di-Pertua Negeri不可参与有皇室机构所涉及的 “特定会议”)

  Fungsi Majlis Raja-raja (皇室理事会的功能)
  1. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
    (选出Yang di-Pertuan Agong以及副的Yang di-Pertuan Agong)
  2. Memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu. 
    (批准对于特定事项的 “宪法更改”)
  3. Memperkenankan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan. 
    (在得到相关州属Raja的允许批准州属的 “界限改变”)
  4. Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu. 
    (成为特定案件的 “宽恕局”)
  5. Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja 
    (同意或不同意任何需要Majlis Raja-Raja批准的法律)
  6. Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu. 
    (给予关于委任特定岗位的劝告)

3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Institusi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-pertuan Agong机构)
  1. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
    (在国家于1957年达到独立后, Yang di-Pertuan Agong的岗位就存在了)
  2. Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di Sembilan buah negeri dalam Persekutuan. iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. 
    (Yang di-Pertuan Agong这个王位是由9个马来州属当中所选出来的)
  3.  Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja. 
    (Yang di-pertuan Agong的委任是由 “皇室理事会通过所制定下的宪法与规则来执行的)
  4. Seiring dengan kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong, turut diperkenalkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 
    (Yang di-Pertuan Agong岗位的出现同时, Timbalan Yang di-Pertuan Agong的岗位也根据Perlembagaan Persekutuan被制定)

  Kedudukan Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong的地位)
  1. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
    (Yang di-Pertuan Agong的地位作为了 “国家主要的领导者”, 也被记载金Perlembagaan Persekutuan的第32条事项)
  2. Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong menjadi punca kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan Negara. 
    (作为国家主要领导者, Yang di-Pertuan Agong成为了主权忠心团结伟大以及国家崇高地位的 “源点”)

  Keutamaan Kedudukan dalam Persekutuan (在中央主要的地位)
  1. Yang di-Pertuan Agong. (王上)
  2. Raja Permaisuri Agong. (王后)
  3. Raja-raja dan Pemangku Raja. (统治者和代理)
  4. Yang di-Pertua bagi Negeri-negeri. (州长)
  5. Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan. 
    (接受来自中央政府的建议 = Raja Permaisur Agong的人选)
  6. Perdana Menteri. (首相)
  7. Timbalan Perdana Menteri. (副首相)

Kuasa Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong的权力)

  Kuasa Eksekutif (执法权)

Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
(Yang di-Pertuan Agong所采取的行动可跟从内阁给予的劝告)


 
Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri (委任首相以及内阁部长)·

  • Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
    (Yang di-Pertuan Agong委任了一位下议院理性的成员为了获得大部分下议院成员的信任)· 
  • Baginda dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
    (Yang di-Pertuan Agong通过首相所给予的劝告为人了来自下议院与上议院的部长和副部长)

 Pelantikan Jawatan Penting (委任重要的岗位)·

  • Yang di-Pertuan Agong melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara.
    (Yang di-Pertuan Agong为人了国家的检察官军队的队长以及国家的审查官领导)·
  • Baginda juga melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera.
    (Yang di-Pertuan Agong也委任了选举委员会的成员警察理事会的成员以及军事理事会的成员)

 

Ketenteraan (军事)

  • Yang di-Pertuan Agong ialah pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia.
    (Yang di-Pertuan Agong是全部马来西亚军队的最高领导者)·
  • Baginda dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab di bawah kuasa baginda bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera serta perkara yang bersangkutan dengan gerakan tentera.
    (Yang di-Pertuan Agong是被 “军队理事会从旁协助)

Diplomatik (外交)

  • Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat Malaysia ke luar negara.
    (Yang di-Pertuan Agong可委任马来西亚去到外国的 “外交官员”)·
  • Baginda juga menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas di Malaysia.
    (在他们开始在马来西亚进行任务的之前, Yang di-Pertuan Agong也可接受来自外国外交官的 “朝见”)

Kuasa Perundangan (法律权力)
  • Yang di-Pertuan Agong memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    (Yang di-Pertuan Agong通过了下议院和上议院的陈述来批准特定的 “草案法律”)

 

Persidangan Parlimen (国会会议)

  • Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang. 
    (Yang di-Pertuan Agong
    拥有召开国会的权力)·
  • Baginda juga berkuasa memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
    (Yang di-Pertuan Agong也有权力停止和解散国会)

 

 Agama (宗教)·

  • Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.
    (Yang di-Pertuan Agong = 总宗教长)·
  • Ketua agama Islam di negeri-negeri lain ialah sultan atau raja yang memerintah di negeri masing-masing.
    (在各个州的Ketua Agama Islam是由Sultan所担任)

