6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita (共产势力进入我们的国家)
- Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels melalui karya communist Manifesto dan Das Kapital.
(“共产思维”是由Karl Marx和Friedrich Engels通过以上两个作品所创立) - Perkataan komunis membawa maksud orang yang menganut fahaman komunis.
(共产生字所带来的意思是 “信仰共产的思想”) - Komunisme bermaksud fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
(共产主义的意思是政治思维让到经济和消费者产品成为 “一个国家的资产”) - Penyebaran ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an yang melibatkan negara China dan Indonesia.
(我国的共产思维是字1920年开始就已开始传播思维, 这也涉及到中国和印度尼西亚)
Pengaruh Komunis dari China dan Indonesia (来自中国个印度尼西亚的 “共产势力”)
Kemasukan Pengaruh Komunis dari China (来自中国所进入的共产势力)
- Menjelang tahun 1924, cawangan Parti Kuomintang (KMT) ditubuhkan di bandar negeri Melayu seperti Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani bagi menyebarkan pengaruh komunis.
(将近1924年, KMT政党的支线被成立于Negeri Melayu为了宣传共产势力, 例如以上所提到的马来州属) - Main School pula bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC).
(Main School在PKC的指令之下, 也慢慢地走向海南人生活的一部分) - Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara Parti KMT dengan PKC.
(在1927年, KMT政党和PKC政党发生了 “分裂”) - The Communist International (Comintern) yang berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928.
(The Communist International在莫斯科地中心下令于1928年成立PKN) - Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya.
(但是, PKN不成功达到他本身的目的) - Keadaan ini mendorong Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM).
(这种情况促使到Comintern下令成立新的政党, 也就是PKM)
B. Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia (来自印度尼西亚所进入的共产势力)
- Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Melaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
(在1920年, 有几名来自Indonesia的共产领袖在以上所提到的地方宣传 “共产思维”, 领袖名称看回上面) - Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa (1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu.
(PKI失败占领Pulau Jawa, 导致PKI努力为了在Tanah Melayu开支线) - Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
(但是他们的努力没有获得马来人的欢迎, 因为komunis使用强硬的方式为了达到他们的目的)
6.1.2 Parti Komunis Malaya (PKM)
- Pada 30 April 1930, PKM ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
(在1930年4月30日, PKM在Kuala Pilah被成立) - PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
(PKM通过职工会, 组织, 刊登报纸以及华校来进行 “移动”)
A. Tindakan PKM Semasa Zaman Pendudukan Jepun (在日本占领的时代, PKM所采取的行动)
- Menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha memerangi Jepun.
(跟英国建立合作于向日本宣战) - Membentuk Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada tahun 1942.
(在1942年, 成立MPAJA或者Bintang Tiga组织) - Menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada pihak British.
(接受来自英国武器的援助, 训练, 财政, 后勤供应和药物)
B. Selepas Kekalahan Jepun (在日本战败之后)
- kekosongan politik memberikan peluang kepada PKM untuk meluaskan pengaruhnya.
(政治空挡给予了PKM机会, 为了扩大其影响力) - MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan.
(MPAJA从森林出来以及进行 “骚乱”) - Mereka melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.
(他们对曾经与日本串通的马来人, 华人和印度人进行残忍和谋杀) - Apabila BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945.
(当BMA夺得Tanah Melayu的管理权之后, MPAJA于1945年12月1日 “被解散”) - PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah di Tanah Melayu.
(PKM被允许以一个 “合法的组织”在Tanah Melayu移动) - Keadaan ini memberikan peluang kepada PKM untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi komunis.
(这种状况给予PKM机会, 为了影响几个与Komunis思维的特定组织) - Seterusnya, PKM menyusup dalam kesatuan sekerja, iaitu Pan-Malayan Federatian of Trade Unions (PMFTU).
(接着, PKM潜入进职工会, 也就是PMFTU) - Menjelang bulan Disember 1947 hingga bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.
