Form 5 Bab 5

5.1  Konsep gagasan Malaysia (马来西亚计划的概念)

  • Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya disusuli oleh pembentukan Malaysia melahirkan negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat.
    (PTM的独立后来被建议 “成立马来西亚”, 产生出一个有主权的国家)
  • Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam rundingan dengan kerajaan British.
    (成立马来西亚展示出来自PTM, Sarawak, Sabah和新加坡在跟英国讨论的合作)
  • Kesepakatan antara semua pihak ini menzahirkan pembentukan Malaysia dan kemudiannya terbentuklah Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
    (所有方面一致性产生形成马来西亚以及后来形成 “马来西亚联盟宪法 1963”)

Idea Gagasan Malaysia
(
马来西亚计划的想法)
  • Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara.
    (马来西亚计划的想法是结合了几个在东南亚英国殖民地的概念)
  • Antara idea lain yang pernah dilahirkan termasuklah Melayu Raya oleh gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua yang mahu mendapatkan kemerdekaan wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah British, Belanda dan Amerika Syarikat. 
    (其他的想法曾经被产生包括Melayu Raya在二战之前打算从英国荷兰和美国手中得到Alam Melayu地区的独立)
  • Walau bagaimanapun, idea ini tidak berjaya dilaksanakan. 
    (不管怎样这个想法不被成功被执行)
  • Bagi pihak pegawai British, mereka mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi. 
    (For英国官员他们建议Combine英国在东南亚的占领地区这也是under管理和经济系统)
  • Langkah ini bertujuan memudahkan pentadbiran pihak British. 
    (这个方法的目的是方便英国方面的管理)
  • Idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan. 
    (马来西亚计划的想法是被Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj所建议就是把PTMSarawak, Sabah, Singapura以及文莱结合起来为了独立于一个中央政府的系统) 

 
   5.2 Perkembangan idea dan usaha pembentukan Malaysia

  • Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.
    (成立马来西亚的想法于19世纪尾被提出这涉及英国方面和当地的居民)

 
Idea pengawai British (英国官员的想法)

1887
  • Cadangan terawal dikemukakan oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Dewan Parlimen Britain pada tahun 1887.
    (早期的建议是由Lord Brassey1887年所建议的)
  • Beliau mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan NNS supaya menjadi tanah jajahan yang besar. 
    (他建议结合Sarawak, Sabah, 马来州属以及NNS, 以便成为更大的殖民地)
  • Cadangan ini dikemukakan kerana pegawai British melihat potensi ekonomi melalui penggabungan wilayah ini. 
    (这个建议被提出因为英国官员看到了Combine这个地盘的 “经济潜能性”)

1951
  • Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi.
    (在结束二战以后, Sir Malcolm MacDonald, 也就是东南亚的英国总督他建议结合在亚洲的英国殖民地以便打造一个统一体的政治和经济)
  • Langkah ini bertujuan menyesuaikannya dengan rancangan dekolonisasi.    
    (
    这方法的目的是使他适应 解放政策”)
  • Pada tahun 1951, Sir Malcolm MacDonald mengadakan perbincangan dengan Dato’ Onn Jaafar, pemimpin United Malays National Organisation (UMNO) dan ahli Majlis Perundangan Persekutuan berkaitan dengan usaha menggabungkan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo.
     
    (1951, Sir Malcolm MacDonald召开与Dato’ Onn Jaafar的会议以及MPP的成员关于结合Tanah Melayu, SingapuraBorneo地区的方法) 

1952
  • Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu meminta penggabungan wilayah ini disegerakan bagi tujuan keselamatan.  
    (Sir Gerald Templer
    Tanah Melayu要求迅速Combine这个地区以安全为目的)
  • Pada Januari 1960, mesyuarat pegawai tinggi British di Borneo bersetuju dengan cadangan pertahanan dan keselamatan. 
    (19601月份英国官员在Borneo的会议同意了 “防卫和安全的建议”) 

  1960
  • Sir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi.
    (Sir Geofroy Tory建议把SingapuraPTM “经济利益结合起来)
  • Cadangan ini mendapat sokongan Pejabat Kolonial. 
    (这个建议获得了殖民总部的支持) 

Idea penduduk tempatan (本地人民的想法)

  1906
  • Majalah Al-Imam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu.
    (Mahalah AI-Imam呼吁团结Raja和马来人民在于Alam Melayu的教育以及发展经济)

  1938
  • Konsep Melayu Raya diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu. 
    (Melayu Raya的概念被Tanah Melayu的民族主义者所奋斗)
  • Antaranya termasuklah Ibrahim Haji Yaakob, Harun Aminurrashid, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Dr. Burhanuddin al-Helmi sejak sebelum Perang Dunia Kedua. 
    (以上是其代表的人物)
  • Idea mereka untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.
    (他们的想法是为了把Tanah MelayuIndonesia结合起来)
  • Idea ini tidak berhasil apabila Presiden Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 tanpa melibatkan Tanah Melayu. 
    (这个想法不能被产生Presiden Soerkarno1945年宣布 “Indonesia独立”, 但美涉及Tanah Melayu在其中) 