 

Hak dan Keistimewaan (权利和特权)·

  • Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
    (Yang di-Pertuan Agong有责任照顾和保护马来人以及SarawakSabah土族的特权)·
  • Baginda juga bertanggungjawab melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia.
    (Yang di-Peetuan Agong也有责任保护马来西亚其他种族合法的利益)

 

Pengisytiharan Darurat (宣布 “紧急状态”)

  • Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat. 
    (Yang di-Pertuan Agong可以 宣布紧急状态”)· 
  •  Pengisytiharan darurat dibuat setelah baginda memastikan kebenaran wujudnya keadaan yang mengancam keselamatan awam dan ekonomi negara.
    (紧急状态会被Yang di-Pertuan Agong宣布是因为出现了威胁到国家公众安全以及国家经济的事情)

  Kuasa Kehakiman (司法权力)
  • Yang di-Pertuan Agong melantik hakim Mahkamah Atasan atas nasihat Perdana Menteri setelah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan berunding dengan Majlis Raja-Raja.
    (在经过委任法官理事会跟Majlis Raja-raja的考量讨论后, Yang di-Pertuan Agong可依据首相给予的劝告来委任高庭的法官)·
  • Hakim Mahkamah Atasan terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
    (高等法庭是由以上所提及的人物所组织而成)

 

Kuasa Pengampunan (宽恕权力)

  • Dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan, seseorang yang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. 
    (在中央地区所发生的罪案一个人如何已经被审判罪行他都可向Yang di-Pertuan Agong申请宽恕)·
  • Baginda akan bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan
    (Yang di-Pertuan Agong所采取的行动都会依据 “宽恕理事会所给予的劝告)· 
  • Baginda berkuasa mengampunkan, menangguhkan dan meringankan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
    (Yang di-Pertuan Agong有权利宽恕拖延以及减轻由法院所判下的惩罚)

3.4 Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa (民主以及权力分割习惯)
  Amalan Pilihan Raya (大选习俗)
  • Pilihan raya ialah elemen penting yang menandakan wujudnya amalan demokrasi di negara kita.
    (大选是一项象征我国存有 “民主习俗的重要元素)·
  • Pada asasnya, pilihan raya umum diadakan dalam tempoh lima tahun.
    (公众选举是每5年被举行一次)·
  • Pilihan raya diadakan sejak negara kita mencapai kemerdekaan membuktikan amalan demokrasi dilaksanakan di Malaysia sehingga hari.
    (举行大选是自我国达到独立依赖证明我国是执行 “民主习俗系统直到今天) 

Kebebasan Asasi (基本自由权力)
  1. Kebebasan asasi atau hak asasi merupakan hak yang dimiliki oleh sescorang individu di sisi undang-undang.
    (一个人所有拥有的基本权利)
  2. Perlembagaan Persekutuan menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi. 
    (中央宪法列出一些跟自由权有关的份额)
  3. Antaranya termasuklah kebebasan diri, kebebasan beragama, hak berkenaan dengan pendidikan serta kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. 
    (中间有包括个人自由, 宗教自由, 与教育相关的权力, 自由宣泄, 集合以及成立 “协会”)

  Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (根据宪法的基本自由权力)

Kebebasan Diri  (个人自由)·

  • Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
    (除了依据法律没有人可以被剥夺生命以及个人自由,) 

 Kebebasan Beragama (宗教自由)

  • Islam ialah agama Persekutuan. Penganut agama lain boleh mengamalkan agama masing-masing. 
    (Islam是主要的宗教但其他信徒也可执行各自的宗教) 

Hak Berkenaan dengan Pendidikan (教育相关的权力)

  • Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir 
    (不可以对国民以宗教理由, 民族理由, 后代理由或者出身地方来产生 “歧视”)  

Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan (自由宣泄集会和组织性)·

  • Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan
    (每一位公民有权利自由宣泄和平集会以及建立组织)

  Pengasingkan Kuasa dalam Pemerintahan (管理中的分割权力)
  • Pengasingan kuasa diamalkan sejak Negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini. 
    (
    自国家达到独立以来分割权力就被执行了)
  • Kuasa pemerintahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga badan, iaitu badan perundangan (legislatif), eksekutif (pelaksana), dan kehakiman (judisiari).
    (我国分成3,机构 也就是立法执法和司法)
  • Kuasa badan tersebut ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
    (机构的权力由中央宪法所制定) 
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negara merupakan punca kuasa kepada ketiga-tiga badan ini.
    (Yang di-Pertuan Agong作为国家宗教的领导也是这3法机构的权力来源)