(将近1947年12月份至1948年5月份, komunis成功占领了335个职工会以及潜入进PKMM, MDU以及PUTERA-AMCJA) - Oleh sebab pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara, maka British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948.
(因为Komunis的行动威胁到国家的经济以及安全, 因此英国采取行动通过了以上这条法令) - Ordinan ini menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.
(这个法令是防止Komunis在 “职工会”的势力以及最后是要铲除PKM)
6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita (Komunis在我国的威胁)
6.2.1 Persidangan Komunis dan hasilnya (Komunis会议和会议的结果)
- Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India.
(国际Komunis的行动已在印度举办了2场会议) - Persidangan Kongres Belia Asia berlangsung pada 19 Februari 1948 hingga 25 Februari 1948, manakala Persidangan Parti Komunis India diadakan pada bulan Mac 1948.
(Kongres Belia Asia的会议在1948年2月19日进行, 而且Parti Komunis India的会议于1948年3月份举行) - PKM turut menghantar wakil ke persidangan tersebut.
(PKM接着派送代表去以上的会议) - Dalam persidangan tersebut pengikut komunis digesa supaya memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia.
(在以上的会议, Komunis的随从被呼吁以便强化地反抗在亚洲国家的 “帝国主义势力“) - Berikutan daripada itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM telah mengambil keputusan untuk melancarkan perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik komunis di Tanah Melayu.
(随后, PKM执行委员会已做决定, 为了采取 “武器奋斗”, 以在Tanah Melayu成立 “Republik Komunis”)
6.2.2 Perisytiharan Darurat (宣布 “紧急状态”)
- Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak.
(在1948年6月16日, Komunis在Perak的Sungai Siput杀了3名 “欧洲园主”) - Komunis membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian.
(因为Komunis杀了以上的2位园主和其助手) - Berikutan dengan peristiwa tersebut, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat.
(随这以上的事情, Sir Edward Gent, 也就是英国的高官宣布 “紧急状态”) - Undang-Undang Darurat dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan Sungai Siput serta di Johor yang merangkumi daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plentong.
(“紧急法律”在Perak和Johor州属特定的地区被执行) - Pada 17 Jun 1948, Undang-Undang Darurat ini diperluas meliputi keseluruhan negeri Perak dan Johor.
(在1948年6月17日, 这个 “紧急法律”被扩大去到整个Perak和Johor州属) - Seterusnya, pada 18 Jun 1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu.
(后来在1948年6月18日, 这个法律被强化去到整个Tanah Melayu)
6.2.3 Tindakan Komunis (Komunis所采取的行动)
A. Komunis Melumpuhkan Ekonomi (Komunis让到 “经济瘫痪”)
- Lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran utama serangan komunis untuk melemahkan ekonomi British.
(矿场和胶园成为了komunis攻击的目标, 为了削弱英国的经济) - Mereka merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh pekerja.
(他们破坏了橡胶树, 橡胶园, 烟屋, 会所, 店和学校以及杀害员工) - Tindakan komunis ini menyebabkan kerja harian pekerja lombong dan ladang getah diganggu, malah mengancam nyawa mereka.
(Komunis的行动导致矿场员工的日常公正和胶园 “被干扰”, 而却也威胁到他们的生命)
B. Komunis Merosakkan Infrastruktur (Komunis破坏 “基本设施”
- Mereka mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api.
(他们轰炸, 破坏以及改变火车铁路) - Kenderaan yang melalui jalan raya pula ditembak dan dibakar.
(交通工具通过马路也被 “开枪和燃烧”) - Komunis turut mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip air.
(Komunis接着破坏电话和电报的设备以及破坏水管) - Seterusnya, mereka menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya, memasang paip air, membina sistem pengairan dan menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.
(接着, 他们攻打公众维修的马路, 组装的水管, 灌溉系统以及水力发电站)
C. Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat (Komunis威胁人民的安全)
- Mereka mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan bekerjasama.