  1955
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam ucapan di Persidangan Agung UMNO pada bulan Oktober 1955 mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu.
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-HajUMNO高峰会议中演说 = 建议把Singapura, Sarawak, Sabah以及Brunei参与PTM其中)

  1958
  • Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin Sabah dalam satu pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Kuala Lumpur pada tahun 1958 menyatakan minat untuk membawa Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
    (Dato Mustapha Datu Harun, Sabah的领导在与Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj的一次相遇中讲述了有兴趣把SabahPTM结合起来) 

  1960
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memaklumi Lord Perth pada 10 Jun 1960 bahawa beliau berminat untuk bergabung dengan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura.
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj知悉Lord Perth本身也有兴趣为了结合Sarawak, Sabah, Brunei以及Singapura)

Rasional Idea Pembentukan Malaysia (打造马来西亚的理性想法)

  • Rancangan pembentukan Malaysia mula berjalan apabila Tunku Abdul Rahman

Putra al-Haj memberikan komitmen terhadap rancangan penggabungan semua wilayah yang terlibat dan mendapat sokongan kerajaan British. 
(成立马来西亚的计划开始进行Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj给予对于Combine所以所涉及地区Combine的承诺以及)获得英国政府的支持)

  • Terdapat beberapa faktor pembentukan Malaysia, iaitu keselamatan, keseimbangan komposisi penduduk, mempercepat kemerdekaan dan pembangunan wilayah.
    (有几个成立马来西亚的原因也就是安全人口结构的平衡加快独立以及发展地区)

Keselamatan (安全)
 Ancaman Komunis di Singapura (在新加坡的共产威胁)
  • Ancaman komunis di negeri ini telah menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. 
    (Komunis在新加坡的威胁震惊了PTM的安全)
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menganggap Singapura akan menjadi pusat kegiatan komunis. 
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj认为新加坡将成为 共产活动中心)
  • Oleh itu, langkah penyatuan dengan Singapura ini dapat memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dalam bidang keselamatan dan pertahanan bagi membendung ancaman komunis di Singapura. 
    (所以与新加坡Combine的方法可给予中央政府在于安全以及防卫领域的权力以防止在新加坡的共产威胁)
Perkembangan di Sarawak  (Sarawak的发展)
  • Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis melalui gerakan Clandestine Communist Organization (CCO).
     (Sarawak通过CCO来面对着Komunis的威胁)
  • Dengan penyertaan Sarawak, kerajaan British berharap dapat membendung ancaman komunis. 
    (Sarawak的参与英国希望可防止Komunis的威胁) 

Keseimbangan komposisi penduduk (人口结构的平衡)
  • Keputusan untuk menerima Singapura dalam Persekutuan akan mewujudkan ketidakseimbangan komposisi penduduk antara orang Melayu dengan orang Cina.
    (决定为了接受新加坡加入联盟将创造出马来人和华人之间人口结构中的 不平衡)
  • Perkara ini dibimbangi oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan pemimpin UMNO.
    (这事情也被Tunku Abdul Rahman Putra al-HajUMNO领导人所担心)
  • Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei akan menyeimbangkan komposisi antara kaum. (Sarawak, SabahBrunei的结合将平衡人口的结构)

Mempercepatkan kemerdekaan (加快独立)
  • Bagi pihak British, pembentukan Malaysia dapat merealisasikan rancangan dekolonisasi serta mempercepat kemerdekaan wilayah Borneo, terutamanya Sarawak dan Sabah.
    (对于英国方面成立马来西亚可实现解放计划以及加快Borneo地区的独立尤其是SarawakSabah)
  • Walau bagaimanapun, kerajaan British perlu memastikan usaha ini mendapat sokongan penduduk di wilayah ini.
    (然而英国政府需要确保这个方法得到这个地方人民的支持) 

Pembangunan Wilayah (发展地区)
  • Cadangan penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei membentuk sebuah negara bertujuan agar wilayah ini dapat bersatu dalam usaha mempercepat pelbagai bidang pembangunan.
    (PTM, Sarawak, Sabah, SingapuraBrunei加入的规划 = 成立一个国家目的是以便这个地方可团结于加快各个发展的领域)
  • Pembentukan Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi dalam pelbagai aspek seperti infrastruktur, sosial dan ekonomi yang lebih seimbang. 
    (成立Malaysia可提升土族在于各方面的生活水准例如设施社会和经济 = for更加地平衡) 

5.3  REAKSI TEMPATAN DAN NEGARA JIRAN TERHADAP
Pembentukan Malaysia (本地和邻国对于成立马来西亚的反应)

  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961.
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj宣布于1961527日成立马来西亚)
  • Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
    (成立马来西亚得到了来自各个方面的反应)
  • Terdapat pihak yang menerima baik cadangan pembentukan dan ada juga pihak yang menentang.
    (有的方面接受好的成立建议以及也有的方面反对)
  • Reaksi tempatan terdiri daripada penduduk dan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
    (本地的反应来自于PTM, Sarawak, Sabah, Sabah, SingapuraBrunei的人民以及领导人)
  • Reaksi negara jiran pula daripada Indonesia, Filipina dan Thailand.
    (邻国的反应也来自于Indonesia, FilipinaThailand)

