1.1 Konsep Alam Melayu (早期马来政府的概念)
GEOGRAFI (地理)
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ahli arkeologi.
- Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan. (这位考古学家认为早期的Alam Melayu所涵盖的地方)
Abdul Hadi Haji Hassan, ahli akademik.
- Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand. (这位学者认为早期的Alam Melayu所涵盖的地方)
Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein, ahli bahasa dan budayawan.
- Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. (这位语言/文化学者认为早期的Alam Melayu所涵盖的地方)
Alfred Russel Wallace, sarjana Barat.
- Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. (这位西方学者认为早期的Alam Melayu所涵盖的地方)
Profesor Dr. Ding Choo Ming, pengkaji manuskrip Melayu.
- Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina. (这位马来手稿研究者认为早期的Alam Melayu所涵盖的地方)
BAHASA (语言)
Nama Tokoh: Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar, tokoh bahasa.
- Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. (马来国家的当地语言跟土著语言有关联)
- Terdapat pertalian kekeluargaan bahasa-bahasa ini dengan bahasa Melayu. (这些语言跟马来文有关系,这个地方翻回课本看看sample)
Nama Tokoh: Sutan Takdir Alisjahbana, tokoh bahasa.
- Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. (马来文在早期马来文明被广泛使用)
- Sifat orang Melayu yang gemar berlayar telah mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu. (马来人喜欢出海, 已经把马来文发展过去Alam Melayu)
- Sifat Bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu. (马来文是中庸的一种语言和容易学习及可以在Alam Melayu被接受)
BUDAYA (文化)
Nama Tokoh : Dato’ A. Aziz Deraman, budayawan
- Pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri merupakan ciptaan asli di Alam Melayu. (早期Alam Melayu的文化是有制作青铜和发明防身术)
- Selain itu, nilai-nilai serumpun wujud dalam masyarakat Alam Melayu terutamanya gotong-royong. (Alam Melayu的社会还有出现共同的价值观, 例如主要是大扫除)
- Dalam aspek seni persembahan pula, muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa. (有出现皮影戏)
1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur (著名的Alam Melayu国家)
Kerajaan Funan
Kemasyhuran (辉煌)
- Kerajaan Funan masyhur semasa diperintah oleh Fan Shih-man. (Kerajaan Funan最辉煌时期是由一位叫 “Fan Shih-man”的人管理的)
- Beliau telah meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur. (他由扩大Funan皇朝的地盘)
- Beliau menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. (他也占领了selatan Myanmar dan Segenting Kra这两个地方)
- Kejayaan beliau menguasai wilayah ini membolehkan Funan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat. (他的成就是占领了以上地区, 让到Funan占据了东方和西方的主要 “商业路线”)
- Kesannnya, pada abad ketiga Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. (后来, Funan在第三世纪成为了Alam Melayu主要的商业中心)
Kemerosotan (衰退)
- Raja Funan terakhir ialah Rudravarman. (最后一任Raja Funan – Rudravarman)
- Serangan kerajaan Chenla yang terletak di utara Funan telah menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan. (Kerajaan Chenla攻打Funan, 导致Kerajaan Funan衰退)
- Kerajaan Champa diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192M. (Kerajaan Champa 由 Chu-Lien所创立)
Kemasyhuran (辉煌)
- Zaman kemasyhuran Champa bermula di bawah pemerintahan Che Bong Nga. (Kerajaan Champa最辉煌的年代是由一位叫Che Bong Nga的人所管理)
- Beliau berjaya mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah. (他成功解决Dai Viet的威胁和扩大Champa帝国)
- Serangan Champa ke wilayah Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong, pemerintah Dai Viet. (Kerajaan Champa对Dai Viet地盘的攻打, 成功杀死了Raja Tran Due Tong)
- Pemerintahan beliau mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369. (他的管理也受到明朝的认可)
Kemerosotan (衰退)
- Kemerosotan kerajaan Champa bermula apabila pemerintahnya, Indravarman meninggal dunia pada tahun 1441. (Kerajaan Champa的衰退开始于它的领导人Indravarman的过世)
