4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu和Johor早期的马来皇室管理)
4.1.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu (马来皇室管理)
A. Kerajaan Perlis (玻璃市政府)
Latar Belakang (背景)
- Perlis merupakan wilayah yang terpisah dengan Kedah pada tahun 1842.
(Perlis早期是跟Kedah分开的地盘)
- Maharaja Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail di Bangkok sebagai Raja Perlis yang pertama pada tahun 1843. Baginda diberikan gelaran Phya Songkram Rama Wichit Willis Asmara Phya Pelit.
(当时的泰国国王承认Syed Hussin Jamalullail为“Raja Perlis”, 同时也给予他特有的称号,可以自己看下面呀)
Pentadbiran (管理)
- Raja Syed Hussin Jamalullail membentuk pasukan pentadbiran yang berwibawa terdiri daripada kalangan pembesar tempatan.
(Raja打造一个由威望的管理团队,团队本身也由当地大臣所组成)
- Tuan Syed Abdullah ibni Syed Harun Jamallail dilantik sebagai Raja Muda Perlis, Dato’ Arau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri.
(Tuan Syed Abdulla ibni Syed Harun Jamallail被委任为Perlis的太子, 而Dato’ Arau是当时Perlis的首相,同样也有自己的称号)
Perundangan (法律)
- Berdasarkan Undang-Undang Kesultanan Kedah sebagai rujukan.
(以Kedah皇朝的法律作为参考)
- Pelaksanaannya menitikberatkan kebajikan terhadap rakyat.
(Perlis的执行方面比较注重人民的福利)
Hubungan luar (外面关系)
- Hubungan luar dengan Siam terus berjalan dengan baik dan hubungan ini menjadi strategi Perlis untuk tidak diganggu gugat oleh kuasa lain.
(因跟泰国有良好关系同时也不受其它势力威胁)
B. Kesultanan Kedah (Kedah皇朝)
Latar Belakang (背景)
- Kerajaan Kedah bermula sejak abad ketujuh dan merupakan antara kerajaan terawal di negara ini.
(Kedah政府开始于早期第7世纪以及也是最早出现的政府)
- Pertapakan Islam di Kedah sejak abad ke-12 telah memulakan sistem pemerintahan Islam dengan pusat pemerintahan di Kota Bukit Meriam.
(早早期12世纪已经开始实行“回教管理系统以及政府中心坐落在Kota Bukit Meriam”)
- Pemerintah pertama yang bergelar sultan ialah Sultan Mudzaffar Shah.
(第一位Sultan = Sultan Mudzaffar Shah)
Pentadbiran (管理)
- Sistem pemerintahan diketuai oleh Sultan dan pembesar serta disokong oleh undang-undang yang kemas dan teratur.
(Kedah管理系统是由Sultan和大臣所领导以及受到法律的支持)
- Bagi membolehkan negeri ditadbir dengan berkesan, diwujudkan pembahagian wilayah yang diletakkan di bawah pengawasan pembesar daerah.
(为了让到国家有效被管理, 就把地盘分配由 “地区大臣”所管制)
- Di setiap daerah, diwujudkan mukim-mukim yang dikendalikan oleh kalangan penghulu.
(在每一个区, 出现村子同时也被 “村长所管理”)
- Pada abad ke-19, terdapat 128 mukim di Kedah.
(在早期19世纪, 共有128个村子出现)
Perundangan (法律)
- Kanun undang-undang Kedah yang pernah ditulis pada tahun 1650 yang memberikan hak kepada raja dan golongan pemerintah.
(Kedah的法律写来是为了给与Raja和领导们管理的权力)
- Terdapat lima bab undang-undang Kedah:
(以下是5个Kedah法律的章节,可以自己看看)
i. Undang-undang 1060H (1650)
ii. Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan 1075H (1667)
iii. Hukum Kanun Dato’ Kota Setar, Adat Bunga Emas
iv. Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar
Adat Meminang dan Undang-undang 1199H (1704)
Hubungan luar (外面关系)
- Kedah menjalinkan hubungan luar dengan Siam sebagai strategi mempertahankan negeri daripada ancaman Burma.