Reaksi awal terhadap gagasan Malaysia (对于马来西亚计划的早期反应)

Tempatan (本地)

  • Persekutuan Tanah Melayuv Sarawak
  • Sabahv Singapurav Brunei

Negara Jiran (邻国)

  • Indonesia
  • Filipina
  • Thailand 

Reaksi Tenpatan (本地的反应)

  • Malaysia mendapat reaksi daripada pemimpin dan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
    (马来西亚得到来自PTM, Sarawak, Sabah, SingapuraBrunei的领导以及人民的反应)

  Persekutuan Tanah Melayu
  • Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia mendapat sambutan baik daripada penduduk dan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu.
    (一般来说成立马来西亚的计划得到了来自PTM人民和政党良好的欢迎) 
  • Parti politik secara prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan pembentukan Malaysia, walaupun wujud perbezaan pendapat dalam melaksanakannya. 
    (政党同意以及接受成立马来西亚虽然在执行时出现不同的意见)
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mendapat sokongan UMNO berkaitan dengan rancangan pembentukan Malaysia. 
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj得到了UMNO对于成立马来西亚规划的支持) 

Sarawak
  • Di Sarawak pula terdapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan penduduk terhadap rancangan pembentukan Malaysia.
    (Sarawak也有各种来自领导和人民对于成立马来西亚的反应) 

Sarawak

Menyokong (支持)

  • BARJASA yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman menyokong pembentukan Malaysia.
    (BARJASA是被Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya‘kubDatu tuanku Haji Bujang Tuanku Othman所领导其支持成立马来西亚)
  • Sementara itu, PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha, PESAKA pimpinan Temenggung Jugah anak Barieng dan SCA turut menyokong Malaysia. 
    (另一方面, PANASDatu Bandar Abang Haji Mustapha所领导, PESAKA的领导者是Temenggung Jugah anak Barieng以及SCA接着支持马来西亚)

Menentang (反对)

  • Pada peringkat awal, SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan menentang cadangan pembentukan Malaysia.
     (在早期, SUPPOng Kee Hui所领导以及SNAPStephen Kalong Ningkan所领导这两个政党都反对成立马来西亚的建议)

Menentang Kemudian Menyokong (反对后来便支持)

  • Pada peringkat awal, SNAP turut menentang rancangan pembentukan Malaysia.
    (在早期SNAP跟着反对成立马来西亚的规划)
  • Walau bagaimanapun, SNAP kemudiannya menyokong berdasarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).
    (然而, SNAP后来基于KSJM的建议来支持) 

  • Pada bulan Oktober 1962, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak untuk menyokong Malaysia.
    (196210月份, PANAS, SNAP, BARJASA, SCAPESAKA都结合成立Sarawak联盟政党为了支持马来西亚)

  • Parti politik Sarawak menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan Sarawak Alliance pada bulan Januari 1963. 
    (Sarawak政党成立结合支持马来西亚此联盟于18631月份被命名为 “Sarawak Alliance”)

 
Parti politik yang ditubuhkan di Sarawak. (Sarawak所成立的政党)

Parti PolitikTahun Penubuhan
Sarawak United People’s Party (SUPP)1959
Parti Negara Sarawak (PANAS)1960
Sarawak National Party (SNAP)1961
Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)1961
Sarawak Chinese Association (SCA)1962
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)1962

 

 Sabah

  • Penduduk di Sabah turut memberikan pelbagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia.
    (Sabah的人民一起给予各种对于成立马来西亚规划的反应)
  • Pada peringkat awal, penduduk Sabah berasa curiga dan bimbang.
    (在早期, Sabah的人民感觉怀疑和担心)
  • Ketika itu, Sabah sedang berkembang dalam kegiatan perdagangan manakala sistem perkhidmatan awam semakin baik.
    (当时Sabah正在商业活动中扩展而且公共服务系统也越来越好)
  • Penduduk pula bebas menjalankan kegiatan harian mereka.
    (人民也自由进行他们的日常活动)
  • Sementara itu, kehadiran pasukan tentera British menjamin keselamatan mereka.
    (况且英国军事军队的出现确保了他们的安全)
  • Oleh itu, penduduk berpendapat bahawa tiada keperluan untuk bergabung.
    (所以人民觉得没必要结合)

Sabah

Menyokong (支持)

  • Menjelang pembentukan Malaysia, terdapat parti politik utama ditubuhkan. Antaranya termasuklah UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah Chinese Association (SCA).
    (在马来西亚成立以前有主要的正道被成立以上有提到Sabah的政党)
  • USNO yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun menyokong idea pembentukan Malaysia sejak awal lagi. 
    (USNO是被Datu Mus’tapha Datu Harun所领导他是自早期就支持成立马来西亚想法的人物)
  • Parti politik di Sabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan Sabah Alliance pada bulan Oktober 1962. 
    (Sabah的政党成立联盟支持马来西亚并命名为 196210月份 “Sabah Alliance”)
  • Parti gabungan ini terdiri daripada UNKO, USNO, United Pasok Momogun (UPKO), Democratic Party dan Sabah Indian Congress. 
    (这个Sabah联盟政党是由UNKO, USNO United Pasok Momogun, Democratic PartySabah Indian Congress所成立)