  Badan Perundangan (立法)
  • Badan perundangan berfungsi menggubal undang-undang.
    (立法的功能是制定法律)· 
  • Badan perundangan pada peringkat Kerajaan ialah Parlimen.
    (在政府阶段的Badan Perundangan也就是 “国会”)·
  • Badan perundangan pada peringkat Kerajaan Negeri pula ialah Dewan Undangan Negeri (DUN).
    (Kerajaan Negeri阶段的Badan Perundangan也称之为 “Dewan Undangan Negeri” )

Parlimen (国会)
  • Parlimen ialah badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada tiga komponen. iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    (国会是由3个元素所组成也就是Yang Di-Pertuan Agong, 下议院和上议院)·
  • Parlimen merupakan lambang demokrasi dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.
    (国会是民主的象征以及通过人民被委任的代表反映出人民的抱负)·
  • Parlimen berkuasa menggubal undang-undang.
    (国会有权利制定法律)·
  • Selain itu, Parlimen juga boleh membuat pindaan undang-undang Persekutuan sedia ada, menyemak dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai yang baharu.
    (除此以外国会也可以修改已有的中央法律重整政府政策通过国家的花费以及新的税务系统)

Jemaah Menteri (内阁)
  • Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri seperti Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan. 
    (内阁是由首相和部长所组成例如财政部长教育部长和健康部长)
  • Tugas utama Jemaah Menteri menggubal dasar negara dan melaksanakan pembangunan 
    (内阁的主要任务是制定国家政策以及执行国家发展)
  • Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri, memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran pada peringkat Kerajaan Persekutuan.
    (首相领导着内阁政府以及进行一些中央政府的管理)
  • Menteri mengetuai kementerian untuk melaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh Jemaah Menteri. 
    (部长领导着部门为了执行由内阁所定下来的政府政策)
  • Anggota Jemaah Menteri berpegang pada prinsip tanggungjawab bersama secara kolektif kepada Parlimen. 
    (内阁成员秉持着集体对于国会的责任)
  • Setiap menteri mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri. 
    (每一位部长一定要捍卫由内阁所做的决定)·
  • Sekiranya seseorang menteri tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, beliau hendaklah meletakkan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri.
    (如果一位部长不同意政府的政策他需要放弃成为一位内阁部长的职位)

  Sistem Jemaah Menteri Kesultanan Melayu Kelantan (Info Extra)

 Lapan badan Jemaah Menteri ditubuhkan dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. 
(8个内阁体系以及每一个体系是由4位大臣所参与)

Jemaah Menteri tersebut terdiri daripada 
(早期Kelantan皇朝的内阁是由以下的成员所组成)

  • Jemaah Penasihat Raja
  • Jemaah Menteri lstana
  • Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman. 
  • Jemaah Menteri Dalam Negeri
  • Jemaah Menteri Luar
  • Jemaah Menteri Perhendaharaan
  • Jemaah Menteri Peperangan
  • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (州议会)
  1. Pada peringkat negeri, kuasa eksekutif terletak pada Sultan atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
    (在州的阶段执法权是under Sultan或者Raja或者Yang di-Pertua Negeri手中)
  2. Bagi negeri di Semenanjung Malaysia, kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCG (Executive Council). 
    (作为马来半岛的州属, 执法体系是被Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri或者EXCG所执行)
  3. Di Sarawak dan Sabah, badan eksekutif negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri.
    (在Sarawak和Sabah, 州属的执法体系被认为 “州属的内阁管理”)
  4. Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. 
    (州政府的管理由 “Menteri Besar或者Ketua Menteri”)

  Badan Kehakiman (司法机构)

 Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undang-    undang serta mempertahankan perlembagaan Persekutuan
(司法体系有责任分析和执行法律, 以及捍卫中央的宪法)·

  • Badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
    (司法体系是被 “国家总法官所领导”)·
  • Kuasa badan kehakiman dilaksanakan oleh mahkamah.
    (司法体系的权力是由法院所执行的)·
  • Hakim dilantik untuk memastikan sistem kehakiman dan keadilan ditegakkan di negara kita. 
    (法官被委任为了确保司法系统以及国家的公正)·
  • Peranan badan kehakiman adalah untuk mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama rakyat.
    (司法的角色是为了公正化领导以及人民之间的纠纷)·
  • Badan kehakiman juga menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
    (司法机构也解决了州政府和中央政府的纠纷)·
  • Fungsi badan kehakiman bergantung pada status mahkamah yang terdiri daripada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan serta Mahkamah Khas.
    (司法体系的功能是依赖于法院的状况)·
  • Selain itu, terdapat mahkamah pada peringkat negeri, iaitu Mahkamah Syariah serta Mahkamah Anak Negeri di Sarawak dan Sabah.
    (除此以外也有州的法院也就是Makhamah SyariahMahkamah Anak Negeri)