(Kedah有跟泰国建立外界关系,这是一项为了捍卫国家不受缅甸威胁的“策略”)
- Hubungan dua hala ini berlaku dalam pelbagai cara seperti hubungan diplomatik, pentadbiran dan kewangan.
(2个国家的双向关系会发生主要是以外交, 管理和金融关系所组成)
C. Kesultanan Kelantan (Kelantan皇朝)
Latar Belakang (背景)
- Meskipun Kesultanan Kelantan wujud sebelum abad ke-17, namun semasa pemerintahan Long Yunus pada tahun 1776 hingga tahun 1794, kerajaan Kelantan berjaya disatukan.
(虽然Kelantan皇朝出现于17世纪前, 但当时是由一位名为 “Long Yunus”的人所管理, 同时Kelantan政府也是由他成功团结起来)
- Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang Dipertuan.
(他的称呼“Yang Dipertuan”)
- Pertenglikahan antara Kelantan dengan Terengganu serta pengaruh Siam menyebabkan perubahan berlaku pada tahun 1812.
(Kelantan跟Terengganu之间有发生纠纷以及受到泰国的影响导致后来发生改变)
- Sebagai strategi bagi mengelakkan ancaman Terengganu, Sultan Muhammad I membuat persetiaan dengan Siam.
(Sultan Muhammad I忠心于泰国是一项为了避免Terengganu威胁的策略)
- Berikutan itu, Maharaja Siam mengurniakan gelaran Phya Pakdi kepada Sultan Muhammad I dan Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan hingga tahun 1909.
(泰国国王由赠送一个称号 “Phya Pakdi”给予Sultan Muhammad I和泰国当时有在Kelantan扩大影响力)
Pentadbiran (管理)
- Sultan dibantu oleh para pembesar.
(Sultan被大臣从旁协助)
- Sistem ini dikenali sebagai Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II (1839-1886).
(这个系统称之为 “Sistem Jemaah Menteri”, 也是由Sultan Muhammad II所组成)
- Dalam pentadbiran wilayah, negeri Kelantan dibahagikan kepada jajahan tertentu.
(在管理地盘, Kelantan被分为特定的殖民地)
- Pada tahun 1904, terdapat tiga jajahan, iaitu Selatan Batu Mekebang, Pasir Puteh dan Pasir Mas.
(在904年有3个殖民地, 名字你们可以看以上内容)
- Pada peringkat paling bawah, pentadbiran dijalankan oleh Tok Kweng yang turut dibantu oleh imam.
(在最底管理层的管理是由一位名为 “Tok Kweng”所进行)
Perundangan (法律)
- Pelaksanaan undang-undang syarak di Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II mebolehkan Kelantan berada dalam keadaan aman dan makmur sebagai pusat perdagangan.
(执行Kelantan法律让到Kelantan和平与繁荣)
Hubungan luar (外面关系)
- Hubungan dengan kerajaan Siam dijalinkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I.
(早期有跟泰国政府建立外交关系)
- Selain itu, Kelantan menjalin hubungan dengan Terengganu, Kedah, Patani dan negeri-negeri Melayu yang lain.
(除此以外, Kelantan也有跟其他国家建立关系)
D. Kesultanan Terengganu (Terangganu皇朝)
Latar Belakang (背景)
- Pengasas Kesultanan Terengganu ialah Sultan Zainal Abidin I yang menaiki takhta pada tahun 1708 dan kekal memerintah hingga tahun 1733.
(Terangganu创办人 = Sultan Zainal Abidin I)
- Sistem pemerintahan ini membawa kemajuan negeri dan memelihara kedaulatan kerajaan.
(这个管理系统为国家带来进步个照顾政府的主权)
- Terengganu merupakan negeri paling akhir menerima Penasihat British.
(Terengganu是最后一个接受Penasihat British的州)
Pentadbiran (管理)
- Sultan dibantu oleh pembesar sama ada sebagai penasihat baginda atau dalam urusan pentadbiran wilayah dan daerah.