Menentang (反对)

  • Cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan pemimpin dan penduduk di Sabah.
    (成立马来西亚的建议让到在Sabah的领导和人民都感到意外)
  • Mereka melahirkan keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan atau membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka.
    (他们项得到 “分开式的独立或者打造一个团结独立的Negeri-negeri Borneo’)
  • Kebanyakan penduduk di Sabah menganggap Tanah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina. 
    (大多数在Sabah的人民认为Tanah Melayu应分开例如IndonesiaFilipina)
  • Mereka mempersoalkan keadaan pemimpin tempatan yang perlu menyesuaikan diri dengan kegiatan politik, pilihan raya dan berkerajaan sendiri yang sudah diamalkan di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. 
    (他们质疑当地领导需要亲自参与政治活动大选和自己已做政府的新加坡和PTM)
  • Pada masa yang sama, jarak antara Sarawak, Sabah dengan Kuala Lumpur yang jauh juga menimbulkan masalah. 
    (在同个时间, Sarawak, Sabah黄河吉隆坡的距离遥远也出现了其问题) 

  • Disebabkan oleh kebimbangan tersebut, para pemimpin di Borneo membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Ogos 1961 untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia.
    (因为受到以上的担忧各个在Borneo的领导在196189日成立 “Barisan Bersatu”, 为了挑战成立马来西亚的规划)
  • Barisan Bersatu ini dianggotai oleh Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), A.M. Azahari (Parti Rakyat Brunei) dan Donald Stephens (Fuad Stephens) daripada UNKO.
    (“Barisan Bersatu”是被Ong Kee Hui, A.M AzahariDonald Stephens所参与其中)
  • Walau bagaimanapun, UNKO kemudiannya menyokong pembentukan Malaysia.
    (
    然而UNKO后来转而支持成立马来西亚) 

Parti politik di Sabah menjelang pembentukan Malaysia.
(在当时候成立马来西亚的Sabah政党)

Parti PolitikTahun Penubuhan
The United National Kadazan Organization (UNKO)1961
Democratic Party1961
United Sabah National Organization (USNO)1961
United National Pasok Momogun1962
United Party1962
Borneo Utara National Party (BUNAP).Gabungan Democratic Party dan United Party1962

 

Singapura (新加坡)

 Pemimpin dan penduduk Singapura turut memberikan reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
(新加坡的领导和人民给予对于成立马来西亚的反应)

 
Menyokong (支持)
  • People’s Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini.
    (PAP是被Lee Kuan Yew所领导的政党他很欢迎这个规划)
  • Bagi golongan pedagang dan pengusaha industri pula, mereka menyokong pembentukan Malaysia kerana membuka peluang pasaran yang lebih besar kepada industri mereka. 
    (对于商人和工业开发者来书说 他们也支持成立马来西亚因为会开发更大的市场机会给他们的工业)
  • Parti lain seperti Parti Buruh Singapura pada hakikatnya bersetuju tetapi menganggap gabungan ini sebagai suatu usaha yang sukar untuk dilaksanakan. 
    (其他政党例如Parti Buruh Singapura事实上是同意但是认为这个结合是种困难的方法为了被执行)

Menentang (反对)

  • Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia.
    (Parti Rakyat Singapura反对马来西亚计划)
  • Barisan Sosialis juga menentang penggabungan kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baharu. 
    (Barisan Sosialis也反对结合因为人民成立马来西亚是一种新形势的占领)
  • Mereka mencadangkan agar pandangan rakyat diperoleh sebelum Singapura menyertai Malaysia. 
    (他们建议以便能得到人民在新加坡加入马来西亚之前的看法)

Brunei

Terdapat pelbagai reaksi daripada penduduk Brunei terhadap pembentukan Malaysia.
(有各种来自Brunei人民对于成立马来西亚的反应)

Menyokong (支持)

  • Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia.
    (Sultan Brunei欢迎成立马来西亚的计划)
  • Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini. 
    (Brunei人民在早期时也有兴趣为了参与这个联盟)
  • Namun begitu, mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.
    (然而他们想更早地达到独立) 

Menentang (反对)

  • Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan. 
    (Parti Rakyat Brunei是被A.M. Azahari所领导地政党着政党是反抗以上地马来西亚建议因为他更有兴趣为了CombineBrunei, Sarawak, Sabah以及Kalimantan Utara为一体)
  • A.M. Azahari berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan.
    (A.M. Azahari的观点是关于成立马来西亚是一种英国政府为了维持影响力和占领经济以及确保安全的方法)
  • Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan sekiranya menyertai gabungan ini. 
    (除此以外他们也担心Brunei将会失去一大部分的财富如果他们Brunei参与这个联盟)

Reaksi Negara Jiran (邻国的反应)

Negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand turut memberikan pelbagai reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia.
(邻国例如Indonesia, Filipina和泰国的反应给予了对于成立马来西亚规划的反应)