(他们威胁, 破坏, 攻打, 残暴, 虐待, 绑架, 掠夺, 烧东西以及杀害那些不愿意合作的人民) - Contohnya, pada malam 5 julai 1949, komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak.
(例如, 在1949年7月5日, Komunis在Perak的地方扔下手中的炸弹) - Akibatnya, seramai 46 orang cedera parah dan empat orang mati.
(结果, 有46人受伤和4个人死亡 )
6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis
A. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat (加强紧急法律)
Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang perbicaraan.
- Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis.
- Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati
- Menggeledah rumah kediaman, memagar kampung, mengadakan perintah berkurung, mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan serta menempatkan penduduk.
(搜查住所, 围篱kampung, 实行管制令, 打造新村和搬迁以及安置人民) - Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal.
(禁止PKM和极端思想的政治党派) - Antaranya termasuklah AWAS, Ikatan Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), PKMM dan Hizbul Muslimin.
(以上是政治党派的contoh) - Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek.
(抓拿极端行动的领袖, 以上有提到人物Contoh)
B. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
B1. Polis (警察)
Cawangan Khas, Ogos 1950 (特殊支线)
- Guy C. Madoc dilantik mengetuai badan perisikan.
(Guy C. Madoc被委任领导调查组织) - Beliau menubuhkan Cawangan Khas (Special Branch).
(他成立了Cawangan Khas) - Tugas risikan membolehkan pihak berkuasa mengetahui operasi PKM.
(调查的目的是让到有关方面了解PKM的运作) - Terdapat anggota pasukan yang menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan maklumat tentang PKM.
(也有的组织成员乔装成为komunis, 为了获得关于PKM的资料) - British juga mengambil ramai ahli Cawangan Khas dalam kalangan orang Cina untuk menjejak anggota komunis hingga kubu persembunyiannya.
(英国也在华人群体中招收大量Cawangan Khas的会员, 为了追踪Komunis直到其藏身的堡垒)
Special Constables, tahun 1948
- Seramai 24 ribu orang Special Constables dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong.
(总共24千个Special Constables的人被训练和被派送保护胶园以及矿场) - Mereka menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.
(他们成为了前线 = 对抗komunis的威胁)
Polis Hutan
- Sebelumnya, dikenali sebagai Flying Squad, Jungle Squad dan Jungle Companies pada tahun 1951, Police Field Force (PFF) pada tahun 1953.
(在这之前, Polis Hutan被称为 “Flying Squad, Jungle Squad和Jungle Companies以及PFF”) - Pada 18 Oktober 1958, PFF dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan.
(在1958年10月18日, PFF被誉为 “森林警察部队”) - Antara tugas mereka termasuklah memburu komunis, membuat rondaan di pinggir hutan, membawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas di dalam hutan dan menjaga kubu (jungle fort).
(他们的任务包括了追捕komunis, 巡逻森林, 携带食物供应给政治森林执行人物以及照顾堡垒的部队)
Polis Wanita, Ogos 1955
- Barbara D.R. Wentworth merupakan pegawai polis wanita yang pertama.
(Barbara D.R. Wentworth是第一位女警) - Beliau ditugaskan melatih anggota baharu dan menyusun pasukan polis wanita.
(她被给予训练新成员和组织女警的任务)
Senoi Praaq (lebih dikenali sebagai “The Silent Killer”), tahun 1956
- Senoi Praaq dalam Bahasa Semai dikenali sebagai Urang Perang.
(Senoi Praaq在Bahasa Semai这个语言中被誉为 “Urang perang”) - Mereka ditugaskan mengesan tempat persembunyian komunis.
(他们被给予追查Komunis藏匿点的任务) - Anggotanya terdiri daripada orang Asli suka Senoi, Semai dan Temuan.
(其成员是由以上所提到的土族所组成)
Auxiliary Police, Disember 1948
- Mereka mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis dan membantu polis menentang ancaman komunis.