(大臣帮忙Sultan管理, 同时大臣也是Sultan给意见的人)
- Sistem penghulu diperkemas ketika zaman pemerintahan Sultan Omar (1839-1876).
(村长系统在Sultan Omar管理时被重新整理)
- Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku Musa,Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim.
(以上是帮忙Sultan Zainal Abidin III的大臣, 大家可以自己看回内容)
- Terdapat pembesar bergelar Dato’ Mata-mata yang bertugas menyambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan Terengganu.
(Dato’ Mata-mata的任务是招待探访Terengganu的人以及Terengganu的名人)
- Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan dibentuk bagi memutuskan sesuatu hukuman atau perisytiharan negeri.
(后来有成立Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan为了决定惩罚或州的宣布)
- Anggotanya dikenali sebagai Ahli Mesyuarat.
( 成员被称为 “Ahli Mesyuarat”)
Perundangan (法律)
- Sejak pemerintahan Sultan Zainal Abidin I, sistem perundangan dan kehakiman berasaskan prinsip keadilan Islam dilaksanakan.
(法律系统和司法是根据回教原则所执行)
- Ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, baginda melantik Tengku Musa sebagai Ketua Jabatan Mahkamah untuk menjalankan urusan berkaitan keadilan dan perundangan.
(Sultan有委任Tnegku Musa作为 “法院部门领导”, 是为了进行关于公正和法律的管理)
- Pada tahun 1911, Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu digubal dan diamalkan.
(在1911年, Terengganu法律被制定)
- Hakim mahkamah dipilih daripada individu yang berkebolehan dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.
(做法官的条件 = 有能力和有广泛的宗教知识)
Hubungan luar (外面关系)
- Negeri Terengganu menjalinkan hubungan dengan Siam sejak abad ke-18.
(Terengganu自18世纪开始就跟泰国建立管理)
- Selain itu,negeri ini menjalinkan hubungan dengan negeri Kelantan,Patani dan Johor.
(除此之外, Terengganu也有跟Kelantan, Patani和Johor建立关系)
- Hubungan ini membolehkan kedudukan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri berdaulat diakui oleh negeri-negeri yang lain.
(这个关系让到Terengganu的主权受到其它州的承认)
D. Kesultanan Johor (Johor皇朝)
Latar Belakang (背景)
- Sebaik sahaja jurai keturunan Sultan Melaka berakhir pada tahun 1699, Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan Bendahara.
(1699年过后, Johor皇朝被bendahara后代所管理而并不是Melaka皇朝的后代)
- Konflik politik yang berlaku membolehkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah di Johor.
(发生了政治纠纷后让到Temenggung Daeng Ibrahim的后代成为了Johor的领导)
- Kedudukan ini digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Daeng Abu Bakar yang menjadi Sultan Johor pada tahun 1885.
(后来王位也由他的孩子所替代)
Pentadbiran (管理)
- Ketika zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar, Johor mengalami zaman pemodenan.
(当Maharaja Abu Bakar管理的时候, Johor经历现代时代)
- Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan dengan mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan.
(Maharaja Abu Bakar创立了有能力管理的系统和有效打造出Majlis Jemaah Diraja Johor等等其它的部门)
- Pembesar-pembesar kerajaan seperti Dato’ Seri Amar Diraja dan Dato’ Bentara Dalam bertanggungjawab membantu pemerintahan sultan.
(以上是帮忙Sultan管理的政府大臣)
- Selain itu, jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran.
(除此以外, 也出现部门部长和政府秘书来让管理顺畅)
Perundangan (法律)
- Pada tahun 1895, Kesultanan Johor memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan yang digunakan sebagai aturan dalam pemerintahan.
(Undang-undang Tubuh Kerajaan被用于管理里)
Hubungan luar (外面关系)
- Maharaja Abu Bakar menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain termasuklah dengan Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.
(Maharaja Abu Bakar又跟其它马来州属建立关系)
- Selain itu, baginda menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui lawatan ke Eropah dan Jepun. Kesannya, kuasa-kuasa ini mengiktiraf kedudukan Johor.