  Indonesia
  • Pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia, kerajaan Indonesia tidak menentang. 
    (在早期成立马来西亚规划时, Indonesia的政府是不反对的)
  • Dr. Mohammad Hatta, iaitu Naib Presiden Indonesia dan Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengalu-alukan idea pembentukan Malaysia. 
    (Indonesia的副总统和外交部长也欢迎成立马来西亚的想法) 

  Filipina
  • Presiden Diosdado Pangan Macapagal( M a c a p a g a l ) dari Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah.
    (来自Filipina的总统反对成立马来西亚因为要争取Sabah的地区)
  • Walau bagaimanapun, bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tuntutan ini adalah di bawah urusan kerajaan British. 
    (然而对于PTM政府要争取其地方这也算是英国政府的安排) 

  Thailand
  • Kerajaan Thailand memberikan reaksi positif dan menerima idea pembentukan Malaysia. 
    (泰国政府给予正面的反应以及接受成立马来西亚的想法)
  • Pembentukan Malaysia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara. 
    (成立马来西亚被认为是加强走向东南亚区域和平的方法)

 

5.4 LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA (成立马来西亚的方法)

Siri Lawatan (探访系列)
  • Julai 1961 – Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei. 
    (19617月份 – Tunku Abdul Rahman Putra al-HajSarawakBrunei探访)
  • Lawatan ini untuk meninjau dan bertemu dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukan Malaysia.
     
    (此次的探访是为了探查和与当地的领袖见面为了讲述成立马来西亚的规划)
  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengatur lawatan pemimpin Sarawak dan Sabah ke Persekutuan Tanah Melayu. 
    (PTM政府安排叻SarawakSabah的领袖过去PTM探访)
  • Pada bulan Ogos 1962, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah anak Barieng, Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun mengadakan lawatan untuk meninjau kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu. 
    (19628月份以上所提到的领袖准备探访为了探查在PTM的进步)
  • November 1962 – Lawatan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ke Sarawak dan Sabah. 
    (196211月份 – Tunku Abdul Rahman Putra al-HajSarawakSabah探访)
  • Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah. 
    (Dr. Burhanuddin al-HelmiGhafar Baba组团去探访SarawakSabah)
  • Lawatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah. 
    (这次探访显示出在Tanah Melayu的政治成员一致性为了讲述着关于 “马来西亚规划SarawakSabah的人民) 

 Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

  • Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) atau dikenali sebagai Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23 Julai 1961. Mesyuarat JSKM diadakan sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.

  Tujuan Penubuhan (成立的目的)
  • Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
    (SarawakSabah人民对成立马来西亚有信心)
  • Menyediakan ruang perbincangan bagi mendapatkan kata sepakat terhadap pembentukan Malaysia.
     
    (准备讨论空间以得到对于成立马来西亚的 “一致性”)
  • Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
    (收集关于成立马来西亚的的观点)
  • Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia. 
    (宣传关于马来西亚的资讯)
  • Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia.
    (培养宣扬的活动以及加快成立马来西亚)
  • Aktiviti penghebahan seperti mendedahkan perkembangan kemajuan dalam bidang pentadbiran serta projek pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu.
    (宣扬活动例如揭露在管理领域的发展进步以及在PTM的发展计划) 

  • Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
    (这个委员会是由PTM, Singapora, SarawakSabah的领袖代表所组成的)
  • Donald Stephens dilantik menjadi pengerusi JSKM.
    (Donald Stephens被委任成为JSKM的主席)
  • Dalam mesyuarat kedua, JSKM membuat keputusan menyokong rancangan Malaysia.
    (在第二会议, JSKM做决定以支持马来西亚规划)
  • Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memberikan kefahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia.
    (这个委员会扮演着给予当地领导 “理解程度的重要角色以及获得对于成立马来西亚的支持)

  Referebdyn Singapura (新加坡的全民公投)
  • Rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura yang diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga bulan September 1962 menghasilkan persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.
    (PTM政府和Singapura之间的讨论被举行于19628月份制定19629月份产生出新加坡加入马来西亚的同意)
  • Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1962 menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia.
     
    (一个全民公投于早期19629月份在新加坡被举行讲述着新加坡加入马来西亚的宣战形式)
  • Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung membentuk Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
    (全民公投的决定获得了新加坡人民同意为了结合而成立马来西亚)
  • Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia.
    (这个决定让到新加坡加入马来西亚) 

  Rundingan London (伦敦谈判)
  • Pada bulan November 1961, rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British.
    (196111月份成立Malaysia的讨论在London被举办)
  • Kedua-dua kerajaan bersetuju agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah.
    (这两个政府同意以便成立一个委员会为了探查在SarawakSabah人民的反应) 

Suruhanjaya Cobbold
  • Suruhanjaya ini dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962.
    (这个委员会被公开成立于19621月份)
  • Suruhanjaya Cobbold mengandungi wakil yang dilantik oleh kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.
    (Suruhanjaya Cobbold所包括的代表是被英国政府和PTM所委任)
  • Lord Cobbold dilantik menjadi Pengerusi.
    (Lord Cobbold被委任成为主席)
  • Ahli-ahli terdiri daripada Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee. 
    (会员是从由以上的人物所组成)
  • Suruhanjaya ini melawat 35 pusat lawatan (20 pusat lawatan di Sarawak dan 15 pusat lawatan di Sabah). 
    (这个委员会探访了35个探访中心)
  • Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.
    (19626月份, Suruhanjaya Cobbold把报告交给英国政府以及PTM政府)