(他们捍卫来自Komunis所攻打的城市和乡村, 以及帮助警察反抗komunis的威胁) - Pada tahun 1956, anggota AP dijadikan Police Volunteer Reserve.
(在1956年, AP的成员成为了 “Police Volunteer Reserve”)
B2. Tentera (军人)
Pasukan Askar Melayu, tahun 1933
- Tugas pasukan ini membanteras gerila komunis di dalam hutan.
(这个部队的任务是铲除在森林里边的 “komunis游击队”) - Kerajaan melengkapkan tentera darat dengan pasukan meriam dan pasukan bantuan yang lain.
(政府以炮弹部队和其他部队的原则来 “完整陆军”) - Rejimen Askar Melayu diperbesar kepada tujuh rejimen.
(Rejimen Askar Melayu被壮大成了7个团队) - Mereka bukan sahaja berjaya menumpaskan anggota komunis, malah memusnahkan kubu operasi komunis.
(他们不止成功推翻komunis的成员, 甚至破坏komunis的堡垒运作)
Pasukan Askar Komanwel
- Kerajaan membawa masuk askar Komanwel antaranya dari Britain, Australia, New Zealand, India, Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia dan Fiji.
(政府引进了Komanwel的军人, 以上有提到军人来自不同的国家)
Sarawak Rangers
- Terdiri daripada orang Iban yang mahir dalam selok-belok hutan.
(由Orang Iban所成立, 因熟悉森林的地理) - Tugas mereka menjejak persembunyian komunis di dalam hutan.
(他们的任务是追踪在森林里边Komunis的 “藏匿点”) - Cogan katanya, “Agi Idup Agi Ngelaban” yang bermaksud “Selagi hidup selagi melawan”.
(以上这个是Komunis的口号)
B3. Sukarelawan (自愿人士)
Home Guard (Pasukan Pengawal Kampung)
- Diberikan latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan.
(被给予军事训练, 为了控制乡村和小镇) - Tugas mereka membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis.
(他们的任务是帮助防止食物供应落入komunis的手中) - Pada bulan Julai 1951, terdapat sejumlah 79 ribu orang Home Guard di Persekutuan Tanah Melayu.
(在1951年7月份, 有7万9千名Home Guard在Persekutuan Tanah Melayu) - Mereka juga berjaya membantu dalam usaha mengamankan kampung dan melindungi pekerja lombong bijih timah.
(他们也成功帮助和平kampung和保护采矿的员工)
C. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan (注册民族和身份证)
- Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal pergerakan penduduk.
(在紧急法律之下, 政府制定民族注册系统以及使用身份证, 以控制人民的移动) - Langkah ini memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis.
(这个方法方便安全部队区分公众与Komunis的差别) - Sesiapa yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri.
(任何12岁以上的人都需要自行注册)
D. Rancangan Briggs
- Rancangan briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950.
(Rancangan Briggs是被Sir Henry Gurney于1950年在Tanah Melayu实行) - Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai Pengaruh Operasi.
(Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs被委任为) - Tujuan utama langkah ini adalah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat- ubatan kepada PKM.
(这个方法的主要目的是为了中断PKM与Min Yuen供应食物, 武器, 资讯和药物的关系)
Rancangan Briggs: Suasana di Kampung Baru (在新村的情况)
- Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman ke sebuah petempatan baharu yang agak asing.
(在森林边缘的非法居民被强迫从kampung搬迁去到一个新的地方) - Kawasan penempatan semula ini digelar sebagai “Kampung Baru”.
- Kampung Baru dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal, bekalan elektrik, air paip, sekolah, kemudahan kesihatan, kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat.
(新村是以居住设备, 电力供应, 水管, 学校, 健康设备, 交流中心和膜拜尝试所完善) - Jawatankuasa kampung ditubuhkan untuk memelihara dan memperbaik kemudahan di kampung baru itu.
(Kampung委员会被成立是为了照顾和改善这个新村的设施) - Kampung Baru juga dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constables.