- Dai Viet menggunakan peluang ini dengan melancarkan beberapa serangan ke atas Champa. (Dai Viet就利用这个机会对Kerajaan Campa进行几轮的攻打)
- Pada tahun 1471, Champa ditawan oleh Dai Viet. (Kerajaan Champa 被Dai Viet打败)
- Kerajaan Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683M di Palembang. (Kerajaan Srivijaya是由Dapunta Hyang Sri Jayanasa所创立)
Kemasyhuran (辉煌)
- Semasa era pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad kelapan, Srivijaya telah berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra. (Kerajaan Srivijaya最辉煌的年代是由一位领导者Sangramadhananjaya在第八世纪所管理)
- Penaklukan ini juga membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda, seterusnya menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu. (因Kerajaan Srivijaya的占领, 让到Srivijaya可以占领国际航海路线)
- Selain terkenal sebagai pusat perdagangan, Srivijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha. (除了成为著名的商业中心以外, Kerajaan Srivijaya成为了佛教的研究中心)
Kemerosotan (衰退)
- Serangan tentera Chola dari selatan India pada tahun 1025 telah menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi lemah. (Kerajaan Srivijaya会衰退是因为被India的Chola军队攻打)
- Kerajaan Angkor yang berpusat di Hariharalaya diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla. (Kerajaan Angkor的政府中心坐落于Hariharalaya, 以及国家是由Jatavarman II所创立)
Kemasyhuran (辉煌)
- Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar. (Suryavarman II由扩大Angkor的帝国地盘)
- Beliau berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet, di samping mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar. (他也成功阻挡了来自Champa和Dai Viet的威胁, 除此以外也创造了本地商人和外界商人之间的商业关系)
- Usaha beliau ini diteruskan pula oleh Jayavarman VII yang telah meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam. (他的奴隶由Jayavarman VII接手传接下去扩大Angkor的帝国)
- Beliau membina Angkor Thom dan mendirikan 102 buah hospital. (他也建立了Angkor Thom这座庙和建了102座医院)
Kemerosotan (衰退)
- Selepas kematian Jayavarman VII, Angkor mudah lemah. Serangan Siam pada tahun 1594 telah melemahkan kerajaan Angkor. (Jayavarman VII死了过后, Kerajaan Angkor慢慢便弱+衰退了)
- Kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294. (Kerajaan Majapahit由Raden Vijaya所创立)
Kemasyhuran (辉煌)
- Kemasyhuran Majapahit bermula dengan pelantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri (Majapahit) oleh pemerintah Tribuana Tunggadewi. (Majapahit国家的辉煌来自于选了一位Patih Gajah Mada作为首相)
- Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit. (Patih Gajah Mada成功会夫国家的和平与安全)
- Beliau juga mula meluaskan tanah jajahannya ke timur Pulau Jawa; pesisir pantai timur Sumatera; pesisir selatan dan barat Pulau Borneo; bahagian selatan dan timur Sulawesi ; dan Kepulauan Maluku. (以上是他有扩大权力到的地盘)
- Hal ini menjadikan Majapahit sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14. (这件事让到Majapahit成为了14世纪的商业中心)
Kemerosotan (衰退)
- Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak pada tahun 1478 telah menyebabkan kerajaan Majapahit menjadi lemah. (Patih Gajah Mada死了后, 国家被Kerajaan Demak攻打)
- Pada peringkat awal, pusat kerajaan ini adalah Sungai Mas dan Pangkalan Bujang. (早期Kerajaan Kedah Tua的政府中心)
- Sumber China menamakan kerajaan Kedah Tua sebagai Chieh Ch’a. (中国把Kerajaan Kedah称之为Chieh Cha)
- Manakala sumber dari India dan Arab, masing-masing merujuk kerajaan Kedah Tua sebagai Kataha dan Kalah-bar. (印度和阿拉伯把Kerajaan Kedah称之为Kataha 和 Kalah-bar)
Kemasyhuran (辉煌)
- Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang. (国家辉煌在于跟商业活动迅速进步有关系)
- Pedagang dari timur dan barat datang untuk menjalankan kegiatan perdagangan dengan penduduk tempatan dan pedagang luar yang lain. (来自东方和西方的商人有来到跟本地和外地商人做生意)