Antara laporan tersebut termasuklah: (报告的内容包括)

  • Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia.
    (讲述着二分之三的人民是支持成立马来西亚)
  • Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu.
    (建议以便PTM 1957的宪法被成为 “新的联盟宪法的基础)
  • Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri berkenaan. 
    (建议自治权和特别保障给SarawakSabah, 这两项权力不可被中央政府在没有得到来自州政府的同意之下被修改或者被取消) 

Pembentukan jawatan kuasa antara kerajaan (JAK)

  • Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan penubuhan Inter-Governmental Committee atau dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) pada bulan Ogos 1962.
    (英国政府和PTM政府公布成立Inter-Govermental或也被称为 “JAK”)
  • Jawatankuasa ini diwakili oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
    (这个委员会被英国政府, PTM, SarawakSabah所代表)
  • Penubuhan JAK bertujuan menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.
    (成立JAK的目的是准备宪法的框架以及打造保护SarawakSabah利益的需求)

  • Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan.
    (这个委员会是被Lord Lansdowne所领导)
  • Timbalan pengerusi ialah Tun Abdul Razak Hussein.
    (副主席是Tun Abdul Razak Hussein)
  • Wakil Sarawak ialah Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin. 
    (以上所提到的人物是Sarawak的代表人物)
  • Wakil Sabah terdiri daripada Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew.
    (以上所提到的人物是Sabah的代表人物) 

  JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil
  • Perlembagaan (宪法)
  • Kewangan (财政)
  • Perkhidmatan Awam (公共服务)
  • Perundangan dan Kehakiman (法律和司法)
  • Organisasi Jabatan (部门组织) 

  JAK  
  • Jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (Kota Kinabalu), Sabah pada 30 Ogos 1962.
    (这个委员会已在Jesselton举办第一次的会议)
  • Mesyuarat terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 18 – 20 September 1962.
    (最后一次的会议是于1962918-20日在KL举办)
  • Jawatankuasa ini mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin hak serta kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah. 
    (这个委员会建议18项宪法是给Sarawak, 20项是给Sabah, 这些所提的建议需要被加入进联盟宪法里边为了确保SarawakSabah人民的权力以及利益)
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan termasuklah:  
(
成为宪法主要基础的事项)
  •  Islam ialah agama Persekutuan Malaysia tetapi dikecualikan kepada Sarawak dan Sabah. 
    (回教是马来西亚中央的中交但是对于SarawakSabah例外)
  • Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa rasmi di Sarawak dan Sabah.
     
    (马来文是马来西亚的官方语言但是英国可在SarawakSabah当中被使用为官方语言)
  • Sistem pendidikan dikekalkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah.
    (教育系统在中央政府的管制下被维持除了在SarawakSabah是例外)
  • Sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
    (SarawakSabai的教育系统维持在州政府的管制之下直到州议会做修改)
  • Dalam Parlimen Malaysia, sebanyak 24 kerusi hendaklah diperuntukkan kepada Sarawak, 16 kerusi kepada Sabah dan 15 kerusi kepada Singapura. 
    (在马来西亚的国会24个席位需要被规定给Sarawak, 16个席位给Sabah以及15个席位给新加坡)
  • Kuasa imigresen terletak di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi Sarawak dan Sabah diberi kuasa tersendiri untuk mengendalikan hal ehwal imigresen. 
    (移民权力安置于中央政府之下SarawakSabah被给予自己处理 外交事项的权力) 

  
5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

  Inti Pati Perjanjian Malaysia (马来西亚合约的精华) 
Antara inti pati Perjanjian Malaysia termasuklah: 
(
合约精华所包括的内容)
  • Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963.
    (成立马来西亚的日期在1963831)
  • Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu. 
    (Sarawak, SabahSingapura将成为和PTM一起成为在马来西亚联盟的成员)
  • Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia.
    (英国政府将承认Sarawak, Sabah和新加坡在马来西亚的主权)
  • Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri.
    (给予SarawakSabah成立内阁的好处)
  • Memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran awam serta pendidikan kepada Sarawak dan Sabah. 
    (规定转换时期例如对于SarawakSabah的公共管理以及教育方面)
  • Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi; Sarawak 24 kerusi; dan Sabah 16 kerusi.
    (新加坡被给予15个国会的席位, Sarawak 24席位以及Sabah 16个席位)
  • Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
    (SarawakSabah的土族得到了跟马来人在联盟宪法中 同样的承认) 

  • Sabah bersetuju mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai balasan dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris dalam tempoh 10 tahun selepas tahun 1963.
    (Sabah同意承认马来文作为母语以及这也是作为回报于SarawakSabah被允许在10年期间使用英文)
  • Pada tahun 1970, Datu Mustapha Datu Harun menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan sebagaimana mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan.
    (1970, Datu Harun跟着民族教育政策来把马来文变成 “教育的沟通语言)
  • Pada tahun 1971, Dewan Undangan Sabah meluluskan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam urusan rasmi negeri Sabah.
    (1971, Sabah的议会通过了马来文可作为Sabah州官方的语言)

  Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (成立PBB的代表)
  • Indonesia membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 
    (IndonesiaPBB公开反对马来西亚的成立)
  • Oleh itu, U Thant, Setiausaha Agung PBB mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa, iaitu United Nations Malaysia Mission (UNMM) pada 12 Ogos 1963 untuk menilai dan membuat laporan. 
    (PBB的秘书长宣布于1963812日成立一个委员会也就是UNMM, 为了评估和制作报告)
  •  Laurence Michelmore, Duta Amerika Syarikat di PBB mengetuai rombongan melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah. 
    (PBB的美国使者代表率领着代表团在SarawakSabah “执行调查”)
  • Pembentukan Malaysia yang sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. 
    (成立马来西亚于1963831日的宣布被拖延因为PBB秘书长的报告只可在1963914日完成)
  • Pada 14 September 1963, misi ini menerbitkan laporan penduduk Sarawak dan Sabah yang menerima pembentukan Malaysia. 
    (1963916这个代表刊登出SarawakSabah人民是接受成立马来西亚的结果) 

Peristiwa Pengisytiharan Malaysia (宣布Malaysia的事件)
  • Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
    (马来西亚于1963916日被宣布)
  • Istiadat pengisytiharan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.
    (马来西亚的宣布仪式在KL, SarawakSabah被同步举行) 

Kuala Lumpur
  • Yang di-Pertuan Agong membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka dan disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
    (Yang di-Pertuan Agong在独立广场宣读马来西亚的独立以及被Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj所见证) 

  Sarawak
  • Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
    (Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee宣誓了Sarawak的首长职位)
  • Pengisytiharan Malaysia dibaca oleh Khir Johari wakil Kerajaan Persekutuan di Kuching, Sarawak. 
    (
    马来西亚的宣布是由Khir Johari所宣读)
  • Turut hadir ialah anggota kabinet negeri.
    (接着出席的是州内阁的成员) 

  Sabah
  • Datu Mustapha Datu Harun mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama.
    (Datu Mustapha Datu HarunKota Kinabalu宣布马来西亚以及签署成为Sabah第一任的首长信约)
  • Tun Abdul Razak Hussein mewakili Kerajaan Persekutuan.
    (Tun Abdul Razak Hussein代表中央政府) 

 
5.6  Konfrontasi dan  menangani(对抗和处理方法)

  • Kerajaan Indonesia tidak menentang pada peringkat awal rancangan pembentukan Malaysia.
    (Indonesia政府在早期成立马来西亚的计划是不反抗的)
  • Penentangan mula muncul selepas Pemberontakan Brunei 7 Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu pemberontakan.
    (Indonesia的反抗开始于汶莱的造反Tunku AbdulRahman Putra al-Haj说明关于Indonesia会有涉及其中的造反)
  • Partai Komunis Indonesia menggunakan kesempatan ini menyelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme yang dirancang oleh kerajaan British.
    (PKI使用这个机会批评马来西亚计划是个被英国政府所规划的 “再统治政策”)

Konfrontasi
  • Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia.
    (1963120, Indonesia的外交部长宣布对于马来西亚的 “反抗政策”, 这是一威胁Indonesia地位为理由) 

 Peristiwa Penentangan (反抗事件)

INDONESIA20 Januari 1963

  • Melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu “Ganyang Malaysia”.
    (实行对于Tanah Melayu的反抗政策)

16 Januari 1963 – 27 Mac 1963

  • Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak.
    (Indonesia军人在Sarawak进行 “游击攻打”)

Ogos – Disember 1964

  • Pendaratan gerila di Johor. 
    (Johor登陆的游击队) 

  • Tindakan ketenteraan terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak pada 12 April 1963.
    (早期的军事发生于当Indonesia军队在1963412日登陆于Sarawak)
  • Pada 29 Disember 1963, berlaku peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah.
    (19631229发生了MalaysiaIndonesiaSabah 枪弹事件)
  • Pada 2 September 1964, berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang gerila Indonesia di Labis, Johor.
    (196492发生了大约30Indonesia游击人员在Labis的登陆)
  • Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera Malaysia.
    (Indonesia的游击队进入Johor, 但被Malaysia的军队所阻挡)
  • Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB.
    (Dr. Ismail Abdul Rahman把以上这些攻打带入PBB的安全理事会)
  • Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia untuk bertindak selain cara diplomatik.  
    (
    挑拨的方法不可改变马来西亚除了 “外交方法的个人立场) 

  Langkah Menamatkan Konfrontasi (结束对抗的方法)
  • Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik dalam usaha menangani konfrontasi.
    (马来西亚使用外交方法来处理对抗)
  • Tanggungjawab menyusun strategi diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh Muhammad Ghazali Shafie.
     