(新村也被铁网所围起来以及被Special Constables所管制) - Sehingga bulan Mac 1952, lebih daripada 423 ribu orang penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke 410 buah Kampung Baru.
(直到1952年3月份, 超过423千名人民从森林被搬迁去410个新村)
E. Tawaran Pengampunan (提出宽恕)
- Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri.
(在1949年9月6日, Sir Henry Gurney向komunis宣布宽恕, 以便投降) - Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan.
(每一天, Radio Malaya广播 “所提出的宽恕条件”) - Poster juga ditampal di merata-rata tempat.
(海报也被刊登在四处地方)\ - Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.
(有40 juta传单和12 juta的宽恕准证以中文, 马来文和淡米尔文被派发) - Penyebaran risalah ini dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah disebarkan melalui pengangkutan udara.
(这个所派发的传单是以各种各样的方法被执行, 包括通过 “空中交通工具”的方式来被散发出去) - Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri.
(广告和电影被使用, 是为了帮助居民说服komunis的成员以便komunis投降)
F. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat (举办讲座对抗恶徒)
- Pada 22 Disember, Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”.
(在12月22日, Majlis Perundangan Perskeutuan 宣布一个名为“Bulan Rakyat Melawan Penjahat”的讲座) - Penduduk berbilang kaum diseru supaya mendaftarkan diri secara sukarela dengan pihak berkuasa
(多元种族被呼吁以便自愿跟有关当局注册自己)
G. Perintah Berkurung (管制令)
- Perintah berkurung ialah tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu untuk membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.
(管制令是阻止人民在特定时间移动的行为, 为了让到安全部队进行有效的运作) - Selain itu, perintah berkurung dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras ancaman komunis.
(除此以外,管制令是针对那些不愿意与有关当局合作, 为了铲除komunis的威胁)
H. Perang saraf (心理战)
- Perang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.
(心理战是一个被英国所执行的计划, 为了通过赢取人民心和思想的方法来消灭komunis) - Pada tahun 1952, Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
(在Tanah Melayu的1952年, Templer被委任成为Pesuruhjaya Tinggi British) - Beliau ingin menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dengan pihak kerajaan dan menyampaikan segala maklumat tentang komunis.
(他想要与本地人民建立良好系,以便他们跟政府方面合作以及传达所有有关于komunis的资讯) - Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman komunis.
(心理战成功说服多元种族的人民, 以便合作和铲除komunis的威胁)
H1. Mengadakan Lawatan (举办探访)
- Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan mereka.
(Templer接近人民一起, 为了了解他们人民的问题和观点)
H2. Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan (放松公民权条件)
- Tujuannya adalah untuk menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu dan penting untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.
(其目的是为了吸引非马来人成为Tanah Melayu的人民以及重要于为了创造种族团结) - Kesannya, pada 14 September 1952, seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi warganegara.
(在1952年9月14日的后果是, 总共不少过1.2 juta的华人和180千的印度人合格成为公民)
H3. Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (举办KL市议会选举)
- Kerajaan mengadakan pilihan raya tempatan pertama bertujuan menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam politik dan mendapatkan sokongan untuk menentang komunis.
(政府举办第一次本地选举的目的是鼓励非马来人参与政治以及获得人民支撑为了反抗komunis
H4. Menawarkan Hadiah Wang Tunai (提出现金奖励)
- Hadiah wang tunai turut ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis.
(现金奖励接着被提出给予给抓到komuni的人民s或者给予关于komunis游击队资讯) - Contohnya, sesiapa yang berjaya menangkap Chin Ping, pemimpin PKM sama ada hidup atau mati akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu.
(Example, 任何人成功地抓到Chin Peng, 也就是PKM的领袖, 不论活的或者死的都将会被给予250千的奖励)
H5. Memenangi Kepercayaan Orang Asli (赢取原住民的信任)
- Templer mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli.
(Templer建立14个堡垒为了获得原住民的支持) - Kubu ini menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan.