- Seiring dengan kemajuan perdagangan ini, kerajaan Kedah Tua ini menyebabkan kerajaan Srivijaya memguasai Kedah Tua. (因生意进步导致Kerajaan Srivijaya占领Kerajaan Kedah Tua)
- Namun begitu, serangan tentera Chola dari India pada tahun 1025 telah melemahkan kegiatan perdagangan di Kedah Tua. (Chola军队对Kerajaan Kedah Tua的攻打减弱了他的商业活动)
Kemerosotan (衰退)
- Kerajaan Kedah Tua mula mengalami perubahan peremerintahan pada abad ketujuh apabila munculnya pengasasan Kesultanan Kedah yang memulakan kerajaan baharu di Kedah. (Kerajaan Kedah Tua会衰退是因为在第七世纪更换了管理方式)
- Pengasas kerajaan Gangga Nagara ialah Raja Ganji Sarjuna. (Kerajaan Gangga Nagara的创办人 = Raja Ganji Sarjuna)
Kemasyhuran (辉煌)
- Kemasyhuran kerajaan Gangga Nagara bermula pada abad kesembilan. (国家辉煌开始于第九世纪)
- Sejak abad kelima, kerajaan Gangga Nagara sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. (自第五世纪, Kerajaan Gangga Nagara经常被外来商人探访因为拥有丰富地下资源)
- Kerajaan Gangga Nagara juga berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850M. (Kerajaan Gangga Nagara也成功捍卫他的主权)
Kemerosotan (衰退)
- Kerajaan Gangga Nagara mulai lemah apabila diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025. (Kerajaan Gangga Nagara在被印度的Chola军队攻打后就开始变弱了)
1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman (同世纪出现的Alam Melayu国家和外面的国家)
Abad Pertama (第一世纪)
Pada abad pertama, kemunculan kerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, empayar Parsi, empayar Kushan dan Dinasti Han.
Abad Kesembilan (第九世纪)
Pada abad kesembilan, kerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan kerajaan Abbasiyah, empayar Byzantine, Dinasti Tang dan Kerajaan Chola.
Abad Ke – 14 (第14世纪)
Pada abad ke-14, kerajaan Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan empayar Mongol, kerajaan Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Delhi.
Hubungan Perdagangan (商业关系)
- Kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil bumi mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain. (Alam Melayu国家地理位置不错和拥有丰富地下资源让到当地领导人跟其他国家建立商业关系)
Hubungan Keagamaan (宗教关系)
- Hindu (兴都教)
- Melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin. (通过商人, 军人和和尚来传教)
- Buddha (佛教)
- Asoka menghantar sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha. (派佛教徒去Alam Melayu传教)
- Islam (回教)
- Melalui peranan pedagang, pemerintah dan pedakwah. (通过商人, 领导和传教士去传教)
Hubungan Diplomatik (外交关系)
- Hubungan Kerajaan Alam Melayu dengan China (Alam Melayu国家跟中国之间的关系)
Kerajaan | Utusan | Tujuan |
Funan | dihantar pada abad ketiga | Memohon bantuan ketenteraan untuk melawat Dat Viet. (申请军事援助) |
Majapahit | dihantar pada abad ke-14 | Menjalinkan hubungan persahabatan (建立友谊关系) |
Angkor | dihantar pada abad ke-12 | Memperkukuh persahabatan dan perhubungan. (稳定友谊关系) |
Kedah Tua | dihantar pada abad ketujuh | Memperkukuh hubungan perdagangan (稳定商业关系) |
Srivijaya | dihantar pada abad ketujuh | Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan (获得认可,稳定友谊和商业关系) |
Champa | dihantar pada abad ketiga | Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet. (恢复跟中国之前的关系) |
- Hubungan Kerajaan Alam Melayu dengan India (Alam Melayu国家跟印度之间的关系)
Kerajaan | Utusan | Tujuan |
Funan | dihantar pada abad ketiga | Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India. (稳定跟印度的商业和宗教关系) |
Majapahit | dihantar pada abad ke-14 | Mengeratkan hubungan persahabatan. (促进友谊关系) |
Srivijaya | dihantar pada abad ke-12 | Mengeratkan hubungan persahabatan. (促进友谊关系) |
Angkor | dihantar pada abad kesembilan | Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan. (促进友谊和宗教关系) |
1 thought on “Form 2 Bab 1”
funan hubungan diplomatik dengan china melawat-melawan