    (编排策略的责任被交给由Muhammad Ghazali Shafie所率领的 外交部门)
  • Tugas utama kementerian ini adalah untuk mematahkan kempen propaganda dan mendapatkan sokongan negara luar. 
    (这个部门的主要任务是为了打断讲座的宣传以及获得来自外国的支持) 

  1963
  • Usaha awal menamatkan konfrontasi dilakukan oleh U Thant, Setiausaha Agung PBB.
    (在早期结束对抗的方法是由PBB的秘书长所执行)
  • Beliau mengutus wakilnya C.V. Narasimhan pada bulan Februari 1963 untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu
    (他在19632月份派送他的代表 = C.V. Narasimhan, 为了跟Indonesia的政府以及PTM谈判)
  • Presiden Macapagal menganjurkan rundingan peringkat pegawai di Manila pada 9 April 1963.
     
    (Macapagal总统于196349日举办 “官员的讨论会”)
  • Negara kita diwakili oleh Muhammad Ghazali Shafie.
    (我们国家是被Muhammad Ghazali Shafie所代表)
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo pada 1963.
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj接受Soekarno总统的邀请为了于1963年在东京的见面)
  • Dalam pertemuan ini, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerangkan tujuan pembentukan Malaysia.
    (在这次的见面, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj讲述着成立马来西亚的目的)
  • Tun Abdul Razak Hussein menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila pada 7 –11 Jun 1963 bagi mencari penyelesaian konfrontasi.
    (Tunku Abdul Razak hussein出席了在Manila的外交部长的会议以便寻找解决纠纷的方法)
  • Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya.
    (Indonesia的外交部长也出席他国家方面的会议)
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menghadiri mesyuarat bersama-sama Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila pada 31 Julai – 5 Ogos 1963.
    (Tunku Abdul Rahman Putra al-HajSoekarno总统和Macapagal总统工头出席在Manila的会议)
  • Hasil penting ialah penerimaan kerajaan Indonesia dan Filipina terhadap  pembentukan Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB terhadapSarawak dan Sabah.
    (重要结果就是在由PBBSarawakSabah做了评估过后,  IndonesiaFilipina政府对于成立马来西亚是接受的) 

  1964
  • Rundingan Malaysia, Indonesia dan Filipina berlangsung pada tahun 1964 melibatkan dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo.
    (Malaysia, IndonesiaFilipina的讨论在1964着涉及了2个部长阶段的会议一个会议在Bangkok, 一个会议在东京)
  • Peranan utama dimainkan oleh Thanat Khoman, Menteri Luar Thailand yang menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia.
    (由泰国外交部长扮演主要见面角色) 

1965
  • Peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1965 menamatkan konfrontasi.
    (Indoneisa1965930日的 “转换领导人”, 结束了对马来西亚的对抗)
  • Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi.
    (Suharto将军委任了Jeneral Ali MoertopoAdam Malik, 为了讨论结束对抗)

1966
  • Kerajaan Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi pada 4 Ogos 1966.
    (Indonesia政府在196684日宣布 “结束对抗”)
  • Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia – Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966. 
    (Tun Abdul Razak Hussein1966811日签署了IndonesiaMalaysia的正常关系协议)

  • Konfrontasi memberikan pengalaman kepada negara kita untuk mengurus krisis pada peringkat serantau dan antarabangsa.
    (对抗给予我国经历为了管理在区域性和国际性阶段的危机)
  • Komitmen tinggi yang diberikan oleh pemimpin dan pegawai kerajaan berjaya mengelakkan masalah ini menjadi konflik yang lebih besar.
    (领导者和政府官员被给予很高的承诺以及成功地避免着问题成为更大的纠纷)
  • Oleh itu, penting bagi rakyat Malaysia bersatu padu untuk memastikan kestabilan negara dan mengelakkan ancaman luar.
    (所以马来西亚人民团结的重要是为了确保国家的稳定以及避免外来的威胁)
  • Pembentukan Malaysia merupakan usaha menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia.
    (成立马来西亚是种结合PTM, Sarawak, SabahSingapura的方法)
  • Usaha pembentukan Malaysia menghadapi cabaran terbesar untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada semua rakyat.
    (成立马来西亚面对着最大的挑战为了获得来自所有人民的支持以及合作)
  • Pembentukan Malaysia turut menghadapi cabaran pada peringkat antarabangsa apabila negara jiran, iaitu Indonesia dan Filipina menentang pembentukan ini.
    (成立马来西亚接着面对着国际阶段的挑战当邻国也就是IndonesiaFilipina反对这个成立)
  • Sokongan yang diberikan oleh rakyat membolehkan pembentukan Malaysia diisytiharkan dengan jayanya.
    (由人民被给予的支持可成功宣布成立马来西亚)
  • Keterlibatan pemimpin, pegawai kerajaan dan masyarakat tempatan menghasilkan satu persetujuan melalui Perjanjian Malaysia 1963.
    (领导者政府官员以及当地的社会通过马来西亚 1963合约所产生出一个 “同意”)
  • Malaysia berjaya diisytiharkan pada 16 September 1963.
    (马来西亚成功在1963916日被宣布)
  • Pengajaran utama yang boleh diambil daripada pembentukan Malaysia ialah kepentingan kesepakatan untuk kestabilan negara.
     (主要的教导可从成立马来西亚中拿到, 也就是一致性为了国家稳定的重要性)

Form 5 Bab 5 Sejarah Notes by Thomas 老师

Leave a Comment

Scroll to Top