(这个堡垒是准备日常需求商品设备, 医药, 教育以及保护)
H6. Memajukan Perkhidmatan Penerangan (发展)
- Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan membanteras komunis.
(新闻局和Malaya无线电广播服务被成为 “媒介”, 为了启发社会, 以便支持政府铲除komunis) - Jabatan ini bertanggungjawab menyebarkan risalah antikomunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.
(这个部门的责任是散播反komunis的传单给予人民, 以及派发政府的传单给予在森林中的komunis)
H7. Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih (制定黑区和白区)
- Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung.
(黑区是有 “komunis活动的地区”, 以及被执行管制令) - Kawasan putih ialah kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.
(白区是被宣布为 “没有komunis威胁的地区”) - Sehingga tahun 1954, kerajaan mengisytiharkan Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai kawasan putih.
(直到1954年, 政府宣布以上的马来州属作为 “白区”, 也就是没有komunis威胁的地区)
I. Rundingan Baling
- Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah, pada 28 Disember1955.
(为了结束komunis的威胁以及达到独立, Tunku Abdul Rahman举办了与PKM领袖的 “见面会”) - Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman yang ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall, sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
- Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan menyerah diri.
(Tunku Abdul Rahman要求Chin Peng解散PKM, 放下武器以及自首) - Chin Peng pula menetapkan syarat, iaitu perletakan senjata dan penyerahan diri akan dibuat seandainya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
(Chin Peng定下条件, 如果政府同意承认PKM是一个合法的政党, 他们会放下武器以及自首) - Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat tersebut.
(Tunku Abdul Rahman不愿意接受以上的条件) - Oleh hal yang demikian, rundingan tersebut telah menemui kegagalan.
(因此, 这个讨论已经历了 “失败”)
6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara kita (紧急时期对于我国所带来的后果)
6.4.1 Aspek Politik (政治方面)
A. Peningkatan Jumlah Warganegara (提升公民数量)
- Kerajaan telah melonggarkan syarat kewarganegaraan pada tahun 1952.
(政府已在1952年放松公民权条件) - Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Malayu.
(不少于1.2 juta的华人和 180千的印度人成为了PTM的公民) - Kelonggaran syarat ini menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat.
(这个放松条件也显示出马来人对于其他种族的牺牲, 以便创造人民团结)
B. Penubuhan Malayan Chinese Association (成立MCA)
- Darurat mendorong Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan hati penduduk Cina ke arah penubuhan parti politik berorientasikan tempatan.
(Darurat鼓励Sir Henry Gurney采取 “赢取”华人民心的方法, 后来成立了依据当地人为导向的政党) - Hasilnya, Tan Cheng Lock membentuk Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur pada 27 Februari 1949.
(结果, Tan Cheng Lock于1949年2月27日在KL成立了MCA) - Penubuhan MCA meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis.
(成立MCA让到英国确信并非所有的华人都是支持komunis的) - MCA juga bersedia berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis.
(MCA也准备与政府合作和komunis作战) - Sehingga bulan Februari 1953, MCA mempunyai 250 ribu orang ahli.
(直到1953年2月份, MCA拥有250千名会员) - MCA membantu kerajaan dari segi kewangan dan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru.
(MCA帮助政府金融方面以及安置500千名人民进新村) - Selain itu, MCA juga menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan.
(除此以外, MCA也通过售卖 “福利彩票”来收集捐款) - Kutipan jualan loteri tersebut didermakan kepada penduduk di Kampung Baru.
(售卖福利彩票的千被捐赠于新村的人民) - Sehingga pertengahan tahun 1953, MCA berjaya mengumpulkan sejumlah $2.5 juta bagi memperbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru.
(直到1953的半年, MCA成功收集了250万的总数, 以便修复在新村华人的生活)
C. Mempercepat Kemerdekaan (加快独立)
- Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk mempercepat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
(Darurat成为了推动英国准备加快PTM独立的因素) - Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC).
(成立CLC提升了种族领导之间的 “政治启发”, 关于他们可通过联盟政党共享利益和前进的方向) - Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 memberikan keyakinan kepada British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk yang berbilang kaum.