(除此之外, 他也有通过去探访欧洲和日本来建立关系, 后来这些权力都承认Johor的地位)
4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu (现在讲的是英国在这些州扩大权力)
4.2.1 Faktor Peluasan Kuasa British di Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu (英国扩大权力的原因)
A. Kedudukan yang Strategik (策略性地位置)
- Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British.
(Perlis, Kedah, Kelantan和Terengganu对英国地商业很重要)
- Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura.
(Kelantan和 Terengganu的地理位置坐落于泰国和新加坡之间商业路线)
B. Menghalang Kemasukan Kuasa Barat Lain (阻止其它外来西方国家进入)
- Kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara.
(以上内容讲的是其它西方国家尝试在negeri Melayu北部扩大权力)
- British perlu menguasai negeri-negeri ini untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut.
(英国需要占领这些北部州属为了阻止西方国家进入)
- Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari segi aspek yang berikut:
(以下是西方国家进入的方面)
- Kemaraan kuasa Barat yang ingin menguasai bahan mentah mencabar penguasaan British.
(西方国家想占领材料)
- Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi.
(德国为了得到Pulau Langkawi)
- Amerika Syarikat berhasrat meluaskan pengaruhnya di Terengganu.
(美国渴望在Terengganu扩大影响力)
- Perancis berminat untuk meluaskan kuasa ke kawasan di Segenting Kra. Matlamat Perancis ini akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.
(法国有兴趣扩大权力渠道Segenting Kra, 因要威胁Singapura作为国际商业码头的地位)
- Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang.
(Rusia要在ujung Salang开发心地方)
C. Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil (丰富的天然资源)
- Bagi Kedah dan Perlis, hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan bagi memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang.
(对于Kedah和Perlis的农业资源和饲养资源满足了Pulau Pinang的人民需求)
- Bagi Kelantan dan Terengganu pula, aktiviti pembuatan seperti pertukangan dan pembinaan kapal menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri ini menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada pedagang Singapura.
(对于Kelantan和Terangganu, 制造业活动例如手艺和造船成为了供应给新加坡商人的商品供应)
D. Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang (连接缅甸和槟城)
- British berhasrat menghubungkan Burma yang dikuasainya dengan Pulau Pinang dan Singapura.
(英国想要把Burma跟槟城以及新加坡一样占领)
- Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India.
(在Burma跟Pulau Pinang之间打造马路, 火车和电报可以让到英国跟India有直接的联系)
- Hal ini sangat penting bagi perdagangan dan keselamatan British.
(这对英国的商业和安全都很重要)
E. Beban Orang Putih (白人的责任)
- British mendapati Siam melakukan kekejaman di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
(英国获得泰国的同意在这些马来州属执行苛刻的管理)
- Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya.
(用一句口号来帮英国扩大权力)
4.2.2 Strategi Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu (英国扩大在这些马来州属扩大权力的策略)
- British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya.
(英国用合约策略是为了确保达到他的成功)
Ke arah Perjanjian Bangkok 1909
- Bagi kerajaan Siam, negeri-negeri ini adalah di bawah naungannya dan dikehendaki menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali sebagai tanda pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam.
(对于泰国政府, 在他保护下的国家被规定要每三年送一次 “金花和银花”, 象征遵从泰国的权力) - Sebaliknya, negeri-negeri ini menganggap penghantaran bunga emas dan perak merupakan tanda persahabatan.
(另一方面, 送“金花和银花”也象征友谊) - Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini kurang menyenangkan pihak British.
(泰国对于这些马来州属的影响力, 让到英国没那么容易得到) - Matlamat utama British adalah untuk memastikan laluan perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat.
(英国主要的目的是为了确保在印度和中国之间的商业路线是 “安全的”) - Menyedari bahawa konfrontasi secara bersemuka akan merugikannya, British menggunakan strategi perjanjian.
(意识到关于面对面的对抗将会让到英国 “亏损”, 所以英国使用合约策略) - Oleh itu, sejak tahun 1826, terdapat beberapa siri perjanjian melibatkan British dan Siam yang menyentuh hal ewhal negeri-negeri Melayu.