 
3.5 Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita (我国民主的独特性)
Gabungan Unsur Tradisional dan Moden dalam Pentadbiran (在管理结合的传统和现代元素)
  • Keunikan pemerintahan di Malaysia teradun antara unsur tradisional dengan moden.
    (在马来西亚的独特管理融合了传统与现代元素)·
  • Unsur tradisional terletak pada kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat melayu.
    (传统元素是under Kedudukan Raja, 同时也作为马来传统政治的  “遗产”)·
  • Unsur moden pula ialah Demokrasi Berparlimen berdasarkan model Westminster England.
    (现代元素也就是Demokrasi berparlimen, 这个依据应该的国会模式)·
  • Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan kaedah terbaik untuk mengimbangi amalan demokrasi dalam persekitaran sosiopolitik di negara kita yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.
    (Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen的结合是最好的方法为了平衡在我国社会政治环境的民主行为)

Mekanisme Semak dan Imbang dalam Pentadbiran (机械式修正与平衡管理)
  • Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan di negara kita.
    (Sistem Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen创造出机械式修正与平衡我国的管理)·
  • Pemerintahan beraja berperanan bagi mengimbangi pemerintahan demokrasi kerana raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara.
    (君主管理的角色是为了平衡民主管理因为Raja是中立于政治经济和国家政策事项)·
  • Mekanisme semak dan imbang juga berlaku melalui pengasingan kuasa, iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
    (立法执法和司法会通过分割权力来进行修正和平衡 )·
  • Badan perundangan diberi peranan menggubal undang-undang yang akan dilaksanakan oleh badan eksekutif.
    (“立法体系” 被给予制定法律的角色同时被制定的法律由 “执法体系执行)·
  • Sekiranya timbul konflik dan kekeliruan, penyelesaian dibuat badan kehakiman.
    (如果出现纠纷和误解就由司法体系来解决)

  Kuasa Budi Bicara Raja (Raja讨论的权力)
  •  Secara umumnya, kuasa budi bicara raja ialah kuasa yang boleh dilaksanakan oleh baginda tanpa mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentu. 
    (对于大众而言, Kuasa Budi Bicara Raja是由Raja所执行的权力他可不需听从来自Ketua Kerajaan的劝告)·
  • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong dalam soal pelantikan ketua Kerajaan Persekutuan, iaitu Perdana Mentcri.
    (中央宪法规定给予Yang di-Pertuan Agong在委任Ketua Kerajaan Persekutuan, 也就是委任首相的讨论权力)·
  • Raja dan Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa budi bicara melantik ketua Kerajaan Negeri, iaitu Menteri Besar dan Ketua Menteri.
    (RajaYang di-PertuaNegeri拥有讨论委任Ketua Kerajaan的权力)·
  • Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.
    (Yang di-Pertuan Agong也拥有不答应解散国会的要求)·
  • Raja dan Yang di-Pertua Negeri pula mempunyai kuasa budi bicara tidak memperkenankan pembubaran DUN.
    (RajaYang di-Pertua Negeri也拥有不答应解散州议会的权力)

  Kerjasama Politik (政治合作)
  1. Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan bagi memastikan suara setiap kaum diwakili.
    (政治合作强调了宗族之间共享权力的课题主要是依据礼让讨论和牺牲原则为了确保每一个宗族有被代表)
  2.  Permuafakatan pelbagai parti politik dalam satu gabungan membolehkan parti politik membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pemerintahan di negara kita.
    (各个政治政党之间之间的讨论让到政党可成立政府以及在我国共享管理的权利)
  3. Sejak pilihan raya pada tahun 1955, gabungan parti berasaskan kaum dibentuk atas nama Parti Perikatan. Gabungan ini kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.
    (
    自从1955年的选举后, 依据宗族所成立的联盟政党名为 “Parti Perikatan”, 限制这个联盟我们称之为 “Barisan Nasional”)
  4. Parti ini memenangi 13 kali pilihan raya umum untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. 
    (这个政党赢取了13此的公众选举为了成立 中央政府)
  5. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, kerjasama politik telah membolehkan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. 
    (2018年第14节届的选举中政治合作已让到希望联盟赢得了选举为了成立中央政府)
Form 5 Bab 3 Sejarah Notes by Thomas 老师

Leave a Comment

Scroll to Top