(联盟政党在1955年的大选中胜利, 给予了英国信心关于PTM可通过多元种族人民的团结打败komunis) - Dalam usaha inilah, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
(在这个方法, 英国给予PTM独立) - Dengan ini, PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangannya.
(PKM没有理由为了持续他的奋斗)
6.4.2 Aspek Sosioekonomi (社会经济方面)
A. Meningkatkan kos Perbelanjaan (提升花费成本)
- Darurat menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos perbelanjaan pihak British untuk menangani ancaman komunis.
(Darurat影响经济发展和提升英国的花费, 为了处理komunsis的威胁) - Anggaran purata kos darurat ialah sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari.
(估计darurat一天的平均费用是多于250千至300千) - Dengan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun untuk membanteras ancaman komunis.
(政府被迫花费多余1个月一千万和1年 1.2亿, 为了铲除komunis的威胁) - Di samping itu, kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan.
(除此以为, 政府花费很大的费用, 为了解决重新安置人民在森林的问题) - Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, perbelanjaan kerajaan dianggarkan lebih $7 juta untuk pembangunan di Kampung Baru.
(从1950年直到1953年, 政府的花费被预计超过7 juta, 为了发展新村)
B. Menyebabkan Penderitaan dan Kesengsaraan kepada Rakyat (导致人民困苦和悲惨的境遇)
- Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis menyebabkan kegiatan ekonomi negara terjejas.
(胶园和矿场成为了komunis攻打的目标, 这导致了国家的经济活动受到影响) - Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.
(生产稻米和其他食物会来得越来越少) - Kesannya, harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi.
(其后果, 食物的价格和日常需求的价格都在 “提升”) - Sementara itu, peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong mengalami kesukaran kerana mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang dan bekalan makanan.
(当时, 生意人, 店主, 农村老板, 园主和矿场主任经历了困难, 因为他们是komunis勒索得目标, 以便得到金钱和食物供应) - Kegagalan memenuhi tuntutan komunis menyebabkan kemusnahan pada lombong, ladang dan kedai serta mengancam nyawa.
(失败满足了komunis的要求, 这导致他们破坏采矿, 胶园和店以及威胁其生命) - Penduduk susah bergerak dan memperoleh bekalan keperluan kerana terpaksa mematuhi pelbagai peraturan kerajaan.
(人民很难移动和很难得到需求供应, 因为被迫遵守政府得各种条规) - Akibatnya, penduduk tidak dapat menjalan kegiatan harian.
(结果, 人民没有进行日常活动) - Ramai pekebun dan pekerja lombong tidak dapat bekerja kerana perintah berkurung dikenakan kepada mereka.
(大多数得小院主和矿场员工没有工作, 因为管制令限制他们) - Catuan makanan menyebabkan mereka bergantung pada makanan seperti ubi kayu, keledek dan jagung.
(分配食物导致他们依赖于食物, 例如木薯, 番薯和玉蜀黍)
C. Merenggangkan Hubungan Kaum (疏远种族关系)
- Kaum Cina dikumpul di petempatan baharu yang dilengkapi dengan prasarana dan kemudian berkembang menjadi bandar baharu, manakala kaum Melayu hanya tertumpu di kampung yang serba kekurangan.
(华人被集中在新区, 新区有被安装设备和后来发展成为了新的城市, 然而马来人只集中于kampung) - Kawalan pasukan keselamatan yang ketat menyebabkan penduduk Kampung Baru tidak dapat bersosial dengan kaum lain.
(严格管制安全部队导致新村人民无法跟其他种族交际)
D. Jumlah Korban Zaman Darurat (紧急时期得总数牺牲)
- Darurat menyebabkan pengorbanan banyak anggota pasukan keselamatan, komunis dan orang awam.
(Darurat导致很多安全部队, komunis和民众的牺牲)
Form 4 Bab 6 Sejarah Notes by Thomas 老师