(所以自从1826年, 有几系列的合约是由涉及英国和泰国之间, 由触碰到马来州属的事项) - Perjanjian ini diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 yang membolehkan British meluaskan kuasa di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
(合约让到英国可以在Perlis, Kedah, Kelantan和Terengganu “扩大权力”)
4.3 Peluasan Kuasa British di Johor (英国在Johor的 “权力扩大”)
4.3.1 Kemajuan dan Kemakmuran Johor (Johor 繁荣进步繁荣的原因)
Faktor Kemajuan Johor (Johor进步的原因)
- Berlakunya perkembangan pesat dalam ekonomi komersial terutamanya dalam sektor pertanian.
(在商业经济里迅速发展, 尤其主要在农业领域)
- Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah.
(领导聪明和有能力)
- Kemunculan golongan pentadbir yang komited dan menjalankan tugas dengan berkesan bagi memakmurkan ekonomi Johor.
(大臣承诺有效地进行任务)
- Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang sama ada pentadbiran,infrastruktur mahupun sosial yang membawa kemajuan dan kemakmuran.
(Johor现代化于各种领域)
4.3.2 Strategi British Menguasai Johor (英国占领Johor的策略)
- Kemajuan ekonomi Johor menyebabkan British mula merangka strategi untuk menguasai Johor.
(Johor的进步导致英国开始制定新的策略来占领Johor)
- Peluasan kuasa melalui perjanjian dan manipulasi dilaksanakan oleh pihak British terhadap Johor.
(英国通过合约和操纵来扩大权力)
Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim yang menyatakan bahawa sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan, Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada pihak British. (Sultan Ali和Temenggung Ibrahim讲述着关于如果Kesnag殖民地需优先卖给英国方面) |
Perjanjian Setia 1885 antara Johor dengan British menyebut bahawa Johor hanya akan menerima seorang ejen yang peranannya menyamai seorang pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat. Hal ehwal luar dikawal oleh British. (Johor与英国之间的合约讲述着Johor只将接受一名 “代理”, 其角色是同等于Pegawai Konsul以及低于Penasihat) |
Pada tahun 1879, Gabenor Negeri-negeri Selat mencadangkan kepada British untuk menempatkan Residen British di Johor. (在1879年, NNS的总督建议英国为了在Johor安置英国的Residen) |
Secara terancang, British berusaha memanipulasi kedudukan kewangan Johor dengan menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor bagi membiayai pembinaan kereta api. Usaha ini tidak berjaya apabila cadangan tersebut tidak diterima kerana kesannya akan menjejaskan ekonomi Johor. |
Pada 12 Mei 1914, Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-negeri Selat. Dalam perjanjian tersebut, jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British. |
- Douglas Grahim Campbell dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor.
(这个人被选为Penasihat Am British)
- Pelantikan ini juga menukarkan taraf Johor daripada negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.
(通过委任Douglas作为Penasihat也转换了Johor从自由和主权的州属变成 “英国的保护州属”)
- Walau bagaimanapun, perkembangan ini tidak menjejaskan kedudukan Sultan Johor.
(不管怎样, 这个发展不会影响Johor Sultan的地位)
- Pihak British masih mengakui kedudukan dan kedaulatan sultan.
(英国还是承认Sultan的地位和主权)
4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB的管理系统)
4.4.1 Latar Belakang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB的背景)
- Negeri-negeri ini terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat.
(这些州属都under Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu的管制)
- Raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding dengan kuasa raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
(NNMTB州属的Raja拥有的权力比NNMB州属的Raja来得大 )
- Kelima-lima buah negeri ini tetap kedudukannya sebagai negeri-negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas dan mempunyai kuasa autonomi.
(这5个州定下它本身的地位为自由君主领导和拥有自治权)
- Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bersifat longgar yang tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran yang tunggal.
(NNMTB的管理性质宽松以及不被一个独立的管理单位所管理)
- Usaha British untuk menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran turut gagal kerana adanya tentangan daripada raja Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
(英国奴隶Combine这两个管理系统但失败因为在NNMTB有Raja反对)
4.4.2 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB的管理)
Pentadbiran di Perlis (玻璃市的管理)
- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan.
(英国辅导官员直接性参与管理,同样的也由当地大臣参与)
- Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja.
(由Raja领导管理)
- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu.
(政府官员由马来人组成)
- Pada tahun 1931, hanya terdapat tiga orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis.
(在1931年,只有3名欧洲官员在Perlis的管理里面)
- Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.
(政府秘书是管理中重要的官员)
Pentadbiran di Kedah (吉打的管理)
- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar tempatan.
(英国会员直接性参与管理)
- Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis dibuat oleh sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
(吉打再没书写允许下不可把州交给其他的州)
- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan.
(政府官员有有能力的马来人所组成)
- Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.
(政府秘书是其一重要的官员)
Pentadbiran di Kelantan (Kelantan的管理)
- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan.
(英国辅导直接性参与管理, 同样也有当地大臣参与管理)
- Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota Majlis.
(Sultan领导州会和英国辅导员是Majlis的成员)
- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan memegang jawatan tertentu sahaja.
(政府官员是由马来人所组成, 欧洲官员被限制掌握特定的工作岗位)
- Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.
(大部长在州管理扮演很重要的角色)
Pentadbiran di Terengganu (Terengganu的管理)
- Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang diluluskan pada tahun 1911.
(Terengganu的管理是跟着州政府法律)
- Undang-undang ini menetapkan bahawa ketetapan atau perundangan yang dilaksanakan tidak boleh dipinda.
(这个法律规定执行的法律不可被更改)
- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan.
(英国辅导直接性参与管理, 同样也由当地大臣参与管理)
- Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan bagi melaksanakan pentadbiran kerajaan.
(内阁部长和州会被创立来执行政府管理)
- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran.
(政府官员是由马来人所成立, 欧洲官员也有限参与当地管理)
Pentadbiran di Johor (Johor的管理)
- Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
(根据Johor政府的法律)
- Sultan tidak dibenarkan untuk menyerahkan negerinya kepada kuasa asing.
(Sultan不被允许把州交给外来权力)
- Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar, manakala Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi.
(管理是由大部长管理, 而州秘书是由马来人所组成)
- Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan pentadbiran.
(国会帮助Sultan进行管理)
- Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan pentadbiran.
(欧洲人和马来人在Johor政府被相同待遇对待和主要给予马来人有资格满足管理岗位)
4.4.3 Perkembangan Pentadbiran (管理发展)
Pengekalan Kedudukan Sultan (维持Sultan地位)
- Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri.
(Sultan使州里最高权力的人)
- Sultan masih mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
(Sultan还拥有在管理宗教和马来风俗事项的权利)
- Selain kedudukan sultan, kedudukan pembesar turut dikekalkan, meskipun bidang tugasnya telah berubah.
(除了Sultan的地位, 大臣的地位也被维持, 虽然他的任务以及被改变)
Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional (继续传统管理系统)
- Sistem pentadbiran tradisional seperti sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri dan peraturan yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan.
(传统管理系统例如: Jemaah Menteri和Majlis Negeri以及规矩都有记载在Undang-Undang Tubuh Kerajaan里边)
- Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri.
(马来大臣成为州管理系统的领导者)
- Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
(英国帮助通过NNMB和NNS官员的租借)
- Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri.
(走拥有自己的服务系统)
- Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah.
(吉打政府又跟英国政府制定合约讲述关于所有公共服务应该要在管理增加由吉打官员)
Pengenalan Birokrasi Barat (制定西方官僚制度)
- Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa sultan dan pembesar.
(英国辅导定下州的管理政策直到减少Sultan和大臣的权力)
- Jabatan-jabatan baharu turut diperkenalkan di setiap negeri.
(在每个州创立新的部门)
- Pasukan polis diwujudkan.
(创立警察部队)
- Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan dan pegawai-pegawai British turut dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.
(州的管理开始应用西方方法, 民事法庭被创立和英国官员被引进称为政府官员)
Form 3 Bab 4 Sejarah Notes by Thomas 老师